ASTRO LANCAR PROGRAM BAHARU ‘RAISE THE STAR MALAYSIA’, PERKENAL 5 KOMPOSER TERKEMUKA SEBAGAI MENTOR | Uji bakat secara fizikal akan diadakan pada 10 dan 11 Mei, terbuka kepada semua yang berbakat
Astro mempersembahkan sebuah program nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia, sebuah pertandingan muzik digital pertama yang menampilkan pendekatan inovatif dalam pencarian bakat baharu, menggabungkan lima komposer terkemuka dengan barisan vokalis di Malaysia. Daripada ribuan calon yang hadir, hanya 30 akan dipilih sebagai peserta untuk bertanding dan perlu meraih markah tinggi daripada juri serta undian para penonton dalam talian untuk menduduki di carta tertinggi dan menjadi pilihan sebagai suara kepada lagu-lagu yang diterbitkan oleh komposer-komposer tersebut.
Uji bakat terbuka secara fizikal Raise The Star Malaysia akan berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Mei ini, manakala uji bakat secara dalam talian pula sedang berlangsung sehingga 8 Mei 2025 dengan menggunakan tanda pagar #RaiseTheStarMY. Program ini akan mula bersiaran di Astro Ria, Astro GO dan sooka pada 22 Jun 2025. Layari http://gempak.com/raisethestar untuk maklumat lanjut mengenai uji bakat.
Maklumat lanjut mengenai Raise The Star Malaysia adalah seperti yang tertera di bawah:
Tarikh & Lokasi Uji Bakat:
1. Uji bakat secara dalam talian
1 – 8 Mei 2025 di media sosial menggunakan #RaiseTheStarMY
2. Uji bakat secara fizikal
10 – 11 Mei 2025, jam 8 pagi @Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Syarat Penyertaan:
- Berbakat dalam bidang nyanyian
- Berperwatakan menarik
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berbilang kaum
- Berumur 18 tahun & ke atas (ketika video dimuat naik)
Tarikh siaran: 22 Jun 2025 – 10 Ogos 2025, setiap Ahad, jam 9 malam
Episod: 8
Platform Televisyen: Astro Ria (saluran 104)
Platform Digital: On Demand, Astro GO, Astro Gempak & sooka
Senarai Komposer:
- Ajai
- Aina Abdul
- Shila Amzah
- Audi Mok
- Ikhwan Fatanna
Format program:
30 peserta terbaik daripada sesi uji bakat akan dipilih untuk bersaing dalam Raise The Star Malaysia selama lapan minggu penuh cabaran dan transformasi. Sepanjang pertandingan, mereka akan dinilai berdasarkan gabungan markah daripada juri profesional serta undian peminat secara dalam talian. Peserta dengan markah tertinggi dan sokongan peminat paling kuat akan terselamat daripada penyingkiran, sekali gus meningkatkan peluang untuk dipilih oleh barisan komposer terkemuka.
Mereka yang berjaya mara akan menerima bimbingan eksklusif daripada para komposer, dan juga sebagai mentor yang berdedikasi dalam mencari suara paling tepat untuk menghidupkan karya asli mereka di akhir pertandingan.
Penaja:
Penaja Utama - U Mobile
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.