
Minggu keempat Big Stage Alpha yang membawa tema “Slay The Beat” menyaksikan giliran Rizal Rasid di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 75.55%, diikuti oleh Izat Ibrahim (75.25%) dan Ariel Fesol (72.20) yang hampir tersingkir pada minggu lepas. Minggu ini juga menjadi pentas terakhir buat Que yang mendapat markah keseluruhan terendah sebanyak 54.45%, lantas disingkirkan.

Buat pertama kalinya, Afiq Sky melonjak naik ke kedudukan enam selepas tiga minggu berturut-turut di bottom three. Minggu ini menampilkan Dato AC Mizal sebagai juri jemputan, di samping Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abdul Halim dan Hael Husaini. Selain itu, peserta Awienit telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise. Saksikan Big Stage Alpha di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
 |
Izat Ibrahim: DJ Got Us Falling in Love (Usher) - 75.25% |
 |
Ray-D: Laksamana Raja Di Laut (M. Daud Kilau) - 68.55% |
 |
Que: Donde (Andi Bernadee) - 54.45% |
 |
Araff: Kau Pun Sama (Syamel) 58.10% |
 |
Afiq Sky: Panik! (Bunkface) - 64.35% |
 |
Arief Fesol: Standing Next To You (Jungkook) - 72.20% |
 |
Awienit: Tak Sangka (Yonnyboii, Zynakal ftASYRAF NASIR) - 58.00% |
 |
Daniel Sher: Damelo (DOLLA) - 67.87% |
 |
Rizal Rasid: Penglipur Lara (Hazama) - 75.55% |
 |
Allan Andersn: Happy (Pharrell Williams) - 55.45% |
 |
Alpha Prime: Satu Malam di Temasek (Joe Flizzow, Sona One |
 |
Alpha Ultra: Ayuh! (Ernie Zekrie, Kmy Kmo, Malique ft Aman Ra) |
INFO PROGRAM BIG STAGE ALPHA
• Buat julung kalinya, Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada “boy group” (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
• Peserta-peserta ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.

• Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi. Juri akan memberikan markah, namun undian peminat yang akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
• 6 finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan dibawah naungan Rocketfuel bersama Astro.
• Big StageAlpha lebih wangi denganPerfume Paradise yang hadir selaku PenajaUtama, dan juga ZUSNgupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.
• Musimbaharu ini turut berkolaborasi bersama AstroGempak selaku RakanDigital dan ERA sebagai RakanRadio Rasmi.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.