Bangsar bakal jadi lebih ‘brew-tiful’ minggu depan apabila tiga nama besar dalam dunia lakonan tanah air iaitu Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!
Dalam kesibukan mempromosikan karya terbaharu mereka, Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi turut giat membuat persiapan rapi bagi pembukaan Bru Coffee Shop. Terdapat pelbagai persoalan sama ada mereka benar-benar serius menceburi bidang perniagaan atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu di luar kerjaya seni masing-masing atau pun hanya sekadar menunjukkan minat mereka terhadap perniagaan kafe yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda?
Namun yang pasti, mereka telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap perancangan ini. Bagi mereka, kedai kopi bukan sekadar tempat untuk menjual minuman, tetapi satu ruang untuk orang ramai berkumpul, berkongsi cerita dan menikmati suasana yang menenangkan. Mereka juga mahu mewujudkan sebuah tempat yang boleh menjadi ‘escape’ kecil daripada kesibukan bandar lantas pelanggan boleh menjadikannya tempat untuk berfikir, menulis atau sekadar menikmati kopi yang sedap.
Namun begitu, persoalan yang masih bermain di fikiran ramai, mampukah mereka menguruskan kedai ini dengan komitmen masing-masing sebagai pelakon? Dunia perniagaan, khususnya dalam industri makanan dan minuman, menuntut komitmen yang tinggi dan tidak kurang cabarannya.
Menariknya, pembukaan rasmi kedai kopi yang bakal berlangsung pada Isnin, 5 Mei 2025 di APW Bangsar ini turut diserikan dengan kehadiran ketiga-tiga pelakon terkenal ini Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi. Kemunculan mereka pastinya menceriakan suasana, sekali gus menarik perhatian para peminat dan pengunjung.
Kepada peminat mereka ataupun penggemar kopi, dapatkan jawapan anda dengan hadir ke lokasi dan tarikh berkenaan! Mungkin anda boleh rebut peluang ini juga untuk melihat sisi lain tiga pelakon hebat ini dalam suasana yang lebih santai dan mesra.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.