Showing posts with label Tonton. Show all posts
Showing posts with label Tonton. Show all posts

DUA FILEM IKONIK, SATU KISAH CINTA ABADI! AADC DAN AADC 2 KINI DI TONTON MULAI 4 NOVEMBER

Wednesday, 4 November 2026

KUALA LUMPUR, 4 November 2026 – Ada cinta yang datang dan pergi, ada juga yang kekal dalam ingatan. Begitulah kisah Cinta dan Rangga yang selepas 24 tahun masih menjadi antara pasangan ikonik dalam filem romantik Indonesia, dengan perjalanan cinta mereka yang terus menghidupkan kembali debaran cinta pertama.

Siapa yang boleh melupakan puisi Rangga, persahabatan Cinta bersama gengnya serta kisah dua insan yang menemukan cinta dalam keadaan tidak terduga? Dibintangi Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra, Ada Apa Dengan Cinta? (2002) memperkenalkan penonton kepada sebuah kisah yang bukan sekadar tentang cinta pertama, malah turut mengangkat persahabatan, pengorbanan dan perasaan yang sukar diluahkan.

Perjalanan cinta mereka tidak terhenti di situ apabila kisah Cinta dan Rangga disambung menerusi Ada Apa Dengan Cinta? 2 (2016), yang menemukan semula kedua-duanya selepas bertahun-tahun membawa haluan masing-masing.

Buat peminat yang ingin menyaksikan semula kisah ini, kedua-dua filem boleh mula distrim secara eksklusif untuk pelanggan Tonton pada 4 November 2026. Langgan Tonton sekarang menerusi aplikasi Tonton atau layari http://www.tonton.com.my untuk menikmati kedua-duanya!

Inilah peluang buat peminat lama untuk kembali bernostalgia, selain memberi ruang kepada generasi baharu mengenali kisah cinta Cinta dan Rangga yang terus terpahat dalam ingatan.

Jadi, selepas 24 tahun… masih ada apa dengan Cinta?

Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

‘SEPENUH HATI RINDU’ Duka Seorang Isteri Dan Rindu Yang Tak Pernah Padam

Thursday, 22 October 2026

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 – Apabila takdir merenggut kebahagiaan dalam sekelip mata, mampukah sebuah janji setia bertahan menempuh badai pengkhianatan dan ketaksuban terlarang? Sepenuh Hati Rindu, sebuah drama berat 20 episod yang sarat dengan konflik jiwa, ketabahan wanita dan ujian kasih sayang, bakal menemui penonton bermula 27 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Menampilkan gandingan mantap Farah Nabilah, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli sebagai teraju utama, drama ini turut dibintangi Syafie Naswip, Raja Azmi, Adam Corrie, Lan Siro dan Sayf Mikael. Diterbitkan untuk sajian emosi penonton, Sepenuh Hati Rindu menyelami kisah duka seorang wanita yang bangkit daripada kemurungan selepas kehilangan suami tercinta, hanya untuk terperangkap dalam sangkar ketaksuban insan lain.

Sepenuh Hati Rindu mengisahkan Summayah (Farah Nabilah), seorang wanita berjiwa kental yang mendirikan rumah tangga bersama Imran (Shahz Jaszle), seorang pemuda anak yatim yang gigih membuktikan cintanya. Namun, kebahagiaan yang baru dibina mereka hancur berkecai apabila Imran dilaporkan hilang dan dianggap telah meninggal dunia dalam satu tragedi bot karam ketika menyertai misi dakwah di Batam.

Kehilangan suami ketika sarat mengandung membawa Summayah ke jurang tekanan emosi dan kemurungan teruk selepas melahirkan anaknya, Qhalifah Dhany (Sayf Mikael).

Demi memulihkan semangat dan kestabilan jiwanya, Summayah dihantar ke pusat terapi Baiti Syifa di mana dia bertemu dengan Luth Mikael (Razzuan Rosli), salah seorang pakar terapi di pusat tersebut yang kelihatan berkarisma. Kehadiran Luth secara perlahan-lahan menjadi sandaran emosi buat Summayah sehingga terbit satu ikatan baharu antara meraka. Namun, mampukah hubungan ini merawat luka lama Summayah, atau ia sekadar permulaan kepada takdir yang lebih mencabar?

Mengulas mengenai penglibatannya dalam drama ini, Farah Nabilah berkongsi bahawa watak Summayah membawa cabaran emosi yang sangat mendalam buat dirinya. "Watak Summayah adalah satu perjalanan jiwa yang sangat berat dan mencabar. Daripada seorang wanita yang ceria dan tegas, dia jatuh ke fasa kemurungan yang teruk akibat kehilangan suami, sebelum terpaksa berdepan dengan ujian rumahtangga baharu yang toksik. Saya berharap penonton dapat merasai penderitaan, keberanian, dan perjuangan Summayah dalam mempertahankan anaknya serta mencari keadilan buat cintanya,” katanya. 

Bukan sekadar drama rumahtangga biasa, Sepenuh Hati Rindu membawa mesej mendalam tentang kesihatan mental, realiti keganasan domestik, ketabahan seorang ibu, serta nilai pengorbanan sebuah cinta sejati. Dengan plot yang penuh suspen, emosi air mata dan konflik yang mendebarkan, drama ini berupaya membuai jiwa penonton sepanjang 20 episod tayangannya.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sepenuh Hati Rindu, bermula 27 Oktober 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menyaksikan episod baharu 24 jam lebih awal melalui striman dalam talian di www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

**********************

Tentang TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

“POWER” SEBENAR BAKAL TERBUKTI MALAM INI!

Sunday, 18 October 2026

“POWER” SEBENAR BAKAL TERBUKTI MALAM INI! | Siapa Bakal Jadi Paling “Terhangat”?

SHAH ALAM, 18 Oktober 2026 – Enam minggu kuasa peminat menyemarakkan persaingan, malam ini segala debaran bakal terjawab apabila Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) membuka tirai malam kemuncaknya dengan mempertaruhkan 12 anugerah pertama serta 1 anugerah utama yang bakal menentukan siapa antara nama-nama paling popular tahun ini yang layak bergelar paling “Terhangat”.

Bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC), malam kemuncak AMT2026 bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan Tonton pada jam 9.00 malam. Pentas anugerah kali ini turut menyaksikan buat pertama kalinya Kamal Adli mengemudi sebuah pentas anugerah berskala besar bersama Ain Edruce sebagai hos utama.

Persaingan merebut trofi bukan satu-satunya tarikan malam ini apabila AMT2026 turut menghimpunkan barisan penghibur daripada pelbagai genre dan generasi untuk mengisi pentas kemuncak. Membawa tema “power” dalam acuan masing-masing, Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Alyph, Yasin Sulaiman, K.O.I, Bunga, Luqman Podolski, Mariam Saim dan Mohsein Kush bakal menghangatkan pentas AMT2026.

Turut mengiringi detik penyampaian trofi ialah barisan penyampai daripada pelbagai latar dunia hiburan, termasuk Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Zarif Ghazzi, Siti Saleha, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Fattah Amin, Amira Othman, Phei Yong, Puan Queenie Goh, Sharif Zero, Janna Nick dan Daiyan Trisha.

Sebelum pentas utama mengambil alih, perhatian terlebih dahulu tertumpu kepada Karpet Merah AMT2026 yang dikendalikan oleh Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan bermula jam 8 malam menerusi TikTok Melodi Terhangat sebelum penonton dibawa menyelami perkembangan di sebalik pentas pada jam 9 malam. Menariknya, karpet merah turut menampilkan dua cabaran, iaitu Fresh Smile Award Darlie dan Cheesy Pose Terhangat Gardenia QuickBites, yang memberi peluang kepada selebriti untuk memenangi hadiah menarik daripada penaja.

Empat Gelaran Masih Menanti Pemiliknya di CUCKOOTOPIA!

Meskipun malam kemuncak AMT2026 bakal menentukan sebahagian besar pemenang, persaingan belum berakhir sepenuhnya apabila empat lagi gelaran hanya akan diumumkan pada CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026, yang berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Empat gelaran yang masih dinantikan ialah Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat. Pengumuman ini membawa sebahagian daripada debaran malam anugerah ke pentas konsert, sekali gus memberikan peminat satu lagi detik untuk meraikan bintang pilihan mereka.

Persoalannya, siapakah yang bakal mengungguli AMT2026 dan membawa pulang gelaran paling “Terhangat” tahun ini? Segalanya bakal terjawab malam ini!

AMT2026 dihangatkan oleh CUCKOO sebagai Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Gardenia QuickBites dan Mentos sebagai Rakan Penaja serta Grab sebagai Rakan E-Hailing.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan  TikTok di @TV3Malaysia dan @MelodiTerhangat.

AKSI TINJU 34 PETARUNG DARI 9 NEGARA, ALL STAR CHAMPIONSHIP 2026 LIVE EKSKLUSIF DI TONTON PPV

Friday, 16 October 2026

AKSI TINJU 34 PETARUNG DARI 9 NEGARA, ALL STAR CHAMPIONSHIP 2026 LIVE EKSKLUSIF DI TONTON PPV | Siapa Bakal Menguasai Gelanggang? 

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2026 – Bersedia menyaksikan pertembungan luar biasa apabila seramai 34 pempengaruh dari 9 negara bakal berentap di gelanggang tinju menerusi All Star Championship 2026 pada Sabtu ini, 17 Oktober, bermula jam 1.00 petang hingga 11.00 malam. Menghimpunkan elemen sukan tempur, realiti dan hiburan dalam satu acara, kejohanan ini menjanjikan aksi penuh debaran apabila para peserta beralih dari dunia glamor demi memburu kemenangan dan gelaran juara. 

Sebagai rakan penstriman rasmi bagi kejohanan ini, Tonton membawakan siaran langsung All Star Championship 2026 secara eksklusif menerusi Pay-Per-View (PPV). Dengan harga hanya RM10, penonton serta peminat dari seluruh dunia berpeluang menyaksikan setiap pertembungan secara live dari mana sahaja mereka berada, tanpa terlepas detik penting sepanjang kejohanan berlangsung.

Lebih daripada sekadar perlawanan tinju, All Star Championship 2026 membawa personaliti yang dikenali menerusi media sosial ke gelanggang untuk menguji keberanian, disiplin serta ketahanan fizikal dan mental. Persiapan intensif yang dilalui setiap peserta turut menambah debaran menjelang pertembungan, sekali gus menjadikan persaingan lebih menarik untuk disaksikan.

Antara nama yang bakal mencuri perhatian ialah wakil Malaysia seperti Azrai (Azrai The Ace), Khairul (Ray Drac), Fariq (Fariq Fifth Yonko), Muhammad (Danzzllyy The Surgeon), Rahim (Tawan Im), Safwan (Royysparks), Fareez (Fareez The Chosen One), Mikhail (Mikha), Syafrizat (Ijatstyle The Monkey), Ikhmal (Dani The Cheeky Boy), Al-Yassar (Ceman The Zahh), Amir (Supermir) dan Jai yang bakal membawa identiti serta personaliti tersendiri ke gelanggang dalam usaha membuktikan kemampuan masing-masing.

Dengan penyertaan pempengaruh dari 9 negara iaitu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Jepun, Pakistan, Maghribi, India dan Filipina, persaingan pastinya sengit apabila setiap peserta berusaha mengatasi lawan masing-masing. Persoalan utama, siapakah yang mampu menewaskan pencabar lain dan muncul sebagai juara?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan All Star Championship 2026 pada 17 Oktober ini, bermula jam 1.00 petang hingga 11.00 malam. Akses eksklusif PPV ini boleh dinikmati oleh penonton tempatan dan antarabangsa pada harga RM10 menerusi aplikasi Tonton atau watch.tonton.com.my/live/asc.

Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

UQASHA SENROSE DIBELENGGU SAKA KETURUNAN MENERUSI ‘SIHIR ISTERI’

Friday, 9 October 2026

UQASHA SENROSE DIBELENGGU SAKA KETURUNAN MENERUSI ‘SIHIR ISTERI’ | PERJANJIAN GELAP KELUARGA & TUNTUTAN KORBAN DILUAR JANGKA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 – Mempertaruhkan kehidupan, kasih sayang dan masa depan demi menyara keluarga merupakan sebuah pengorbanan suci. Namun, setiap impian yang dimakbulkan oleh warisan gelap keluarga dan saka keturunan hadir dengan harga yang mengerikan—perkahwinan, cinta serta orang tersayang menjadi korban demi kuasa dan kekayaan. Konflik mistik yang sarat dengan suspen dan emosi ini bakal disajikan menerusi naskhah Tonton Original Series terbaharu bertajuk Sihir Isteri, yang akan menemui penonton mulai 10 Oktober 2026 secara eksklusif di platform Tonton.

Karya sentuhan pengarah Luqman Hafidz, terbitan Mache All Star United dan nukilan skrip Adza Emie ini menampilkan gandingan pelakon hebat tanah air seperti Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Keith Foo, Didie Alias dan Kiky Hannah. 

Jalan ceritanya berpusat pada Cempaka (Uqasha Senrose), yang terpaksa memikul saka turun-temurun keluarganya selepas kematian ibunya. Warisan itu berasal daripada neneknya, Nek Ros (Didie Alias), sebelum diwariskan kepada ibunya. Untuk menamatkan perjanjian mistik tersebut, Cempaka perlu melalui empat ritual yang terikat dengan perkahwinan setiap satunya menjanjikan ganjaran luar biasa.

Perjalanan gelap Cempaka bermula apabila perkahwinannya bersama Faris (Yusuf Bahrin), Jeffrey (Shahz Jaszle) dan Armand (Keith Foo) membuka ruang kepada gangguan misteri serta rahsia yang menghantui kehidupan mereka. Pada awalnya menolak, Cempaka akhirnya terpengaruh dengan janji yang terkandung dalam Kitab Warisan. Apabila gangguan itu tidak lagi dapat dikawal, Cempaka bertemu semula dengan cinta lamanya, Ikmal (Nafiz Muaz), yang kembali hadir ketika dia paling memerlukan bantuan. Kisah ini membawa penonton menyaksikan pertembungan antara cinta, iman dan warisan gelap keluarga, ketika Cempaka berusaha melepaskan diri daripada belenggu saka yang menguasai hidupnya.

Mengulas mengenai penglibatannya, Uqasha Senrose menjelaskan bahawa naskhah berunsur mistik dan suspen thriller ini memberi cabaran tersendiri kerana ia menuntut emosi yang berat serta perubahan karakter watak Cempaka daripada seorang wanita jujur kepada pemeroleh kuasa mistik. Bagi beliau, kekuatan siri ini terletak pada olahan plot yang padat dengan konflik perkahwinan serta mesej pengajaran tentang bahaya ketaksuban harta dan pengaruh.

Naskhah Tonton Original Series 10 episod ini bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 12:00 tengah malam mulai 10 Oktober hingga 8 November 2026. Siri ini boleh distrim secara eksklusif di Tonton menerusi langganan TontonUp serendah RM9.90 sahaja. Langganan ini turut memberikan akses kepada koleksi Tonton Originals yang lain, rangkaian drama pilihan TV3, siri anime, drama Korea dan pelbagai kandungan premium lain.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) kembali dengan kelainan apabila kemeriahan edisi tahun ini bukan sekadar tertumpu kepada malam anugerah, sebaliknya diteruskan menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026, sebagai kesinambungan sambutan yang mengangkat kuasa peminat sebagai sebahagian daripada kemeriahan acara ini.

Perincian mengenai kedua-dua acara ini dikongsikan menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2026 x CUCKOOTOPIA Power Launch yang berlangsung di Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown semalam, dengan pelbagai pengumuman terbaharu menuju dua acara yang saling melengkapi ini.



Menyusuli malam kemuncak AMT2026, CUCKOOTOPIA bakal meneruskan sambutan menerusi sebuah konsert penghargaan berskala besar yang dikendalikan oleh Kamal Adli, Owen Yap dan Fiza Frizzy, selain menampilkan barisan penghibur tempatan dan antarabangsa serta pelbagai segmen dan kejutan.

Paling dinanti, CUCKOOTOPIA bakal diterajui bintang popular Korea Selatan dan Duta Global CUCKOO, Lee Junho, dengan Hujan dan Firdhaus diumumkan sebagai dua nama terbaharu yang menyertai barisan penghibur, sekali gus menambah keterujaan menjelang konsert istimewa tersebut.

Kesinambungan antara AMT2026 dan CUCKOOTOPIA turut disaksikan menerusi pengumuman pemenang empat kategori AMT2026 pada malam konsert tersebut, iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat, lantas membawa sebahagian daripada debaran malam anugerah ke pentas CUCKOOTOPIA.

Dengan TV3 dan 8TV selaku rakan media rasmi, KONSERT CUCKOOTOPIA DIHANGATKAN OLEH AMT2026 akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, Sabtu, dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengunjung digalakkan untuk menyemarakkan sambutan dengan menggayakan Batik Bunga bersempena tema “Bloom in Batik: Wear Your Bloom. Share Your Happiness.”

Menariknya, kemeriahan CUCKOOTOPIA boleh dinikmati peminat secara percuma menerusi pemberian dan penebusan tiket yang ditawarkan oleh CUCKOO MALAYSIA. Layari laman sesawang rasmi di cuckoo.com.my/cuckootopia2026 atau media sosial CUCKOO MALAYSIA untuk mengetahui maklumat lanjut. 

Di sebalik persiapan menuju CUCKOOTOPIA, perjalanan AMT2026 kini memasuki pecutan akhir apabila tempoh undian dilanjutkan sehingga 11 Oktober 2026, jam 11.59 malam. Menerusi langganan Tonton, peminat berpeluang mendapatkan 5X vote boost dan tiket CUCKOOTOPIA, sekali gus memberi ruang untuk mereka terus mengukuhkan sokongan terhadap calon pilihan masing-masing.

Bukan itu sahaja, Top 5 semasa bagi kesemua 16 kategori turut didedahkan menerusi Power Launch. Walaupun kedudukan semasa memberikan gambaran awal persaingan, keputusan masih terbuka sehingga undian ditutup, justeru peminat masih berpeluang meningkatkan undian selagi tempoh undian masih dibuka.

Bakal disiarkan secara langsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, dari Selangor International Trade Centre (SITC), pentas utama AMT2026 akan diterajui oleh gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli selaku hos. 


Kemuncak acara turut didahului Karpet Merah yang dikendalikan oleh Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan bermula jam 8.00 malam, sebelum penonton dibawa menyelami perkembangan di sebalik pentas pada jam 9.00 malam, yang boleh disaksikan menerusi live stream TikTok Melodi Terhangat.

Istimewanya, Karpet Merah AMT2026 turut memperkenalkan dua kategori khas, iaitu Fresh Smile Award Darlie yang mengiktiraf senyuman paling menawan dalam kalangan artis, serta Cheesy Pose Terhangat Gardenia QuickBites yang meraikan gaya paling cheesy ketika bergambar di Karpet Merah.

Bagi melengkapkan malam tersebut, bintang popular daripada pelbagai generasi dan cabang hiburan bakal bergandingan sebagai penyampai hadiah AMT2026! Antaranya ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Zarif Ghazzi, Siti Saleha, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Sharif Zero, Janna Nick, Daiyan Trisha dan ramai lagi.


Selari dengan tema “Power,” AMT2026 bakal menampilkan pelbagai persembahan yang mengetengahkan kekuatan dan karakter penghibur. Antara yang bakal mengisi pentas ialah Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Alyph, Yasin Sulaiman, K.O.I., Bunga, Luqman Podolski, Mariam Saim dan Mohsein Kush.

Menjelang malam kemuncak, perjalanan AMT2026 turut diteruskan menerusi Hari Gabungan Kuasa pada 11 Oktober 2026, bermula jam 12.00 tengah hari dengan tajaan lokasi di The Curve, Mutiara Damansara, yang menjadi persinggahan terakhir siri jelajah serta peluang buat peminat bertemu barisan calon dan selebriti secara lebih dekat.


Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang AMT2026? Segalanya bakal diketahui pada 18 Oktober 2026, jam 9.00 malam, secara langsung menerusi TV3 dan Tonton. 

AMT2026 dihangatkan oleh CUCKOO sebagai Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Gardenia QuickBites dan Mentos sebagai Rakan Penaja serta Grab sebagai Rakan E-Hailing.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan  TikTok di @TV3Malaysia dan @MelodiTerhangat.

DI SEBALIK KENANGAN, ADA CERITA TENTANG TUN HASMAH

Monday, 5 October 2026

DI SEBALIK KENANGAN, ADA CERITA TENTANG TUN HASMAH | 5 PERKARA MENARIK YANG DIKONGSI DATUK SERI DR. WAN AZIZAH TENTANG TUN HASMAH

Ada kenangan yang kekal bukan kerana besar nilainya, tetapi kerana cerita di sebaliknya. Begitu juga buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang menyimpan beberapa kenangan istimewa sepanjang mengenali Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi Majalah 3 Istimewa: Tun Dr Siti Hasmah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkongsi pengalaman mengenali Allahyarhamah dari dekat, daripada persamaan mereka sebagai doktor, peranan Tun Hasmah sebagai sumber inspirasi ketika beliau mula menceburi politik, hinggalah satu kenangan kecil dari Bamako, Mali yang masih disimpan sehingga kini.

1. Bermula dengan persamaan sebagai doktor

Persamaan dalam bidang perubatan menjadi antara titik awal yang mengeratkan hubungan Datuk Seri Dr. Wan Azizah dan Tun Hasmah. Hubungan mereka sebagai rakan sejawat kemudiannya berkembang menjadi satu keakraban yang tersendiri. 

2. Perjuangan untuk kesihatan ibu dan anak

Datuk Seri Dr. Wan Azizah turut mengimbau usaha Tun Hasmah dalam bidang kesihatan awam pada ketika masyarakat masih berdepan cabaran untuk menerima pendidikan kesihatan dan vaksinasi. Perhatian Allahyarhamah terhadap kesihatan ibu dan anak turut menjadi antara sumbangan yang meninggalkan kesan dalam bidang tersebut. 

3. Sosok yang menjadi contoh ketika mula berpolitik

Ketika mula menceburi dunia politik, Datuk Seri Dr. Wan Azizah melihat Tun Hasmah sebagai seorang guru dan contoh, khususnya dalam memahami peranan serta tanggungjawab sebagai isteri kepada seorang pemimpin, termasuk dari segi penampilan dan cara berinteraksi dengan masyarakat.

4. Semangat belajar yang tidak pernah berhenti

Semangat Tun Hasmah untuk terus belajar sehingga ke penghujung hayat turut menjadi antara perkara yang dikagumi Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Walaupun berdepan masalah penglihatan, Allahyarhamah tetap mempunyai keinginan untuk mempelajari perkara baharu dan mengembangkan dirinya. 

5. Kenangan kecil dari Bamako yang kekal di hati

Antara kenangan yang masih dekat di hati Datuk Seri Dr. Wan Azizah ialah satu pengalaman ketika mereka bersama-sama berada di Bamako, Mali. Seutas gelang tangan yang diperoleh ketika itu menjadi kenangan peribadi yang mengingatkan beliau kepada sosok Tun Hasmah sebagai seorang yang dekat seperti ibu dan kakak. 

Saksikan perkongsian penuh Datuk Seri Dr. Wan Azizah dalam Majalah 3 Istimewa: Tun Dr Siti Hasmah, pada 5 Oktober 2026, jam 9.00 malam di TV3, dan strim menerusi Tonton.

Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 berlangsung meriah di MyKart Raceway, Shah Alam pada 4 Oktober lalu apabila barisan selebriti dan peminat berentap dalam cabaran go-kart yang menguji kepantasan, kemahiran pemanduan dan semangat berpasukan. Memang lain daripada biasa!

Antara yang memeriahkan cabaran ini termasuk Nabila Razali, Zaki Yamani, Datuk Rosyam Nor, Tracie Sinidol, Janna Nick, Dini Schatzmann, Daniel Fong, DUKES, Jazmy Juma dan Anna Jobling, selain barisan pelakon Sepenuh Hati Rindu dan Cinta Si Gadis Litar.

Masing-masing memberikan tenaga, fokus dan skil terbaik bagi mencatat masa terpantas! Aksi sengit menyaksikan kumpulan Haqiem Rusli muncul di tempat pertama, diikuti kumpulan Jazmy Juma di tempat kedua dan kumpulan Dini Schatzmann di tempat ketiga.

Belum tamat di sini! Nantikan perkembangan mengenai Hari Gabungan Kuasa AMT 2026 seterusnya menerusi media sosial rasmi Melodi Terhangat dan TV3.

#AMT26 #AnugerahMelodiTerhangat26

AMT2026 BAWA “POWER” TURUN PADANG MENERUSI HARI GABUNGAN KUASA!🔥

Thursday, 1 October 2026

Bahang Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) bakal dibawa lebih dekat kepada peminat menerusi Hari Gabungan Kuasa, yang menghimpunkan calon AMT2026, barisan artis dan peminat dalam dua acara istimewa!

Bermula di AEON Mall Taiping pada 3 Oktober, barisan calon AMT2026 bersama selebriti bakal memeriahkan Meet & Greet dengan persembahan secara langsung, sesi manifesto dan pelbagai aktiviti interaktif termasuk Karaoke Challenge, sesi autograf dan bergambar, di samping peluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk tiket ke CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026. 

Tidak terhenti di situ! Kemeriahan diteruskan di MyKart Raceway, Shah Alam pada keesokan harinya, 4 Oktober apabila barisan artis bakal mengetuai kumpulan masing-masing dalam cabaran go-kart!🏎️

Bukan sahaja menguji kepantasan, cabaran ini bakal menguji semangat berpasukan apabila selebriti dan peminat bergabung untuk merebut gelaran juara. Memang syok!🔥

Jom turun padang hujung minggu ini! Tandakan kalendar anda sekarang untuk jumpa calon pilihan dan saksikan sendiri “power” AMT2026!🔥

📅3 Oktober 2026 (Sabtu)
📍AEON Mall Taiping, Perak
🕛12.00 tengah hari


📅4 Oktober 2026 (Ahad)
📍MyKart Raceway, Shah Alam
🕛12.00 tengah hari

#AMT26 #AnugerahMelodiTerhangat26

Selepas berjaya menempatkan diri dalam 6 terbaik, finalis Purina Felix Cat Fashion Week kini bersiap untuk ke pentas akhir menerusi sesi Masterclass khas yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program ini. Bukan sekadar soal gaya, sesi tersebut memberi fokus kepada penjagaan, keyakinan dan keserasian antara pemilik dengan si bulus.

Dikendalikan oleh Pengasas dan Pengajar Dandanan Kucing, Mohd Jeffrey Mohd Ali, doktor veterinar, Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah) serta pereka fesyen Malaysia, Mohamad Kashfi Zulkufli, Masterclass ini merangkumi lima fokus utama iaitu penjagaan dan dandanan, gaya hidup serta pemakanan, pembinaan keyakinan, penggayaan fesyen dan latihan catwalk.

Persediaan bermula dengan asas grooming apabila finalis mempelajari teknik memberus bulu, memandikan kucing dan membuat kemasan sebelum mencubanya sendiri bersama kucing masing-masing di bawah bimbingan pakar. Sesi bersama Dr. Salehahtul Khuzaimah pula memberi panduan mengenai pemakanan, pengambilan air dan rutin penjagaan harian bagi menyokong kesihatan serta tenaga kucing.

Fokus kemudian beralih kepada keyakinan dan keserasian apabila finalis didedahkan kepada cara mengendalikan kucing dalam suasana pentas. Dalam masa sama, setiap gandingan berkolaborasi bersama pereka fesyen untuk menentukan tema dan konsep yang sesuai dengan personaliti kucing serta gaya pemilik.

Persiapan diteruskan dengan latihan catwalk yang merangkumi pacing, postur dan teknik mengendalikan kucing ketika bergerak. Si bulus turut dibiasakan dengan suasana pentas dan gangguan yang mungkin berlaku supaya setiap gandingan lebih bersedia menghadapi situasi tidak dijangka ketika persembahan akhir.

Enam finalis yang bakal berentap di pentas akhir ialah Norazizah Abu Kasim bersama Lolalisa, Aiman Syazani bersama Seri Embun, Aidil Jalil bersama Sashimi, Syazreen Irwina bersama Micco, Fara Juliana bersama Mochi serta Ahmad Fazwan bersama Atithy. 

Sesi Masterclass akan ditampilkan menerusi Kapsul Purina Felix Cat Fashion Week di kaca televisyen bermula 3 hingga 17 Oktober 2026, setiap Sabtu pada jam 7.50 malam, sebelum episod finale menemui penonton pada 25 Oktober 2026 (Ahad), jam 9.00 malam. Kandungan Masterclass turut dikongsikan dalam bentuk video pendek secara eksklusif di Instagram dan TikTok TV3, membawakan pelbagai tip dan ilmu menarik. Jangan terlepas untuk menyaksikan persiapan Top 6 bersama si bulus masing-masing menjelang pentas akhir!

Membawa tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda,” Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Purina Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Jom gunakan #FelixCatFashionWeekxTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial! Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

FATTAH AMIN TERPERANGKAP FITNAH DAN DENDAM SILAM DALAM ‘ANDAI MASIH ADA MAAF’

Tuesday, 29 September 2026

FATTAH AMIN TERPERANGKAP FITNAH DAN DENDAM SILAM DALAM ‘ANDAI MASIH ADA MAAF’ | APABILA KEBENARAN TERBONGKAR, MAMPUKAH CINTA DIPULIHKAN SETELAH HANCUR? 

Kuala Lumpur, 25 September 2026 – Sebuah mahligai perkahwinan indah yang dibina selama bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata hanya kerana tersilap percaturan. Lebih menyukarkan keadaan apabila kebenaran hanya terbukti selepas segala-galanya terlanjur musnah, meninggalkan persoalan sama ada masih ada ruang untuk membaiki kesilapan yang telah berlaku. 

Mengangkat kisah tentang kepercayaan, fitnah dan penyesalan dalam kehidupan berumah tangga, drama terbaharu TV3 Andai Masih Ada Maaf bakal membawa penonton mengikuti perjalanan sebuah keluarga yang berdepan ujian demi ujian, apabila satu perkara yang disangka benar mula mengubah seluruh kehidupan mereka. 

Diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd, drama 28 episod ini merupakan karya penulis K. Adli dan arahan Feroz Kader, menampilkan Fattah Amin, Hanna Delisha, Nazrief Nazri dan Malek Mccrone sebagai teraju utama. Drama ini bakal menemui penonton mulai 30 September, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan turut boleh distrim di iQIYI satu jam selepas siaran TV3.

Andai Masih Ada Maaf mengisahkan Hana (Hanna Delisha), seorang wanita berkerjaya yang menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya Dr Reza (Fattah Amin), seorang doktor psikologi yang dikenalinya sejak zaman universiti. Dikurniakan seorang anak perempuan, kehidupan mereka kelihatan sempurna sehinggalah kemunculan semula Azmeer (Nazrief Nazri), kenalan lama membuka kembali kisah silam yang tidak pernah diketahui Reza.

Pertemuan semula itu pada awalnya tidak menimbulkan sebarang masalah, malah Reza gembira dapat bertemu semula dengan kenalan lama mereka. Namun di sebalik kemunculannya, Azmeer sebenarnya menyimpan dendam terhadap Hana dan mula menyusun rancangan untuk memusnahkan rumah tangga mereka.

Pelbagai manipulasi dan fitnah mula diwujudkan sehingga Reza sendiri mula meragui kesetiaan isterinya. Beberapa petunjuk yang sengaja ditinggalkan membuatkan Reza percaya Hana mempunyai hubungan sulit. Kemuncaknya, satu kejadian yang mengaitkan Hana dengan Azmeer membuatkan Reza benar-benar percaya bahawa Hana telah mengkhianatinya.

Tanpa mengetahui kebenaran sebenar, Reza memilih untuk menjauhkan diri daripada Hana. Keadaan bertambah buruk apabila cerita mengenai kecurangan Hana tersebar dan menjadi tular, menyebabkan dia bukan sahaja kehilangan kepercayaan suami, malah turut menerima kecaman hebat daripada keluarga, rakan-rakan dan netizen.

Mengulas mengenai watak Reza, Fattah Amin berkata karakter Reza memberi ruang kepadanya untuk meneroka sisi seorang suami yang terpaksa berdepan dengan akibat daripada keputusan sendiri. “Reza bukan watak yang mudah kerana pada awalnya dia yakin dengan segala yang dilakukan. Dia percaya bahawa dia sedang mempertahankan rumah tangga tetapi tanpa sedar, keputusan itu sendiri yang menghancurkan keluarga. Paling berat apabila dia mula sedar kesilapan sendiri, namun banyak perkara yang sudah tidak boleh diundurkan. Saya rasa itu yang membuatkan perjalanan Reza menarik untuk diikuti,” ujarnya.

Mampukah cinta yang pernah musnah dibina semula selepas segala rahsia terbongkar? Dan apabila sebuah hati sudah terlalu banyak terluka, mampukah cinta diberi peluang sekali lagi?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri, Andai Masih Ada Maaf mulai 30 September 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, melalui laman web atau aplikasi iQIYI di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

KISAH YANG WAJAR DIDENGARI: TONTON HIMPUNKAN DUA FILEM DALAM “VOICES THAT MATTER PACK”

Monday, 28 September 2026

KUALA LUMPUR, 28 September 2026 – Ada kisah yang sekadar ditonton, dan ada kisah yang membuat kita berhenti seketika untuk memahami. Menerusi “Voices That Matter Pack,” Tonton menghimpunkan No Other Land dan The Voice of Hind Rajab, dua filem yang berasaskan kisah nyata serta mengetengahkan pengalaman dan perjuangan manusia, di samping memberi peluang kepada penonton menjadikan setiap tontonan sebagai satu bentuk sokongan bermakna.

Bermula 30 September 2026, kedua-dua filem boleh ditonton menerusi TVOD (Transactional Video on Demand) di Tonton dalam satu pakej khas pada harga RM15, dengan RM1 daripada setiap transaksi disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Sebagai pemenang Academy Award bagi Filem Dokumentari Terbaik 2025, No Other Land membuat kemunculan sulung di Malaysia secara eksklusif di Tonton. Filem ini mengikuti aktivis Palestin Basel Adra ketika beliau mendokumentasikan kemusnahan rumah dan perpindahan penduduk di Masafer Yatta, Tebing Barat, selain merakam perjuangan masyarakat setempat mempertahankan tanah dan kediaman mereka. Pertemuannya dengan wartawan penyiasatan Israel, Yuval Abraham, membawa kepada kerjasama yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah persahabatan merentasi latar belakang berbeza.

Sementara itu, The Voice of Hind Rajab mengisahkan Hind Rajab, kanak-kanak berusia enam tahun yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Gaza pada 29 Januari 2024 selepas serangan terhadap keluarganya, sebelum menghubungi Bulan Sabit Merah untuk mendapatkan bantuan. Berasaskan rakaman panggilan kecemasan sebenar, termasuk suara Hind sendiri, filem ini menelusuri usaha petugas yang berusaha untuk menyelamatkannya.

Daripada rakaman kehidupan di lapangan hingga panggilan kecemasan yang merakam suara seorang kanak-kanak dalam detik genting, kedua-dua filem ini menampilkan pendekatan penceritaan unik yang membawa penonton lebih dekat kepada realiti di sebalik liputan berita. Bersama-sama, kedua-duanya mengetengahkan sisi berbeza tentang pengalaman manusia, ketabahan dan perjuangan.

Jom tonton sambil menyumbang. Penonton boleh menikmati “Voices That Matter Pack” yang menampilkan No Other Land dan The Voice of Hind Rajab pada harga RM15 menerusi aplikasi Tonton atau tonton.com.my bermula 30 September 2026, dengan RM1 daripada setiap transaksi disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

AMT2026 CATAT 4 JUTA UNDIAN! 10 CALON INI KINI BERADA DI KEDUDUKAN TERATAS DENGAN ‘POWER’ ANDA!

Thursday, 24 September 2026

Bahang persaingan Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) semakin terasa apabila jumlah undian kini mencecah 4 juta, sekali gus memperlihatkan sambutan hebat peminat sejak undian dibuka pada 3 September lalu.

Seiring persaingan yang semakin sengit, beberapa nama mula mencuri perhatian dalam senarai semasa. Berikut ialah 10 calon yang kini berada di kedudukan teratas berdasarkan jumlah undian tertinggi secara keseluruhan setakat ini:

  • Amir Ahnaf & Siti Khadijah
  • Aisha Retno
  • Fattah Amin & Amira Othman
  • Keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
  • Zaki Yamani
  • Aina Abdul
  • Anna Jobling
  • Alpha
  • Meerqeen
  • Sophia Albarakbah

Senarai ini sekadar memberi gambaran awal tentang nama-nama yang sedang mencuri perhatian setakat ini, namun keputusan akhir masih belum dapat ditentukan. Selagi tempoh pengundian belum berakhir, kedudukan Top 10 ini masih boleh berubah mengikut perkembangan undian yang diterima.

Undian AMT2026 dibuka sehingga 8 Oktober 2026, jam 9 malam menerusi laman undian AMT2026. Setiap akaun Tonton berdaftar menerima 5 undian, manakala pemegang langganan 3 bulan dan 12 bulan masing-masing memperoleh 2,500 dan 10,000 undian. Inilah peluang untuk menggunakan “Fan Power” anda dan memberikan undian kepada nama yang menjadi pilihan.

Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum tempoh pengundian berakhir, kedudukan semasa masih boleh berubah. Siapakah yang bakal kekal di hadapan dan siapakah pula yang akan membuat kejutan pada saat akhir? Persaingan masih terbuka sehingga detik malam kemuncak. Nantikan Anugerah Melodi Terhangat 2026 pada 18 Oktober 2026, Ahad, 9.00 Malam bersiaran langsung di TV3 dan strim juga melalui Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia, serta Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.

8 KAROK STAR BERENTAP DI ‘KAROK DAPUR’, GAYA HIDUP BERUBAH BILA SUDIP DAN MIKROFON MENYATU?

Tuesday, 22 September 2026

8 KAROK STAR BERENTAP DI ‘KAROK DAPUR’ | GAYA HIDUP BERUBAH BILA SUDIP DAN MIKROFON MENYATU?

KUALA LUMPUR, 21 September 2026 – TV3 membawakan kelainan dalam dunia program genre gaya hidup melalui Karok Dapur dengan mengetengahkan pelbagai bakat di kalangan selebriti terkenal  di dalam satu program realiti, dengan kerjasama bersama syarikat pengeluar rempah ratus terkemuka BABA’S. Rancangan lapan episod ini bakal menemui penonton bermula 27 September hingga 15 November 2026, setiap hari Ahad jam 7.30 malam di TV3 dan Tonton.

Karok Dapur menggabungkan dua minat utama rakyat Malaysia, makanan dan muzik dalam format pertandingan realiti bersiri, dua selebriti popular (Karok Star) bakal berentap secara 1 lawan 1 mengharungi pelbagai cabaran dalam menyediakan dua sajian sambil menyanyi secara serentak mengikut masa yang ditetapkan.

Pemenang mingguan membawa pulang wang tunai RM2,000, hamper eksklusif BABA’S serta trofi, sekali gus mara ke episod seterusnya menerusi format pusingan kalah mati (king of the hill). Dua pemenang dengan kemenangan episod terbanyak akan berentap di Episod 8 (Finale) bagi merebut gelaran Juara Keseluruhan bernilai RM10,000, hamper eksklusif BABA’S berserta trofi Juara Karok Dapur.

Bagi mengendalikan serta menilai persaingan ini, Karok Dapur menampilkan Rozita Che Wan sebagai hos, manakala penilaian diserahkan kepada dua juri khusus iaitu cef selebriti Dato' Chef Ismail (Juri Kuliner) dan penyanyi popular Haqiem Rusli (Juri Vokal).

Struktur Cabaran & Episod

Cabaran 1 (Pembuka Selera / Pencuci Mulut): Sebelum memulakan masakan, peserta perlu memilih Mystery Box tanpa mengetahui isinya. Bahan atau item di dalam kotak tersebut menjadi kekangan fizikal wajib yang perlu dipatuhi dan dipertahankan sepanjang segmen.

Cabaran 2 (Hidangan Utama & Karok Roulette): Semasa proses memasak hidangan utama sedang berlangsung, peserta akan memutar roda Karok Roulette. Peserta wajib menyanyikan lagu berdasarkan genre yang terpilih secara serentak sambil meneruskan masakan.

Cabaran 3 (The Menu Pitch - Freestyle Rap): Sebelum juri merasa hidangan, rentak hip-hop akan dimainkan di studio. Setiap peserta diberi masa 60 saat untuk melakukan freestyle rap bagi mempertahankan hidangan utama mereka, merangkumi profil rasa, proses memasak dan cerita di sebalik sajian.

Setiap cabaran menguji kreativiti Karok Star dalam menghasilkan sajian menggunakan rangkaian produk berkualiti BABA’S. Bagi Cabaran 1, peserta perlu menghasilkan sajian menggunakan antaranya, Campuran Kesari BABA’S, Tepung Beras BABA’S dan Campuran Kuih Ghee BABA’S. Cabaran 2 menerusi segmen Hidangan Utama & Karok Roulette pula menyaksikan peserta menyediakan hidangan utama menggunakan hero product seperti Serbuk Kunyit BABA’S, Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Kurma BABA’S dan Rempah Sup BABA’S, sambil menguji kebolehan mereka memasak dan berkarok secara serentak.

Cabaran mingguan dimulakan oleh Ryan Bakery lawan Ara Johari pada Episod 1, diikuti pencabar seterusnya iaitu Joey Daud (Ep 2), Syamel (Ep 3), Sufian Suhaimi (Ep 4), Zulin Aziz (Ep 5), Sarah Suhairi (Ep 6) dan Nadia Brian (Ep 7) sebelum Episod kemuncak (Ep 8).  

Karok Dapur Akhir tampil dengan kejutan yang tidak dijangka dan pastinya lebih menghiburkan. Siapakah Karok Star yang berjaya menakluki cabaran terakhir dan bergelar juara Karok Dapur musim ini? 

Penilaian & Pengumuman Pemenang

Penilaian akhir dilakukan di meja bulat di mana Juri Vokal menilai mutu nyanyian serta kreativiti persembahan, manakala Juri Kuliner menilai rasa, persembahan dan profil perasa hidangan. Selepas pengumuman pemenang oleh hos, juara mingguan akan meraikan kemenangan dengan persembahan bertenaga menerusi Victory Encore.

Terdahulu, satu majlis sidang media khas Karok Dapur, telah diadakan pada 21 September 2026 bertempat di Banglo 289 bersama penaja utama BABA'S, yang turut dihadiri barisan hos, juri, dan selebriti jemputan.

Siapakah selebriti yang akan merangkul gelaran juara musim ini? Saksikan gelagat mereka di KAROK DAPUR bersama BABA’S, mulai 27 September, setiap Ahad, 7.30 malam di TV3 dan strim secara langsung menerusi aplikasi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

BOLEHKAH MEREKA KEKAL DI TAKHTA? EMPAT JUARA AMT TAHUN LALU KEMBALI BURU GELARAN SAMA TAHUN INI!

Thursday, 17 September 2026

Juara AMT tahun lepas kembali ke gelanggang dalam kategori yang sama! Fattah Amin, Sophia AlBarakbah, Datuk Rosyam Nor dan Khai Bahar sekali lagi bersaing di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), namun kali ini mereka perlu mempertahankan gelaran daripada barisan pencabar yang turut memburu kemenangan.

Dengan barisan pencalonan yang kompetitif dalam setiap kategori, kemenangan kali kedua bukan sesuatu yang mudah. Setiap calon mempunyai kekuatan dan kelompok peminat tersendiri, menjadikan keputusan sukar dijangka. Adakah empat juara ini mampu mengulangi kejayaan, atau AMT2026 bakal menyaksikan gelaran berpindah tangan?

Fattah Amin berdepan cabaran untuk mengulangi kemenangan dalam Selebriti Maskulin Terhangat dengan saingan daripada Syafiq Kyle, Datuk Yusry Abdul Halim, Beto Kusyairy, Amir Ahnaf, Kamal Adli dan ramai lagi yang juga mengintai gelaran tersebut.

Tahun lalu milik Sophia AlBarakbah, tetapi tahun ini ceritanya mungkin berbeza. Selepas dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat pada AMT2025, Sophia kini perlu berdepan Anna Jobling, Mimi Lana, Daiyan Trisha, Fasha Sandha dan Siti Khadijah Halim, antara nama yang menjadi pencabar dalam kategori tahun ini.

Datuk Rosyam Nor pula perlu mengekalkan gelaran Selebriti Viral Terhangat yang dimenanginya pada AMT2025, dengan Aisha Retno, Kamal Adli, Syafiq Kyle dan Sofyank antara nama yang turut mencuri perhatian dalam kategori itu tahun ini. Dengan perhatian netizen yang sentiasa berubah, persaingan untuk gelaran ini pastinya antara yang paling sukar diramal.

Sementara itu, Khai Bahar turut kembali memburu gelaran Selebriti Muzik Terhangat dengan Aisha Retno, DOLLA, Hael Husaini, Amir Masdi dan Aina Abdul antara pencabar utama tahun ini.

Empat juara, empat kategori dan empat gelaran untuk direbut sekali lagi. Segalanya kini bergantung kepada undian AMT2026 untuk menentukan sama ada mereka mampu mengulangi kejayaan atau pencabar bakal mencipta kejutan.

Jangan tunggu lagi! Undi calon kegemaran anda di tonton.com.my/anugerahmeoditerhangat yang kini dibuka dari 3 September hingga 8 Oktober 2026.

Siapa yang bakal muncul sebagai pilihan utama peminat tahun ini? Persoalan itu akan terjawab pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, apabila Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan turut distrim menerusi Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia, serta Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.

6 SUPER MEOW-DEL KINI BERSEDIA MENAWAN PENTAS AKHIR PURINA FELIX CAT FASHION WEEK  | Enam Si Bulus, Satu Mahkota, Siapa Bakal Jadi Super Meow-Del Seterusnya? 

Kuala Lumpur, 17 September 2026 – Debaran Purina Felix Cat Fashion Week musim kedua kini semakin memuncak apabila enam gandingan kucing dan pemilik berjaya melangkah ke pentas akhir untuk merebut gelaran super meow-del.

Daripada 20 gandingan yang bersaing, enam gandingan berjaya menonjol dan membentuk barisan Top 6 meow-del:

  • Ahmad Fazwan & Athithy Amora
  • Fara Juliana & Mochi
  • Aidil Jalil & Sashimi Aryan Braveheart
  • Aiman Syazani & Seri Embun
  • Norazizah Binti Abu Kasim & Lolalisa Braveheart
  • Syazreen Irwina & Micco Al Farsy

Daripada 20 pasangan separuh akhir yang terbaik, enam gandingan ini telah berjaya melangkah ke pentas akhir selepas dinilai berdasarkan aspek kebersihan, kecantikan, karakter dan kreativiti, sekali gus menyerlahkan keistimewaan dan keunikan setiap gandingan.

Sesi Separuh Akhir tempoh hari telah dinilai oleh barisan juri berpengalaman iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar Malaysia yang berpengalaman dalam penjagaan haiwan kecil dan eksotik; Yuen Wai, wakil Malaysia daripada Fédération Internationale Féline (FIFe); serta Mark Adam, penyanyi, pelakon dan pencinta kucing.

Top 6 sudah dipilih, tetapi perjalanan untuk merebut gelaran super meow-del baru sahaja bermula! Menariknya musim ini, perjalanan menuju pentas akhir turut dilengkapkan dengan beberapa fasa persediaan khas menerusi sesi Cat Fashion Week Masterclass dan Designer Collaboration.

Cat Fashion Week Masterclass bakal membuka peluang kepada para finalis melalui sesi bimbingan eksklusif bagi mengasah gaya, persembahan dan keyakinan si bulus sebelum melangkah ke pentas akhir. Dengan tunjuk ajar barisan pakar, termasuk Dr. Ima serta Pakar Groomer Kucing, Mohd Jeffrey setiap gandingan bakal dipersiapkan untuk menampilkan aura dan gaya terbaik mereka.  

Menerusi Designer Collaboration pula, para finalis bakal berganding bahu bersama pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli untuk menghasilkan busana khas buat pemilik dan si bulus masing-masing yang akan dipersembahkan di pentas akhir. Elemen baharu ini bukan sahaja menguji kreativiti, malah menjadi peluang buat setiap gandingan untuk menyerlahkan identiti dan karakter unik mereka.

Perjalanan mereka juga boleh diikuti dengan lebih dekat menerusi kandungan digital dan televisyen. Felix Cat Diary merupakan kandungan digital “bite-sized” yang akan menampilkan kisah peserta dan detik menarik bersama kucing kesayangan mereka, bermula 16 September hingga 8 Oktober 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 8.00 malam, eksklusif di Instagram dan TikTok TV3.

Purrfection Diary pula akan menyusul pada 29 September, 6 dan 20 Oktober 2026, dengan kandungan istimewa yang melengkapkan perjalanan Purina Felix Cat Fashion Week.

Sementara itu, Kapsul Cat Fashion Week akan membawa penonton mengikuti perjalanan daripada sesi pencarian online, sesi Separuh Akhir, detik detik istimewa finalis hinggalah persiapan menuju pentas akhir. Kapsul ini akan menemui penonton pada 3, 10 dan 17 Oktober 2026, setiap Sabtu, jam 7.50 malam di TV3.

Siapakah yang bakal mencuri perhatian juri dan membawa pulang mahkota? Nantikan detik penentuan Purina Felix Cat Fashion Week pada 25 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam di TV3. 

Membawa tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda,” Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Jom gunakan #FelixCatFashionWeekxTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial! Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

ZAHIRIL ADZIM TAMPIL SEBAGAI SUAMI YANG MENDUA MENERUSI ‘ISTERI KE-2’

Monday, 14 September 2026

ZAHIRIL ADZIM TAMPIL SEBAGAI SUAMI YANG MENDUA MENERUSI ‘ISTERI KE-2’| UJIAN ZURIAT & DILEMA POLIGAMI MENGUJI NILAI KESETIAAN TONTON ORIGINAL MOVIE TERBAHARU 

KUALA LUMPUR, 15 September 2026 – Mengharungi bahtera rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata merupakan antara dugaan paling mencabar buat pasangan Trying-To-Conceive (TTC). Apabila desakan dan impian seorang suami untuk bergelar bapa menjadi terlalu menebal, keyakinan serta kepercayaan isteri sanggup dipertaruhkan demi merealisasikan hasrat berkenaan. Pentas konflik emosi ini bakal disajikan secara eksklusif menerusi naskhah Tonton Original Movie terbaharu bertajuk Isteri Ke-2 yang akan menemui penonton pada 16 September 2026 secara eksklusif di platform Tonton.

Karya sentuhan pengarah Syed Fariz terbitan Anomalous Films ini menampilkan gandingan pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Azira Shafinaz dan Baizura Kahar. Jalan cerita berpusat kepada watak Azrul (Zahiril Adzim) yang mengambil keputusan berpoligami dengan Sarah (Azira Shafinaz) demi mendapatkan zuriat. Keputusan mendua ini sekali gus meretakkan ikatan perkahwinan yang terbina dan menguji kesabaran isteri pertamanya, Maya (Baizura Kahar).

Kisah pengkhianatan ini mula memuncak apabila Maya menghidu kecurangan suaminya dan mengambil langkah mengekori pergerakan Azrul. Satu demi satu petunjuk timbul tanpa perlu dicari sehingga akhirnya membongkar rahsia bahawa dirinya telah dimadukan. Penonton bakal dibawa menyaksikan dilema Azrul dalam menyelamatkan kedua-dua rumahtangganya serta persoalan sama ada impiannya untuk menjadi seorang ayah bakal tercapai di penghujung kisah.

Mengulas mengenai penglibatannya, Zahiril Adzim menjelaskan bahawa naskhah berkaitan isu kecurangan bukanlah satu perkara asing kerana ia realiti yang berlaku dalam masyarakat setiap hari. Bagi beliau, kekuatan sesebuah karya tidak terletak pada isu semata-mata, sebaliknya bergantung kepada cara eksekusi, penyampaian cerita serta kualiti penceritaan itu sendiri.

Naskhah Tonton Original Movie ini boleh distrim secara eksklusif di Tonton menerusi langganan TontonUp serendah RM9.90 sahaja. Langganan ini turut memberikan akses kepada koleksi Tonton Originals yang lain, rangkaian drama pilihan TV3, siri anime, drama Korea dan pelbagai kandungan premium lain.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2026 – TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu, Camelia, yang dijadualkan menemui penonton bermula 14 September 2026. Slot khas ini dibawakan bagi memenuhi fenomena serta permintaan tinggi peminat tempatan terhadap naskhah drama dari Thailand yang terkenal dengan daya tarikan serantau yang sangat kuat.

Mengambil inspirasi daripada keindahan bunga Camelia yang melambangkan cinta, kekaguman, ketabahan dan keindahan abadi, slot ini menjadi manifestasi kepada setiap perjalanan watak heroin dalam setiap naskhah yang dibawakan. Dari perjuangan mengatasi pengkhianatan, menentang takdir, hinggalah menemui cinta sejati, slot Camelia merakam perjalanan penuh keberanian serta transformasi wanita yang membuktikan bahawa cinta tetap mampu mekar biarpun dalam situasi yang paling sukar.

Slot Camelia akan bersiaran secara eksklusif di TV3 pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 12.05 tengah hari.

Sebagai naskhah pembuka tirai slot baharu ini, TV3 membawakan drama romantik sejarah (historical romance) popular tahun 2024 dari Thailand, Surviving Beauty. Mula ditayangkan dari 14 September hingga 18 November 2026 sebanyak 30 episod, drama ini menampilkan barisan pelakon terkemuka Thailand seperti Amanda Obdam, Phet Thakrit dan Denkhun Ngamnet.

Surviving Beauty mengisahkan perjalanan hidup Cherkwan (Amanda Obdam), seorang gadis bandar yang jelita tetapi terpaksa melarikan diri ke kawasan pergunungan Phu Phraya Lor selepas difitnah membunuh pengantin lelakinya pada hari perkahwinan mereka. Dalam usaha membersihkan namanya, Cherkwan meminta perlindungan daripada Chalaybutr (Phet Thakrit), abang kepada rakan baiknya.

Namun, kehadiran Cherkwan tanpa disengajakan telah menyemarakkan semula persaingan sengit antara Chalaybutr dan musuh tradisinya Khetkham (Denkhun Ngamnet), seorang pemilik lombong tempatan yang tegas dan berpengaruh. Ketika Cherkwan berjuang untuk bertahan hidup di kawasan luar bandar yang terpencil, dia terperangkap dalam cinta tiga segi sambil membongkar rahsia keluarga yang lama terpendam, dendam lama dan persaingan perniagaan yang pahit. Cabaran demi cabaran ini bakal menguji batas kesetiaan, pengorbanan dan kekuasaan cinta sejati.

Sebelum menembusi pasaran Malaysia, Surviving Beauty merupakan naskhah bersiri yang mencatatkan kejayaan luar biasa sewaktu bersiaran di stesen Channel 3 Thailand. Drama ini berjaya mendominasi carta rating TV harian bagi slot tayangannya, malah kejayaan ini turut dikuatkan lagi dengan kemunculan sulung Ratu Cantik Thailand (Miss Universe Thailand 2020), Amanda Obdam, yang memegang watak utama. Selain menguasai skrin televisyen, naskhah ini turut tular di platform media sosial dengan menduduki tangga teratas trend di X Thailand pada setiap minggu, di samping meraih jutaan tontonan menerusi platform penstriman digital seperti 3Plus dan TrueID.

Pengurus Besar, Strategi Kandungan & Audiens, TV3 & TV9, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, Puan Marlia Zul Amran berkata, pelancaran slot baharu ini merupakan langkah strategik dalam terus memberikan variasi tontonan terbaik buat audiens tempatan. "Drama Thailand mempunyai daya tarikan emosi dan penceritaan yang amat dekat di hati audiens Malaysia. Menerusi penjenamaan slot Camelia, kami bukan sahaja membawakan karya hiburan berkualiti tinggi, malah mengetengahkan kisah-kisah wanita yang cekal dan berjiwa besar. Kami yakin slot ini bakal menjadi peneman setia penonton TV3 pada sebelah tengah hari," jelasnya.

Saksikan tayangan perdana drama Surviving Beauty di slot Camelia, bermula 14 September 2026, setiap Isnin hingga Rabu jam 12.05 tengah hari hanya di TV3.  atau strim lebih awal menerusi Tonton pada setiap hari Jumaat bermula 10 September 2026l di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

#CameliaTV3 #DramaThailandDiTV3