Saturday, 20 July 2019

Movie Review : Door Lock


Director : Lee Kwon
Writer : Lee Kwon, Park Jung-Hee
Cast : Kong Hyo-Jin, Kim Ye-Won, Kim Sung-Oh, Jo Bok-Rae, Lee Chun-Hee, Lee Ga-Sub, Kim Kwang-Kyu
Production Company : Fiona Films
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : December 5, 2018
Trailer :


Dua kali dah nampak blogger review movie Door Lock ni so I should give it a try lagipun dah lama tak tengok genre thriller Korea.

Mengisahkan tentang Kyu-min (Kong Hyo-Jin) yang buat aduan polis disebabkan door lock rumah dia rosak tapi disebabkan tiada sebarang tanda pecah masuk ataupun serangan fizikal, polis malas nak ambil serious.


But still Kyu-min dapat rasa ada yang dah pecah masuk rumah dia sebab ada certain barang yang berubah tempat since dia seorang yang sangat teliti orangnya. Awalnya dia tak ambil pusing sebab dia busy dengan kerja tapi bila ada customer lelaki yang mula kacau sampai ikut balik ke rumah, dia jadi makin takut. Nak pula bila setiap pagi bila bangun, badan dia akan rasa lemah sangat.


Kyu-min yang pendiam jadi makin takut bila kawan sekerja dia, Kim Sung-Ho (Lee Chun-Hee) datang ke rumah hantarkan purse padahal dia tak pernah share dengan sesiapa alamat rumah dia. Kyu-min call polis tapi bila polis sampai, kawan sekerja dah mati dibunuh dan Kyu-min ditahan untuk siasatan tapi polis bebaskan sebab tak ada bukti.


Bila Kyu-min balik, dia cuba untuk kemas rumah sebab nak berpindah keluar dari situ tapi dia terjumpa access card rumah di tingkat atas. Dari situ dia team up dengan kawan baik dia, Oh Hyo-Joo (Kim Ye-Won) cari siapa pembunuh sebenar yang ceroboh masuk ke rumah dia.


First half jalan cerita movie ni agak cantik dan saspen sebab director pandai olah cerita tapi bila masuk second half dah nampak longgar sampai jadi serabut dan tak logik. Mungkin ada yang tak perasan disebabkan takut sangat bila jumpa lelaki misteri tu.


For me, watak Kyu-min agak cuai dan annoying bila dia taknak keluar dari bandar tu padahal nyawa dia dalam bahaya. Dia tak dapat protection dari polis padahal polis tahu dia diburu lelaki yang agak agresif dan dia tinggalkan kunci rumah.


Second half penuh dengan kebodohan dua pihak. Lagi kelakar bila Detektif Lee (Kim Sung-Oh) cuba berlagak hero datang ke tempat lelaki misteri tu seorang diri tanpa protection sedangkan dia sedia maklum lelaki ni bukan sebarang manusia. More like to psychopath dan cara dia sorok bukti agak rapi tapi ada masa dia tersilap langkah juga.


Tak tahu kenapa Kyu-min ni obsess sangat dengan rumah dia sampai dia rasa selamat sangat ada dalam rumah walhal rumah dia punca jalan cerita genre thriller ni dikarang.

Dekat Korea memang banyak kes lelaki ganggu sampai ikut perempuan balik rumah dan try untuk pecah masuk. But this one agak mehh la sebab you guys boleh nampak betapa cuainya Kyu-min ni. Betul, bukan salah dia tapi apa guna ambil langkah berjaga kalau tak gunakan sehabis baik?


Lagi satu hal yang geram sangat bila dia tak ambil gambar bukti bila dia ada peluang besar untuk buat macam tu dan tunjuk kepada Detektif Lee bila polis tak percaya cerita dia. Annoying jugak la bila watak Kyu-min ni dilakonkan oleh Kong Hyo-Jin sebab dia suka cari karakter yang pasif. Rasanya dah boleh stop tengok movie atau drama dia dah lepasni. Not sure for you guys but this one definitely a mehhhh for me.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 6/10

Friday, 19 July 2019

Movie Review : The Nun


Director : Corin Hardy
Writer : James Wan, Gary Dauberman
Cast : Demián Bichir, Taissa Farmiga, Jonas Bloquet, Bonnie Aarons, August Maturo
Production Company : New Line Cinema, Atomic Monster Productions, The Safran Company
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Mystery/Horror/Thriller
Running Time : 96 minutes
Release Date : September 4, 2018 (TCL Chinese Theatre), September 7, 2018 (United States)
Trailer :


Movie spin-off The Conjuring 2 yang mengisahkan tentang asal-usul hantu biarawati yang paling berkuasa, Valak (Bonnie Aarons) di Romania. Menggunakan tagline 'Witness the darkest chapter of The Conjuring universe', for me yeah sure memang the darkest sebab tak ada lampu sangat pun. 

Plot masa movie ni around 1952, zaman yang guna kereta kuda untuk travel but that’s not the main point here. Kita pun dah sedia maklum yang Valak ni sejenis hantu dari zaman lama. Cuma kita nak tahu sejarah kewujudan Valak dan kenapa dia sangat digeruni walaupun dia cuma muncul dengan muka tepung gomak dan mata panda.


So turns out dekat church ni ada sesi pemujaan dan lubang tu dah crack sampai Valak boleh keluar dan kacau semua biarawati dekat sana. Kalau tengok level diorang berdoa boleh kata Valak ni level tinggi lah sebab tak lut langsung dengan cross dan doa.


Nak kurung Valak ni kena guna darah Jesus yang diorang simpan dekat dalam bilik berpuaka dan darah Jesus ni sama level tak logik dengan darah biarawati yang mati bunuh diri dekat church tu bilamana tak kering dan fresh macam baru merembes semalam. Rasanya darah tu pun macam tak reti habis jugak.


Dalam movie The Nun ni you guys bukan setakat jumpa Valak tapi hantu Daniel (August Maturo) yang selalu kacau Father Burke (Demián Bichir)bila dia meninggal lepas kena rasuk. Kedatangan yang sia-sia sebab tak meninggalkan apa-apa impak seram dan membantu plot cerita pun.


Sister Irine (Taissa Farmiga) pula kena ganggu dengan roh biarawati dekat gereja lama tu. Supposedly guru bijak macam dia dah boleh faham kot yang semua sister dekat situ adalah jelmaan hantu sebab mayat Sister Oana (Ingrid Bisu) yang bunuh diri tu biarawati terakhir yang hidup.


Dalam franchise The Conjuring ni, I think Conjuring 1 je yang betul-betul seram dan buat I tak boleh nak move on especially scene tepuk tangan. Movie yang lain including The Nun ni gagal untuk jadi filem seram. Method yang sama, jumpscare. Hantu datang, camera focus dekat dia, dia hilang bila camera lari dia muncul. Predictable!


Bila some scenes kita dah boleh predict, dah memang tak datang dah rasa saspen dengan seram tu. You just watch sebab you already watch all movie in this franchise. Which is sad lah sebab setia dengan franchise yang membosankan dan hambar.


Predictable plot dia tu sampai ending pun dah boleh predict macam mana tambah pula kalau you guys audience setia franchise ni sebab you guys akan kenal siapa Frenchie(Jonas Bloquet) yang sebenarnya.


Recommended? I’m not sure sebab sejarah Valak ni kalau tak ambik port pun takde masalah rasanya tapi bila James Wan and the team nak buat The Nun 2, mungkin you guys kena tengok. Kot. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10

Gerai Gelas Besar Subang Bestari


Selalu sangat dengar kawan office recommend makan dekat sini sebab sedap. Since dah bosan makan dekat Roti Canai Terbang, try pulak dekat tempat baru, Gerai Gelas Besar ni. Tak silap ni cawangan kedua GGB lepas bertapak di Kota Damansara.

Terkenal dengan harga makanan yang murah berbanding tempat lain. Portion pun just nice la untuk seorang makan dengan kenyang. 



GGB ni betul-betul tepi jalan and you guys boleh cari guna Waze je cuma yang rengsa bila nak park kereta sebab parking space quite limited. 
 

Kitorang order Nasi Goreng Fish & Chip, Nasi  Goreng Chicken Chop, Lamb Chop dengan Spaghetti Bolognese. For drinks,  A&W Float, Carrot susu dengan sirap limau. 


Kalau ada yang datang sini, I totally recommend for bolognese sebab sedap and gravy dia melimpah ruah.


What I don't really think you guys should choose is this one - Nasi Goreng Fish & Chip sebab tepung je lebih plus tartar sauce tu masuk sangat dengan tepung goreng. 


Sama jugak kejadiannya dengan Nasi Goreng Chicken Chop ni and oh ya nasi goreng dia hambar and quite bland. Mungkin sebab harga murah so I cannot complaint much lah kot.


As cliche lamb chop should be, yupp banyak tulang dari isi. Tapi sebab bajet murah kan so tak boleh letak expectation tinggi mana lah.


Untuk harga murah, yes you boleh pilih untuk makan dekat sini tapi kalau bab sedap tu I don't think so. Keselesaan tu tak berapa sangat, cutlery pun tak sesuai untuk makanan western and the drinks hmmm carrot susu tu agak kecewa lah. You guys tengok gambar pun dah boleh imagine level cair dia tahap mana. 

Guess my first and last makan dekat sini sebab location GGB ni pun jauh dengan rumah so tak berbaloi lah nak bersesak semata nak experience the same thing again kan? 

Lirik Lagu Khayal - Stacy

Minggu ni Stacy datang ke Era dengan Hot untuk promote single terbaru dia, Khayal ciptaan Bunga Cantik, Hang Nadim dengan Ziin. 

Masuk lagu ni dah tiga lagu yang ditulis sendiri oleh Stacy lepas lagu Rampas - ATM & Cantik - Shahrul Kamal. Untuk lagu ni, Stacy bagitahu bekerja dengan Akim agak strict dan cerewet even suami sendiri but the outcome worth it! 


Kalau lagu Raja tak dapat masuk AJL, I hope lagu ni boleh tercalon. Dah lama tak tengok Stacy bawa geng dancer dia show off dance skills atas pentas. Bosan dah tengok tema yang sama je atas stage AJL. 

Lagu Khayal genre Electro pop dance, beat dengan lirik memang best especially part chorus. Lagu Khayal mengisahkan tentang escapism ke dunia fantasi yang lebih indah dari realiti bila perit nak hadap. Official MV akan keluar 25 Julai nanti, tengok stills Stacy macam gempak je MV dia. Can't wait! 

Yang belum dengar boleh klik video dekat bawah. 


Lirik Lagu Stacy - Khayal
Lirik : Bunga Cantik
Komposer : Bunga Cantik, Hang Nadim & Ziin
Syarikat Label : Nova Music Sdn Bhd

Khayal lah bayangkan kamu
Setiap inci dirimu
Suara sayup terdengar
Memanggil namaku
Hey, putar lagu cinta
Dari album lama
Beratapkan langit berteman bintang
Purnama bersinar bagai berlian

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau kan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan

Sampai ke bulan x4

Mari menari pari-pari
Dancing together in your fantasy
Hey, putar lagu cinta
Dari album lama
Purnama bersinar
Bagai berlian

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan..

Monday, 15 July 2019

Movie Review : Parineeta


Director : Pradeep Sarkar
Writer : Vidhu Vinod Chopra, Pradeep Sarkar
Cast : Vidya Balan, Saif Ali Khan, Sanjay Dutt, Raima Sen, Dia Mirza
Distributor : Vinod Chopra Productions
Genre : Romance/Drama
Running Time : 131 minutes
Release Date : 10 June 2005
Trailer :


Zaman awal 2000, ramai yang layan movie romantic lakonan #TheKhans sehinggakan sekarang pun masih keluar bersiaran di TV! Tapi sebenarnya ada je lagi movie romantic drama dari pelakon lain yang best nak layan.  


Diadaptasi dari novel tahun 1913 karya Saratchandra Chatterjee, Parineeta mengisahkan tentang Shekhar (Saif Ali Khan) dan Lolita (Vidya Balan) yang berjiran dari kecil lagi. Lolita berpindah ke kawasan tu selepas parents dia mati dalam accident dan tinggal dengan keluarga saudara. Disebabkan Lolita berbakat dalam seni muzik, dia selalu datang ke rumah Shekhar untuk create lagu sama-sama. 


Disebabkan Shekhar kaya, masalah duit tak pernah jadi isu since Shekhar bagi kunci duplicate kepada Lolita. Berapa banyak Lolita nak ambil pun dia tak kisah. Bukan setakat rapat dengan Shekhar je, mak dan pembantu rumah Shekhar pun senang bila Lolita datang sebab pandai memasak. 


Bila tengok bonding vibe Lolita dengan semua ahli keluarga Shekhar, you guys akan perasan suasana tu macam dalam movie Devdas. Even perangai Shekhar pun lebih kurang sama dengan Devdas. Tapi bezanya Shekhar bukan sejenis pengecut lah, dia memang tahu apa dia nak dalam hidup dia. Kenapa lebih kurang sama dengan Devdas? Sebab penulis novelnya orang yang sama. 


Disebabkan sayang dan cinta pada Lolita, dia sanggup buang harta yang ada untuk hidup dengan Lolita. Lolita pun sejenis yang setia orangnya. Walaupun Girish (Sanjay Dutt) datang bantu selesaikan hutang keluarga dan bantu perubatan pakcik Lolita, dia tetap dengan keputusan untuk setia dengan Shekhar. 


Suka tengok karakter mak Shekhar dalam movie ni sebab dia suka dengan Lolita tapi dia takut nak defend cinta anak dia bukan sebab takut dengan suami tapi dia taknak Lolita terkurung dan terpaksa patuh dengan kehendak suami. Lolita ada bakat besar apart than being a housewife. 

Not to degrade tapi konsep housewife dalam movie ni berbeza dengan sekarang. Plot masa movie ni tahun 60-an so mostly perempuan tak dibenarkan bekerja. Dan ayah Shekhar pun sejenis biadap bila dia anggap Lolita sebagai pelacur and he’s quite abusive. Semua masalah berpunca dari ayah Shekhar sebenarnya. He’s the villain and main culprit in their love story.  


Jalan cerita cantik except part Shekhar buat keputusan terburu-buru dengan bersetuju untuk kahwin dengan Gayatri (Dia Mirza) disebabkan cemburu dengan Lolita, chemistry antara Saif-Vidya pun looks nice onscreen. Tak sangka movie debut Vidya Balan dah pergi jauh sampai ke Film Festivals.What a talent!


Visual dan tema movie ni pun cantik, bila layan movie ni dapat rasa la vibe tahun 60-an di India masa tu, the setting, wardrobe, hair style, decorations semua kena dengan gaya zaman tu. Even the songs quite nice. Suka lagu Kaisi Paheli Zindagani sebab ada Rekha and the song itself. 


Recommended much for those yang nak layan genre romantic drama dengan lagu yang best dan happy ending of course.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

PENCARIAN BLOGLIST DI BLOG AIMANABDULLAH.COM

pencarian bloglist aimanabdullah.com

Saturday, 13 July 2019

Movie Review : Krasue : Inhuman Kiss


Director : Sittisiri Mongkolsiri
Writer : Chookiat Sakweerakul
Cast : Phantira Pipityakorn, Oabnithi Wiwattanawarang, Sapol Assawamunkong, Makorn Supinacharoen, Makhasiri Thepsittha, Surasak Wongthai
Production Company : Nakid, CJ Major Entertainment, M Pictures, Transformation Films
Distributor : Netflix
Genre : Horror/Romance
Running Time : minutes
Release Date : 14 March 2019 (Thailand)
Trailer :


Based on trailer, movie Krasue ni nampak macam wow gitu tapi sebenarnya tak. Bosan!

Movie bergenre seram romantik ni mengisahkan tentang Sai (Phantira Pipityakorn) yang berubah menjadi Krasue ataupun hantu famous kita penanggal atau balan-balan lepas dia dicium oleh Krasue di rumah usang masa main aci sembunyi dengan kawan-kawan dia. 

  
Sementara Sai seorang nurse di kampung tu, Noi (Oabnithi Wiwattanawarang) pula doktor yang keluar ke Bangkok untuk belajar tapi balik semula dengan sekumpulan pemburu Krasue yang diketuai Tad (Surasak Wongthai). Makanya movie ni berkisar kisah cinta tiga segi antara Noi, Sai dan Jerd (Sapol Assawamunkong) .


Kalau ikutkan cerita orang tua, penanggal ni terhasil dari ilmu hitam yang diamalkan tak kira berapa pun umur dia dan akan makan janin dan uri bayi. Tapi dalam mitos orang Thai sesiapa yang terkena air liur Krasue akan berubah menjadi Krasue. Tak semestinya perempuan je, yang lelaki pun boleh jadi penanggal dengan nama Krahang. 


Persamaan Krasue dengan penanggal kita ialah ilmu hitam juga tapi founder Krasue je amalkan. Yang terkena air liur dan berubah kepada Krasue tu tak payah amalkan. Just live as they wish cumanya dia akan makan binatang dan tak ganggu manusia. 


Krahang dan Krasue ni dulu suami isteri tapi Krasue curang dengan lelaki lain sampai Krahang mengamuk dan buat pemujaan. Untuk bunuh Krasue dia akan hancurkan jantung Krasue. Dalam movie ni boleh je stop transformation Krasue tu bila makan Krasue herbs tapi agak susah nak tanam pokok ni. 


Movie ni tak seram mahupun kelakar macam movie seram Thai yang biasa kita tengok. Slow pace, flat momentum dan loopholes bersepah. 


Kalau first half kita nampak Sai jadi mangsa Krasue tapi dia berubah tak drastik macam Kaew (Makhasiri Thepsittha). Lepas dia period dia akan berubah tapi berbeza dengan Kaew, berubah serta merta lepas minum bekas cawan Sai. 


Tak faham kenapa tok sami (Makorn Supinacharoen) berdiam kalau dia punca utama kampung tu huru-hara sedangkan berdiam diri tu bukan punca penyelesaian masalah. Bertafakur 1000 tahun pun kalau punca masalah tak dibaiki, rosak macam tu la jugak. Hujung cerita baru nak keluar. 


Kalau Krasue tu penanggal tapi Jerd dengan Tad pula bila berubah jadi Krahang which more like kelawar. Vampire Thai mungkin. I think the team dah habiskan banyak bajet dekat VFX Krasue sampai tak cukup bajet nak tempek tisu dekat badan Jerd. Even darah dekat first half yang merah cantik dah bertukar warna pink dekat second half. Second half is crap, lousy and messy.


Have worst experience watching this one padahal trailer nampak bagus. Kecewa terlampau sebab expectation hancur teruk. There is nothing I can applaud for this movie. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

Friday, 12 July 2019

20 Bollywood Movie Bertemakan Keluarga

Zaman 90-an memang meriah dengan movie bertemakan keluarga tapi bila ada yang kata movie sekarang dah tak best dan tak macam dulu, sabar jap nak keluarkan list. 

Walaupun tak lah gempak macam zaman Kabhi Kushi Kabhi Gham, Vivaah, Hum Saath Saath Hain dan seangkatan dengannya tapi masih lagi wujud movie genre macam ni ye. 

1. Udaan (2010)


Rohan & 3 orang kawan dia dibuang dari kolej bila kantoi pergi wayang tengok adult movie. Ayah dia paksa dia jogging setiap pagi, kerja di kilang besi & belajar engineering tapi impian Rohan untuk jadi seorang penulis. 

Udaan terpilih untuk ditayangkan di Cannes.

2. We Are Family (2010)


Aman dan Maya bercerai dan bawa haluan hidup masing-masing tapi bila Maya hidap kanser, Aman dan girlfriend dia pindah masuk ke rumah Maya untuk jaga anak-anak.

3. Patiala House (2011)

Image result for Patiala House

Parghat Singh terpaksa tinggalkan impian dia sebagai pemain kriket untuk jaga reputasi keluarga dan menetap di London dan meniaga kedai runcit. Simran datang dalam hidup dia dan naikkan semangat supaya join balik team cricket. 

4. English Vinglish (2012)


Shashi seorang suri rumah yang menjual laddoo cuba untuk belajar English bila pergi ke US untuk wedding anak buah dia. Dia dah penat anak dan suami pandang rendah bila tak pandai English. Movie ni movie comeback SriDevi lepas bertahun lama fokus dengan keluarga. 

5. Shaadi Ke Side Effects (2014)


Sid & Trisha belajar untuk adapt dengan life lepas dah ada anak bila Sid tak ready lagi untuk jadi bapa. Mak Trisha pula anggap Sid tak bertanggungjawab dan gagal jadi bapa yang bagus.

6. Dil Dhadakne Do (2015)


Family gathering untuk celebrate anniversary parents yang ke-30 tapi banyak rahsia yang muncul bila masing-masing dah stress nak simpan.

7. Prem Ratan Dhan Payo (2015)


It's a cliche Rajhsri film tapi still comel nak layan dengan family. Bila sang raja bertukar karakter dengan manusia biasa yang baik hati dan cuba selamatkan keluarga diraja dari berpecah.

8. Nil Battey Sannata (2015)


Si ibu yang bekerja sebagai maid masuk balik ke sekolah bila anak dia malas belajar dan bercita-cita untuk jadi maid sama macam dia. Walaupun anak dia mengamuk disebabkan malu kena ejek dengan kawan sekelas, dia tetap dengan pendirian untuk jadi inspirasi anak dia.

9. Piku (2015)


Kisah anak-beranak yang stress hidup bersama dan selalu bergaduh disebabkan kedegilan masing-masing. Pemandu teksi yang terjerut sekali cuba untuk ubah relationship anak-beranak ni.

10. Kapoor & Sons (2016)


Family ni agak bermasalah bila si ayah curang, mak lebihkan anak sulung, anak sulung pula bergaduh dengan anak bongsu. Masing-masing berkumpul sebab birthday atok and the bomb exploded.

11. Kahaani 2 (2016)


Vidya Sinha hidup berdua dengan anak perempuan dia, Mini yang lumpuh dari pinggang ke kaki. Satu hari Mini hilang dan rahsia anak-beranak ni terungkai bila Inspector Inderjeet baca diari Vidya.

12. Dangal (2016)


Bila Mahavir gagal masuk gusti peringkat Olimpik, dia train anak-anak perempuan dia untuk dapatkan emas walaupun masyarakat ketawakan impian dia.

13. A Death in the Gunj (2016)


Dark side sebuah family bila ada ahli keluarga yang pemalu dan sensitif tapi disisihkan, dibuli, diejek sehingga murung. Family trip selama seminggu yang bertukar menjadi tragedi.

14. Toilet: Ek Prem Katha (2017)

Image result for Toilet: Ek Prem Katha

Keshav jatuh cinta dengan Jaya yang berpelajaran tinggi dan kemudiannya berkahwin. Keshav suami yang baik dan romantik tapi gagal sediakan tandas untuk isteri dia.

15. MOM (2017)


Bila anak tiri dirogol dan dibuang dengan kejam oleh sekumpulan pelajar kaya, Devki guna kelebihan sebagai guru Biology untuk balas dendam. Dalam masa yang sama dia perlu berjaga-jaga dengan Detektif Matthew.

16. Hindi Medium (2017)


Raj dan Mitra berusaha untuk daftarkan anak di sekolah elit tapi cuma ada satu cara yang paling mudah - berlakon jadi miskin dan masuk melalui quota keluarga miskin.

17. Secret Superstar (2017)


Insia berbakat besar dalam bidang nyanyian tapi impian dia terhalang disebabkan ayah yang abusive. Dia terpaksa cari jalan untuk capai impian dan selamatkan ibu dia.

18. Hope Aur Hum (2018)


Bila 3 generasi dalam satu rumah yang bersaiz kecil, anak-anak makin membesar tapi si atok tak boleh move on dengan mesin photocopy antik yang agak besar dan selalu buat hal sampai business slow.

19. 102 Not Out (2018) 

Image result for 102 not out

Dattatraya Vakharia berumur 102 tahun dan nak pecahkan rekod dunia manusia tertua hidup di dunia tapi untuk capai impian dia, Dattarataya kena hidup dalam keadaan yang happy. Jadi masalah bila anak tunggal dia berusia 75 tahun sangat serious dan pemarah orangnya. 

20. Badhaai Ho (2018)

Image result for Badhaai Ho

Huru-hara jadinya bila parents yang dah mencecah usia 40-an buat keputusan untuk tambah ahli keluarga baru. Anak-anak makin stress bila saudara, jiran dan kawan-kawan ketawakan keluarga mereka. 

That's all for now, kalau ada lagi kita buat Part 2 pulak! Enjoy your movies!