Friday, 13 December 2019

Movie Review : Jumanji: The Next Level


Director : Jake Kasdan
Writer : Jake Kasdan, Jeff Pinkner, Scott Rosenberg
Cast : Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Alex Wolff, Morgan Turner, Ser'Darius Blain, Madison Iseman, Danny Glover, Danny DeVito
Production Company : Columbia Pictures, Seven Bucks Productions, Hartbeat Productions, Matt Tolmach Productions, The Detective Agency
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Comedy/Adventure/Fantasy
Running Time : 123 minutes
Release Date : 10 December, 2019
Trailer :


Movie ketiga dari franchise Jumanji datang lagi dengan genre komedi dan adventure. Kalau sebelum ni karakter dalam Jumanji masih confuse lagi dengan watak dalam video game, kali ni semua karakter berubah disebabkan video game Jumanji dah rosak. 

Spencer Gilpin (Alex Wolff) agak malang dengan hidup dia di New York tambah pula bila dia dah putus cinta dengan Martha (Morgan Turner).  Fridge (Ser'Darius Blain), Martha dengan Bethany (Madison Iseman) dah plan untuk buat reunion tapi Spencer tak muncul walaupun dah janji nak datang.

Spencer taknak jumpa dengan Martha sebab dia belum move on tambah pula life dia agak malang tak sama macam dalam Jumanji bila dia sebagai Dr. Bravestone (Dwayne Johnson) yang  berbadan sasa dan rupa kacak. 

Spencer curi-curi hidupkan balik video game Jumanji dan masuk ke alam sana. Sementara Fridge, Martha dengan Bethany cuba cari Spencer, datuk Spencer, Eddie (Danny DeVito) berjumpa balik dengan kawan lama dia, Milo (Danny Glover) lepas 15 tahun berpisah gara-gara Milo ambil keputusan untuk bersara.


Bila Fridge, Martha dengan Bethany dengar suara Jumanji, diorang turun ke tingkat bawah tanah dan decide untuk selamatkan Spencer. Tapi tanpa sengaja Eddi dengan Milo diserap sekali dan tinggalkan Bethany seorang di alam nyata. 

Bethany cuba minta tolong dengan Alex supaya betulkan balik video game Jumanji dan selamatkan yang lain. Martha masih lagi dengan karakter Ruby Roundhouse tapi Eddie dalam badan Bravestone, Milo dalam badan zoologist dan Fridge dalam karakter Prof Sheldon.


Satu hal nak explain dekat Milo dengan Eddie yang dunia Jumanji berbeza dengan dunia sebenar dan malangnya both of them tak pernah main video game so banyak kali karakter diorang mati disebabkan Eddie dengan Milo. 

Bukan setakat karakter je berubah tapi plot Jumanji pun berubah jugak bila kali ni ada watak villain, Jurgen the Brutal (Rory McCann) yang mencuri batu permata Falcon's Heart yang menjaminkan kesuburan penduduk puak asli di Jumanji. Karakter dalam Jumanji pun bertambah dan ada beberapa bonus tools dan twist dalam game Jumanji kali ni.


Jalan cerita Jumanji not bad cuma agak draggy especially bila masuk scene Eddie dengan Milo. Nasib baik terselamat dengan karakter Fridge dan Martha dan beberapa scene saspen untuk pergi ke next level dalam game Jumanji ni. Suka second half movie ni bila Alex Seaplane (Nick Jonas) dengan Ming (Awkwafina) muncul selamatkan keadaan.

Visual memang cantik lah dalam movie ni sebab visual adalah ultimate oomph factor dalam franchise Jumanji.


Looking forward for the fourth installment of Jumanji sebab dekat credit scene ada tunjuk mak Spencer pulak diserap masuk ke dalam game Jumanji. Lagi best bila burung unta dalam game Jumanji keluar berlari ke cafĂ© Nora. Kalau dalam movie Jumanji 1995, Nora antara karakter dalam movie tu so maybe ada lagi rahsia yang director nak reveal dalam Jumanji 4. Can’t wait!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

6 comments:

  1. Tak tengok yang first boleh faham x?

    ReplyDelete
  2. yeahh bestnya..tak dapat tengok lagi

    ReplyDelete
  3. alaaaa teringin nak tengokkk! macam bestt. abang den lepas tengok cerita ni, 'review' dia -> gelak guling guling kat wayang =.=

    ReplyDelete
  4. Ala.. Tak berpeluang lagi nak tengok.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. hu hu hu hu x dpt tgk lagi.
    anak2 x nak gi tgk plak, fana. geram aida!
    heboh nak repeat ejen ali jer.
    dari yg dulu kala, hingga yg kedua ari tu, i love jumanji.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!