Lirik Lagu Hati - Hael Husaini

Saturday 14 December 2019

Selasa lepas otw balik rumah dengar interview Hael Husaini dekat ERA.fm promote single baru dia berjudul Hati. Yang bestnya bila DJ buat bunyi hati berdegup and Hael nyanyi part chorus. Truth is, Hael nyanyi dekat konti ERA lagi sedap dari studio version. 


Single Hati ni dilancarkan bersempena ulang tahun kelahiran Hael pada 10 Disember lepas. Gandingan Hael dengan Ezra lagi sekali membuahkan karya yang unik. Music arrangement yang best, beat catchy dengan koreografi mini love dan ular. Maybe boleh viral dekat Tik Tok lepasni. 

MV Hati pun cantik dengan props simple macam MV Kpop, main dengan warna garang macam merah, hitam dan putih. Kali ni Hael buang shade hitam dia dan tampil dengan hairstyle baru. Dah macam Aeril Zafril pun ye jugak. Wardrobe dia dalam MV ni pun smart habis. Charming and stylish!

Yang belum tengok boleh layan MV Hati dekat sini :


LIRIK LAGU HATI 

Artis: Hael Husaini 
Komposer: Hael Husaini dan Ezra Kong 
Lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong 
Studio : Rocketfuel Networks

[Intro]
Siapakah Dirimu
Silakan Beritahu
Siapakah Diriku
Kembaramu Yang Terbaru

[Chorus]
Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu
Di Sebalik Baju Sesuatu Yang Harus Kau Tahu
Dan Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu
Di Sebalik Baju Tersembunyi Sesuatu Bunyi Kau Perlu Tahu (Nah)

[Bridge]
Mungkin Cahaya Matamu
Berakhirkan Namaku
Mungkin Cahaya Mataku Persis Raut Wajahmu

[Chorus]
Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu
Di Sebalik Baju Sesuatu Yang Harus Kau Tahu
Dan Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu
Di Sebalik Baju Tersembunyi Sesuatu Bunyi Kau Perlu Tahu (Nah)

[Chorus]
Ada Rahsiaku Yang Kau Perlu Tunggu
Di Sebalik Baju Sesuatu Yang Harus Kau Tahu
Hanya Hatimu Yang Ku Ingin Tahu
Disebalik Baju Tersembunyi Yang Harus Ku Tahu .. Ku Tahu (Nah)

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.