Movie Review : The Zoya Factor

Friday 27 December 2019


Director : Abhishek Sharma
Writer : Anuja Chauhan & Pradhuman Singh (dialogues)
Cast : Dulquer Salman, Sonam Kapoor, Sanjay Kapoor, Sikander Kher, Angad Bedi, Abhilash Chaudhary, Gandharv Dewan, Pooja Bhamrrah, Koel Purie
Production Company : Fox Star Studios & Ad-Labs Films Limited
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 134 minutes
Release Date : September 20, 2019
Trailer :


Zoya Solanki (Sonam Kapoor) lahir pada hari yang sama India menang di World Cup tahun 1983 dan disebabkan ayah dan abang dia, Zorawar (Sikander Kher) suka kriket, dia automatically jadi lucky mascot untuk team kriket abang dia sebab everytime Zoya breakfast sekali dengan team kriket Zorawar, memang confirm akan menang sebab dalam perlawanan kriket, percentage besar untuk menang dipengaruhi oleh tuah.


Yes of course kena ada talent dan usaha tapi macam cuaca buruk, padang licin, bola tak jatuh, silau matahari and a lot of factors boleh mempengaruhi keadaan players dalam padang. That's why ramai pemain kriket ada kepercayaan masing-masing.


Tapi berlainan hal pula bagi kapten baru team kriket India, Nikhil Khoda (Dulquer Salman) sebab bagi dia perlawanan cuma akan dikawal oleh usaha dan bakat. Lagipun dia tak nak ahli pasukan dia percaya dan bergantung sepenuhnya dengan tuah sampai hilang konsentrasi untuk training dan lawan team lain nanti.


Walaupun Zoya tak suka kriket tapi dia angau dengan ketampanan Nikhil dan nasib berpihak pada dia bila Monita (Koel Purie) hantar dia ke Afrika Selatan untuk photoshoot team kriket India untuk iklan Pepsi. Dekat sana dia terjumpa Nikhil dan jadi makin rapat bila Nikhil banyak bantu dia untuk siapkan task dari boss.


Zorawar bagi nasihat dekat Zoya supaya jangan percaya dengan Nikhil sebab dia kurang fokus dengan game tapi lebih luangkan masa dengan perempuan. Tambah pula bila Nikhil ambil alih team kriket India, momentum pencapaian agak kurang memberansangkan. 


Tapi Zoya tetap dengan kata hati dia yang Nikhil betul-betul suka dengan dia sampai lah Robin Rawal (Angad Bedi) tunjuk video Nikhil dengan Sonali (Pooja Bhamrrah) sembang macam mana nak elakkan Zoya join team lain breakfast sekali. 


Disebabkan marah dengan Nikhil, Zoya terima untuk jadi lucky mascot untuk team kriket India dan betul seperti yang dijangka, semua match yang Zoya pergi, confirm team India akan menang walaupun berhadapan dengan team yang kuat. 


Zoya makin dipuja ramai sebab tuah dia, Nikhil pula makin dibenci disebabkan gagal jadi kapten terbaik untuk team India. Hubungan Zoya dan Nikhil makin renggang tapi lama kelamaan Zoya sedar kenapa Nikhil halang dia untuk jadi lucky mascot. 


Jalan cerita Zoya agak menarik lah for me, sebab unik dan original. Tambah pula movie ni diadaptasikan dari best seller novel The Zoya Factor karya Anuja Chauhan. I truly loved the chemistry between Zoya-Nikhil and I cannot stop smiling watching them onscreen. Dulquer totally looks hot in this movie!


Kalau scene romance datang dari leading actors, babak komedi pula datang dari watak-watak sampingan especially Zorawar, Shivy (Abhilash Chaudhary) dan Harry (Gandharv Dewan). 


Team TZF did a great job for visual and music album. Just like any other rom-com movies, TZF pun paparkan visual yang menarik dengan location dan deco rumah yang cantik. Even editing pun cantik and match nampak real. And yes of course wardrobe Sonam as Zoya is such a bless for me. Suka dengan lagu Kaash nyanyian Arijit Singh dengan Pepsi Ki Kasam walaupun Sonam muka kejung je dalam tu. 


Walaupun movie ni flop teruk dekat box office tapi rating dari critics agak tinggi dengan purata 4/5 and you guys can watch this movie at Netflix okayyy. Have fun watching

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9.1/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.