Wednesday, 11 December 2019

Lee Wah Florist, Petaling Street


Dah banyak kali nampak dekat Twitter ada yang post pasal bunga fresh yang cantik dan murah boleh dapat dekat Petaling Street je. Ros 20 kuntum boleh dapat RM20. Ada yang tweet beli dan gubah untuk tunang sebab bunga dia segar, tak terus layu macam bunga Cameron.


Kalau tengok review dekat Google pun memang rating untuk kedai bunga ni agak tinggi tapi ada la sikit komen yang negatif sebab tak kena layan elok dengan staff. Kalau you guys datang sini dan tengok macam mana busy staff diorang dari pagi sampai petang, boleh faham la kenapa tak dapat layanan bagus.


I pergi dua kali kedai ni. First time waktu pagi around 11 am then belah petang around 5pm. Dari pagi sampai petang memang tak berhenti staff dia buat kerja. Serious talk tak menang tangan and mostly customer layan diri je dekat sini.


Nak bunga yang mana cari la dekat mana ceruk yang diorang letak sebab kedai bunga ni kedai bunga borong so dari pagi dah dapat call untuk order banyak, untuk reservations dengan gubahan lagi. Yang jenis rush and expect top service memang tak dapat la. For me layanan dari staff dah kira bagus la untuk tempat yang busy macam ni.


Bunga dekat sini banyak jenis, ada rose pelbagai warna, carnation, lili, kekwa, orkid, hydrangea, bunga-bunga tak tahu nama, bunga yang dah kering untuk jadikan hiasan, indoor plants dan yang paling famous haruslah baby breath.

 
Dekat sini mostly harga sejambak RM20 ke atas lah. Yang dah gubah tu harga lain. Better kalau nak beli dekat sini, ambil yang belum gubah lepastu buat sendiri dekat rumah ikut kreativiti kita.






Baby breath dekat sini bukan macam dekat Cameron, yang dah kering tu. Yang dekat sini yang fresh lagi. Boleh tahan banyak jugak pilihan warna dia dan warna putih paling cepat sold out. Entah berapa kali diorang restock dalam sehari.













Masuk sini memang tak tahu nak pilih yang mana sebab rambang mata. Kalau nak pergi sini better jangan datang waktu peak hour ataupun weekend sebab kedai ni sesak sangat dengan orang. Lepas dah dua kali singgah, finally decide untuk beli baby breath warna fuschia, carnation warna pink pekat dengan bunga kering untuk hiasan. 


Cost me RM46.50 for these 3 bouquet of flowers but absolutely worth it lah. Dah tak payah dah susah-susah nak naik Cameron lepas ni. Kalau bunga ni layu pun nanti tak la sakit hati sangat sebab dekat je nak beli. Murah pulak tu. 

Next time datang sini nak beli bunga jenis lain pulak. Thank sangat untuk yang share location kedai bunga ni. Membantu manusia yang suka bunga ni hshshs

8 comments:

  1. Alahai bestnya... tp standard la kita kan manusia biasa yang sentiasa mahukan layanan diraja, produk 5 bintang, harga potong leher tokey...

    ReplyDelete
  2. bestnya rambang mata menengoknya

    lagi lah orang yang memang suka bunga, segala macam bunga ada, bunga yang siap gubah pun murah je rm20 sejambak tu, kalau kt pesat konvo tu bunga 3 kuntum dah mau dekat 30 ke 40... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Murahnya kalau sejambak RM20 je. One daynak jugak melawat kedai ni :3

    ReplyDelete
  4. Thanks sangat sebab share pasal kedai bunga ini.. Cantiknya buat jamu mata.. Kalau dekat memang hari-hari singgah nie.. Cantik-cantik.. buat penyegar mata..

    ReplyDelete
  5. Semua lawa. Memang rambang mata.

    ReplyDelete
  6. cantik2 bunga nya. geram tengok. kebetulan plan arini pun nak pergi nursery
    mencari poinsettia

    ReplyDelete
  7. Murah ya fana... Suka tgk bunga dia

    ReplyDelete
  8. wow. best lah...
    fresh flowers is so something, kan.
    special nyer tu amat luar biasa.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!