Wednesday, 25 December 2019

Movie Review : Dilan 1991


Pengarah : Pidi Baiq, Fajar Bustomi
Penulis Skrip : Pidi Baiq, Titien Wattimena 
Pelakon : Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Refal Hady
Genre : Romantik/Drama
Durasi Tayangan : 121 minit
Tarikh Tayangan : 24 February 2019 (Bandung, Special Screening)
28 February 2019 (Indonesia)
11 July 2019 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Max Pictures
Trailer :


Kejayaan Dilan 1990 berterusan dengan sequel Dilan 1991 yang diadaptasikan dari novel sequel Dilan Bagian Kedua: Dia adalah Dilanku tahun 1991 karya Pidi Baiq. Mengekalkan pengarah dan penulis skrip yang sama, Dilan 1991 menceritakan keindahan percintaan Dilan (Iqbaal Ramadhan) dan Milea (Vanesha Prescilla) di zaman SMA. Movie Dilan 1991 merupakan movie ketiga tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa di Indonesia.


Dalam movie Dilan 1990, Dilan berdepan dengan lembaga disiplin sekolah bila dia bergaduh dengan Anhar lepas episod Milea dilempang akibat marah. Akibatnya Dilan dan Anhar sama-sama digantung sekolah tapi tu tak menghalang percintaan Milea dan Dilan.


Dua-dua masih berjumpa seperti biasa bila Dilan yang menghantar dan jemput Milea dari sekolah. Awal movie lagi dah boleh tengok betapa bahagianya pasangan sejoli ni bercerita tentang perasaan walaupun cheesy habis but I end up smiling like I did when I watched Dilan 1990.


For some people mungkin meluat dengan scene romantic Dilan dengan Milea tapi rencah keren movie ni pada scene macam tu so kalau yang cringe tu dalam bahasa mudahnya, you guys not the target market for this movie.


Walaupun dah official jadi pasangan bercinta, Milea masih lagi gagal halang baran Dilan bila melibatkan geng motor dia. Lagi pula bila dendam kepada Anhar (Giulio Parengkuan) belum habis. Tak tahu kenapa marah benar Dilan dengan Anhar sampai macam tu. Tak ingat ke Anhar tu kawan baik dia sendiri? 

Persoalan ni muncul bila emosi Dilan macam tak selari dalam franchise ni. Kalau betul dia marah sangat dengan Anhar sebab tampar Milea, kenapa dia tak mampu nak tinggalkan geng motor demi Milea tambah pula bila Akew meninggal gara-gara diserang geng lain?


Tak patut betul dia salahkan Milea bila dia kata Milea berlebih-lebih dengan emosi sedangkan kerisauan Milea tu betul. Parents dia pun marah sangat dengan perangai dia, so kenapa dia tak boleh faham yang Milea jadi rasional bila dia minta putus dengan Dilan?


Since genre movie Dilan 1991 ni genre ringan so tak ada masalah langsung kepada Vanesha dengan Iqbal untuk menjiwai watak tambah pula bila chemistry mereka berdua nampak cantik onscreen. Pelakon sampingan pun banyak membantu hidupkan suasana especially watak mak Anhar yang kelakar. Scene Dilan dengan Milea jumpa para guru di sekolah sebelum keluar tu pun kelakar. Berdekah dibuatnya dengan joke nama Dilan.


Dalam movie sequel ni you guys boleh nampak karakter Milea dah menjadi matang berbanding sebelum ni bila dia tinggalkan Benny sebab Dilan. For previous movie I’ve stated yang Milea ni tak pandai bertegas bila ada lelaki yang kacau tapi dalam movie Dilan 1991, Milea berani pertahankan cinta dia depan semua dan pandai mengamuk bila ada yang kacau dia bila Dilan tak ada especially bila Kang Adi (Refal Hady) dengan saudara jauh dia, Yugo (Jerome Kurnia) cuba nak ambil kesempatan. Thanks to Dilan for that.


Agak kecewa dengan movie ni sebab tak banyak cheesy lines dari Dilan macam dalam Dilan 1990 and banyak flashback suara Dilan bagi cheesy lines dekat Milea. Dalam movie ni Dilan banyak berterima kasih dekat Bumi, Bandung dan Jakarta sebab ketemukan dia dengan Milea. Tambah kecewa bila OST dia tak power macam Dilan 1990 – Dulu Kita Masih SMA 

Visual and wardrobe of course did their best untuk menghidupkan zaman 90-an just like they did in Dilan 1990. Kudos.


Sama macam Dilan 1990, ending Dilan 1991 pun tergantung dan akan bersambung dalam movie Milea tahun depan. Tak sabar nak tengok adaptasi novel Suara Dari Dilan sebab nak tahu kenapa tega banget Dilan lepasin Milea. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 8.5/10

1 comment:

  1. dah lama tak layan cita indon. paling last ada apa dengan cinta. huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.