Movie Review | Dilan 1990 (2018)

Tuesday 10 April 2018

Image result for dilan 1990 review

Pengarah : Pidi Baiq, Fajar Bustomi
Pelakon : Iqbal Dhiafakhri Ramadhan, Vanesha Prescilla, Yoriko Angeline, Zulfa Maharani Putri, Giulio Parengkuan, Andryos Aryanto, Omara Esteghal, Refal Hady, Adhisty Zara
Genre : Teen Romance/Drama
Durasi Tayangan : 1 jam 50 minit
Trailer :


Dilan 1990 mengisahkan tentang cinta remaja antara Dilan (Iqbal Dhiafakhri Ramadhan) dan Milea (Vanesha Prescilla) di salah sebuah sekolah di Bandung. Movie goes viral due to strong love quotes from Dilan. Walhal movie Dilan 1990 ni tak lah strong mana pun jalan cerita dia. Ada part macam terjongket kening jugak sebab tiba-tiba masuk, tiba-tiba ada tapi sebab Dilan, dia cecah lah 6 juta kutipan.

Movie Dilan 1990 diadaptasikan dari bestseller novel karya Pidi Baiq dari tajuk yang sama, Dilan 1990. Since tak pernah baca buku dia, so kita sembang based on movie je. Baca review dari Indonesian, macam mana padu ayat Dilan dalam movie, macam tu lah padu ayat dia dalam novel. Memang Pidi Baiq ambil sebijik macam dalam novel dia. And its awwwww

Image result for dilan 1990 review
“Jangan rindu. Berat. Kamu nggak akan kuat. Biar aku saja.”

“Kamu cantik Milea. Tapi aku belum mencintaimu. Nggak tau nanti sore. Tunggu aja”
“Maaf aku buat kamu khawatir. Kamu harus tahu, aku tidak mahu membuatmu cemas, aku saja mencemaskanmu.”
“Kalau Milea marah itu bagus! Ujian buat aku. Bisa nggak aku bikin kamu nggak marah. Tugasku untuk membuatmu senang Lea.”
“Tidak mencintai bukan berarti membenci kan?”
"Kalau aku jadi presiden yang harus mencintai seluruh rakyatnya, aduh, maaf, aku pasti tidak bisa karena aku cuma suka Milea."
"PR-ku adalah merindukanmu. Lebih kuat dari Matematika. Lebih luas dari Fisika. Lebih kerasa dari Biologi."
And lots of them!!!

Nak sembang pasal jalan cerita Dilan 1990 ni, movie ni tersangatlah santai. You guys takkan jumpa konflik teruk sangat pun dalam kehidupan Milea dan Dilan walaupun Dilan ni bad boy sekolah. Dengan cikgu sekali dia tapau. Kira semua orang takut dengan Dilan tapi Dilan takut kehilangan cinta Milea. Kenapa Dilan syok sangat dengan Milea? Entah. Kenapa Dilan sayang sangat dengan Milea? Juga entah. It just happened. Love happens. Gittewwww

Image result for dilan 1990 review

Sakit hati jugak bila tengok Milea buang Benny walaupun Benny sweet jugak sanggup datang dari Jakarta bawa kek untuk birthday Milea. Ye memang sebab apa yang Benny buat tu menyakitkan hati, marah Milea dekat public, panggil pelacur tapi Benny tu insecure kot. Awek cantik semua orang usha. Dah lah Milea ni tak reti say no, tak reti bertegas. Dia melayan je semua lelaki yang nak dekat dia.

Cuba bagitau, pakwe mana yang tak insecure? Dah lah Long Distance Relationship. Betul cakap Benny, dia ada kekurangan, jadi Milea kena lah terima. Milea pun tak suka Benny sebab suka copy paste puisi dari majalah, tak macam Dilan pandai buat puisi walaupun puisi dia macam nak mintak penampar je. Sembang dia sebab dah suka kan, semua benda nampak indah je. Tang Benny semua nampak buruk.

Tapi hadiah Dilan walaupun rasa nak penampar, rasa awwww jugak sebab bagi crossword puzzle je kot. Murah tapi out of the box. Rare! Siap dengan ayat

“Selamat ulang tahun, Milea. Ini hadiah untukmu. Cuma TTS, tapi sudah kuisi semua. Aku sayang kamu. Aku tidak mau kamu pusing karena harus mengisinya. Dilan”
Image result for dilan 1990 review

Kekuatan movie ni bukan dekat storyline tapi sebab chemistry Dilan dengan Milea. Bila tengok movie ni memang tertunggu-tunggu scene Dilan dengan Milea. Kalau character ni dalam screentime asing, agak bosan jugak. Tapi part Anhar (Giulio Parengkuan) tampar Milea tu memang excited sangat sebab nak tunggu Dilan keluar & belasah Anhar. Bukan sebab scene bergaduh tu walaupun terserlah kejantanan Dilan tapi ayat Dilan masa dalam bilik guru besar tu,

“Jangankan Anhar. Kepala Sekolah nampar Lia, KUBAKAR SEKOLAH INI!”

Belum masuk part Dilan datang bawak tukang urut untuk Milea. My expression sebijik kot dengan nenek tukang urut bila Milea salam cium tangan Dilan.

Related image

Ending movie ni habis macam tu je sebab nanti ada Dilan 1991 pulak. Can’t wait for sequel sebab nak dengar ayat cinta Dilan je sebenarnya. Tak pasti lah movie ni target audience dia siapa sebab dah habis tengok movie pun angau lagi dengan Dilan. Ugghhh walaupun cringe, walaupun Dilan cuma cakap Assalamualaikum, walaupun Dilan cuma sebut nama binatang boleh happy berbunga. Tengok keropok pun jadi happy. Ya aulohhhhhh bantuin Nabilaaaaaa.

Image result for dilan 1990 review

Cinematography movie Dilan 1990 ni cantik nak pulak bila tengok suasana tahun 1990 tu rasa happy lah sebab zaman childhood kan era 90-an tu. Koyak buku bahagian tengah buat surat cinta, bergayut dekat public phone, dating dekat kantin haihhh zaman remaja sangat. Bab soundtrack movie Dilan 1990 ni biasa je, tak berhantu pun except lagu Dulu Kita Masih SMA karya Padi Baiq. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 7.2/10

7 comments

  1. Baca review Farhanna nie je dah buat kak sha berbunga-bunga.. Sweet habis.. kikiki

    ReplyDelete
  2. Ini memang satu filem yang sungguh menarik. I sudah beberapa malam tidak cukup tidur sebab tonton sampai lewat malam.

    ReplyDelete
  3. hehe now on baru faham kenapa citer ni viral sangat haha
    .
    Thank u for the review kak FJ ^^

    ReplyDelete
  4. macam menarik plot cerita movie ni..kena tonton ni.

    ReplyDelete
  5. Amboi ayat si Dilan tu memang boleh mencairkan hati tu..

    ReplyDelete
  6. Movie paling sweet hehe. nak beli buku dia. tapi so expensiveee em

    ReplyDelete
  7. Review paling sampah. lepas ni panggil orang, pelacur kat public tu normal lah? sebab insecure. shame on you fat piggy!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.