Air Roselle Aloevera

Saturday 14 April 2018

Minggu lepas badan tak berapa nak sihat sangat dengan cuaca panas yakmat campur lencun kena hujan lebat, mula la nak demam. Buka peti ais ada banyak lagi stok pati Roselle bawa dari rumah sebab kebun mak dah penuh dengan bunga Roselle sampai patah dahan tak mampu nak tampung berat. 

Lepas kemas mini garden tu perasan pokok aloevera dah membiak banyak dah sampai ada yang patah. Kesian tak pernah guna padahal adik bawa dari rumah dulu sebab nak letak dekat kepala tapi dulu dia kesian nak guna sebab anak lagi. Sekarang ni dah jadi mak anak 3 pun tak luak langsung aloevera tu. 

Nak elak demam punya pasal ambil aloevera yang dah besar tu terus bawak pergi dapur proses sendiri buat resipi hentam. 


Bahan-bahan : 

- Pati Roselle
- Aloevera 
- Gula 


Cara-cara

1. Basuh aloevera supaya tak melekat pasir ataupun tanah. 

2. Buang kulit atas aloevera dengan suri dekat bahagian tepi aloevera.

3. Tarik keluar isi aloevera dengan sudu. 

4. Basuh isi aloevera dari lendir supaya tak pahit bila minum nanti. Sambil basuh ramas isi aloevera supaya jadi saiz yang senang nak telan.

5. Bancuh air Roselle ikut sukatan yang korang nak. 

6. Masukkan isi aloevera dalam air Roselle tadi.

Siapppp! Sedap diminum bila sejuk. 

Antara khasiat Roselle :

-  Meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Menjadikan tulang dan gigi kuat.
- Menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan.
- Dapat melindungi jantung
- Mempunyai nutrien yang terbaik antaranya Vitamin A, B2, B3, C, Protein, Kalsium, Iron, Magnesium, Phosporus, Potassium, Sodium dan Lemak Asli. 

Khasiat Aloevera : 

- Mencantikkan dan menyihatkan kulit
- Membantu sistem pencernaan 
- Membantu menurunkan berat badan
- Memperbaiki sel darah
- Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.

14 comments

  1. Bestnya.dlu masa kecik umah jiran ada tanam byk sangat pokok rozel.selalu pegi petik buat air.sedap.

    ReplyDelete
  2. dulu selalu jugak minum air roselle tapi skrg pokok tu dh ditebang :<

    ReplyDelete
  3. Wah, tak pernah lagi minum roselle campur aloevera selalu minum jus roselle jer. Nak cuba ler..

    ReplyDelete
  4. sdp nyaa. sy suka jus roselle ni. buat sendiri pati dia lagi best

    ReplyDelete
  5. Wah rajin Farhanna buat sendiri jus Roselle + aloe vera..
    Pada sis minuman Roselle rasa dia macam Ribena, masam manis..
    Memang sedap diminum sejuk.. ;-)

    ReplyDelete
  6. First time dgr resepi ni. Boleh try disamping byk maafaat

    ReplyDelete
  7. kita pun suka roselle tapi susah nak dapat dah dekat area rumah kita. sedap tu masam-masam campur aloe vera. minum sejuk-sejuk, terasa nyaman tekak kita

    ReplyDelete
  8. sedapnya air rosella dgn aloe vera tu

    ReplyDelete
  9. byk juga khasiatnya ya.... bru tahu...

    ReplyDelete
  10. aloevera boleh dijadikan air jugak eh? lollll baru tauuuuuuuuuuuu. seriously,. selama ni dok kerat2 tepek muka kawasan jerawat, kawasan luka mcm tu jee. aduhai. selepas 22 tahun. haha

    ReplyDelete
  11. Baru tahu yang aloevera boleh letak dalam air jadikan minuman ek. Selama ni tahu letak kat muka je. Hihi. TQ for sharing!!

    ReplyDelete
  12. Sedap tak?

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  13. Owh.. Boleh campur je eh Aloe vera tu.. TQ Farhanna share..

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak minum air rosselle hee. aloevera tu selalunya tenyeh dekat muka je. baru tau ni boleh guna utk benda lain. thanks for sharing hee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.