Pesta Buku SACC

Sunday 1 April 2018


Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.


Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5 pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat. (This is bad, I know)

Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun. Belum sembang memory yang nazak lagi.

Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan? Tskkk.


Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan & Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti sedekah je dekat orang.



Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong. Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to yesterday.


Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak. Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.


You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.

17 comments

  1. Sronok msh dpt harga asal. If kt sini dh naik beringgit2 harga buku. Tu yg sedih

    ReplyDelete
  2. Kenapalah di Sabah nie kurang pesta buku huhu

    ReplyDelete
  3. Rindu nak pergi pesta buku macam ni.

    ReplyDelete
  4. Dah lama dah tak menapak dekat pesta buku

    ReplyDelete
  5. Saya dah pegi tadi pagi2...Huhu...Anak dgn asben je beli komik..Huhu

    ReplyDelete
  6. Macam menarik lah bila offer 3 buku RM50. Ada pergi jugak esok ni kang :D Punyalah beriya Siqah call MPH tanya pasal buku Gantung sebab kawan nak baca, rupanya ada je kat sini. Kat MPH dah oos.

    ReplyDelete
  7. bestnye tengok buku, komik, majalah.. kalau ade duit mmg nak borong byk2 kan.. lgpun beli buku x membazir, byk faedah membaca nie..

    ReplyDelete
  8. Banyak berbaloi utk beli buku di pesta buku. Banyak buku yang tawarkan diskaun yang banyak.

    ReplyDelete
  9. kat terengganu ada pesta buku juga.sempat beli buku 1 .utk my study

    ReplyDelete
  10. Semalam ke MPH saja2 ke rak buku novel fixi. Banyak giler pilihan. Sampai tak tahu nak beli yang mana. Semua pun menarik nampaknya.

    ReplyDelete
  11. yang akak beli 3 buku FIXI tu saya dah baca. Novel Tuhan & Murtad tu serius best! Tapi part tak best nya bila dapat tahu ending nya takde ending.. means bersambung! hahaha. Ada novel ketiga tapi saya tak tahu dah publish ke belum. Bagi saya best tapi umi saya tak berapa suka 2 novel tu (dia baca sekerat je).

    Yang novel Pakar tu pula not bad. ada plot twist. Tapi thats not Nadia Khan's best karya la. heee.

    ReplyDelete
  12. seronok nya dapat borong buku. :D

    ReplyDelete
  13. Hana selalu borong buku kat library ja hehehe >_<

    ReplyDelete
  14. aah lupa lak sacc buat pesta buku..tp sesak ya amat..tu malas pegi..same as you la part parking tu nyampah gile..

    ReplyDelete
  15. Wah.. Jelaousnya.. Nak gi juga tapi fulus tak banyak.. Adoilah.. kena sabar banyak-banyak nie.. kikiki

    ReplyDelete
  16. kalau boleh borong buku memang tak ingat dunia..hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.