Thursday, 5 April 2018

Appreciation Token - Sis LZ & CikTeh

Bulan lepas dapat dua parcel hadiah dari Sis LZ sebab join giveaway dia dan lagi satu dari CikTeh sebab menang #KontesJumaat di Twitter. 

Hadiah dari sis LZ ada bookmark magnet dengan motivational quote. Memang sangat memerlukan sebab penanda Al-Quran kena yang nipis macam bookmark sis LZ bagi ni sebabnya semut dah pandai bersarang dalam helaian yang ditanda. T.T


Hadiah dari CikTeh pula sebuah buku hadis dengan sehelai kain pelikat original dari Bandung. Tak buka lagi buku hadis tu tapi boleh tahan tebal jugak buku dia. Buku bermanfaat sarat dengan ilmu bila dibaca melimpah ruah la kan pahala yang memberi. Kain pelikat pun memang lembut sangat & sedap dipakai. 


Bulan ni tak tahu bertuah ke tak nak menang hadiah giveaway sebab bulan lepas banyak giveaway dengan segmen kan? Harapnya mengena la satu :P

13 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.