Maggi Pedas Giler Perencah Tom Yumzz

Monday 16 April 2018


Disebabkan ramai sangat yang dah cuba maggi goreng keluaran terbaru dari brand Maggi sampai ada yang kata pedas mengalahkan Samyang ni, kucar-kacir lah pergi ke Speedmart beli satu bowl harga RM2.99.

Image result for maggi goreng pedas giler tom yummz
Credit : Google

Dekat penutup bowl tu ada 3 langkah untuk manusia noob sebelum menikmati maggi goreng ni.

Related image
Credit : Google

Langkah 1 : Buka di sini
Langkah 2 : Buka sampai batas garis
Langkah 3 : Buka sini dan tuangkan air.

Dah masak, gaul semua perencah, minyak dan sos yang disediakan sampai sebati. Lepastu makan.
Rasa tomyam tu sama je lah macam perisa tomyam yang lama. Memang kaw macam dia cakap tapi takde lah pedas macam Samyang.

I bet dia guna minyak cili untuk kepedasan maksima tapi dia tak jadi pedas tau, dia jadi pijar nak bagi penampar. Habis pipi, atas bibir dengan dagu rasa pijaq baq hanggg. Pedas dekat lidah tak pun. Kalau pedas pun sebab makan masa panas-panas. Tu je lah.

Maggi dia pun sikit je walaupun bowl gedabak kemain. Dan itu merupakan satu kekecewaan sebab mi dia halus. Nak compared dengan Samyang, tahap pedas dah berbeza sebab pedas Samyang sampai kebas lidah, bingit telinga tapi yang ni pijar je lebih. Kuantiti Samyang pun lagi banyak, mi pun kenyal dan tebal. Satu bungkus memang kenyang teruk macam ular sawa tapi brand Maggi ni tak puas makan.

Lama jugak lah nak hilangkan pijar tu, mulut berminyak teruk satu hal. Urgghhh. Taknak repeat dah.

8 comments

  1. Tak pernah cuba.. nampak macam menarik..

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan lg nak try...

    ReplyDelete
  3. Ooh baru tahu details pasal maggie ni, tak sempat rasa lagi.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Tak try lagi. hee. sebab asal nak beli. ternampak samyang. Hehe dah tu kena la beli samyang haha

    ReplyDelete
  5. Nice sharing, nasib tak beli buat stok...

    ReplyDelete
  6. ok tgh pikir nak cuba ke tak maggi ni..hihi

    ReplyDelete
  7. terasa nak membeli ari tu.
    tapi anak-anak nak yg kari.
    layan kan diorang, beli la yg kari.
    lenkali nak try ni lah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.