Pheww this question actually which
attract me to do the challenge hihihi, so I list down some of it:
Sembang Benda Betul
Tbh masa zaman kanak-kanak
sehingga remaja memang menipu tu dah jadi amalan biasa dah. Harian pun boleh
jadi sebab boleh lari dari parents yang garang kemain. Tak pernah fikir
langsung apa jadi kalau menipu. Bab dosa pahala tak pernah ambik port langsung
pun. Tapi bila diri sendiri kena tipu, baru tahu rasa sakit. Since then taknak
dah tipu orang walaupun tipu sunat sampai sekarang memang sembang benda betul
je. Kalau salah, terus minta maaf. Kalau teruk macam mana pun hasil selepas
cakap benda betul pun, kasi kental hati je lah hadap. Shit happens.
Apathy
Bab ni kadang orang nampak
sebagai meroyan ataupun seorang Pana suka emosi sendiri tapi sebenarnya lebih
kepada meletakkan diri dalam kehidupan orang tu. Apa jadi kalau kena dekat diri
kita? Bila rasa sakit, tu yang boleh jadi emosi padahal tak ada kaitan pun
dengan life sendiri. Bila tengok movie boleh jadi emo sebab benda ni lah. Dulu
cita-cita nak jadi nurse tau sebab nak jaga orang sakit tapi tengok orang sakit
jadi sebak syahdu menangis pulak sebab kesian sudahnya batalkan je hajat tu.
Boleh imagine nurse menangis tengok patient penuh satu hospital? Tak kan?
Berpijak Di Bumi Nyata
Benda ni pun selalu buat orang
tersalah anggap, dikatanya kita ni pesimis walhal kita ni realis. Memang betul
dalam kehidupan ni kalau kita berfikir kita boleh capai sesuatu perkara tapi
jangan lah berfantasi sangat. Optimis tu boleh, berfikiran positif tu pun boleh
tapi letakkan sesuatu pada tempatnya lah. Kalau ikut data dan ilmu memang tak
mampu, buat cara tak mampu lah. Mungkin keajaiban tu wujud tapi bukan untuk
semua manusia dan dalam semua keadaan.
Dah lah cukup lah 3, nak pergi
layan drama Korea ni. Kbai.
8 comments
I love your personality, serious.
ReplyDeleteManusia memang ada kekurangan dan kelebihan.. Akak pun macam awak jugak, mudah emo bila tengok movie sedih-sedih, sampaikan hubby akak cakap, citer jea pun, takyah nak emo sangat.. huhu
ReplyDeletehahaha sama lah kita , bila tengok movie yang ada part sedih ke , kita yg lebih emo nye , kdg2 xsedor dah nangis haha ^^
ReplyDeleteEmosional. samaaaaa
ReplyDeletejadi diri sendiri lebih baik.. :)
ReplyDeletedulu tgk movie takde feeling sgt, sekarang macam terlebih emo pula maybe faktor usia sama kot..haha
ReplyDeletePersonality yang ohsem..
ReplyDeleteTambahan satu, Farhanna suka blogwalking tiba-tiba pastu komen sampai penat kat blog orang. Betoi x? Hahaha..sebab blog saya terkejut dapat komen Farhanna banyak sangat tiba-tiba..ni tengah balas balik la ni :P
ReplyDelete[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.