Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts
Showing posts with label Nom Nom Nom. Show all posts

Sekitar Majlis TV3 Ramadan & Raya 2026: Jwanjih Kenyang, Banglo 289, Raja Chulan

Friday, 13 November 2026


Sebelum masuk bulan puasa tahun ni dah dapat jemputan dari TV3 untuk tayangan rancangan di TV3 dan Tonton sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Excited masa dapat undangan tu sebab TV3 buat dekat Banglo 289, Raja Chulan. Selama ni dengar orang menyembang pasal restoran ni tapi tak berkesempatan untuk pergi. Orang lain pergi sebab nak interview artis, I pergi sebab nak makan. 

Tapi tu sembang masa RSVP lah, pada hari kejadian I sakit perut sebab makan black pepper banyak sangat. Banyak sangat means, back-to-back makan menu yang ada black pepper. Baru tahu perut sensitif dengan rempah tu. Nasib baik lah masa hari kejadian ni dah berkurang banyak dah tapi perut masih tak selesa lah. 


Kitorang pergi ke Banglo 289 tu naik LRT sebab dekat je. Berjalan kaki pun tak jauh dalam 600 meter kot tapi tak mampu nak berjalan masa tak berapa nak sihat so order Grab je ke sana tapi azab jugak lah nak tunggu Grab sampai sebab masa tu waktu puncak sudahnya cancel. Lagi lama tunggu lagi lambat lah kitorang sampai ke event. Takde masalah pun sampai lambat tapi nanti dapat meja yang jauh dari stage. 


Tak tahu pun ada banyak tempat menarik sekitar MRT Bukit Bintang ni. Selalunya pergi belah depan menuju ke Pavillion KL rupanya belah belakang pun menarik juga cumanya a bit scary sebab sini ramai foreigners. Masa keluar dari MRT pun dah nampak warga asing tengah high. 

Part tak best bila berjalan menuju ke Banglo 289 ni bila ada kawasan berbukit. Pancit lah jugak bila mendaki. Nasib baik lepas bukit tu dah nampak dah signage Banglo 289. Jalan sikit lagi dah nampak dah restorannya. Cantik!!!


Lepas register kitorang cari meja untuk media. Rezeki lah dapat meja depan stage sebab ramai lagi yang belum datang ke majlis. 


Outfit of the day!

Bila sampai awal dekat event boleh lah tinjau kawasan sambil ambil gambar makanan untuk buat content dekat social media walaupun update dekat blog berbulan kemudiannya. Kebetulan masa event TV3 Ramadan & Raya 2026: Jwanjih Kenyang ni, restoran Banglo 289 tengah buat promosi untuk Buffet Ramadhan 2026 jadi ada banyak lah menu yang dihidangkan. Ramai juga staff Banglo 289 masa ni promote makanan. 


Terliur tengok semua menu dekat Banglo 289 ni especially masak lemak udang galah, masak lemah ketam dengan masak lemak siput sedut. Cantik betul warna kuah masak lemak dia. 




Menarik juga la menu Buffet Ramadhan Banglo 289 sebab ada rusa berlado. Bukan senang nak dapat daging rusa ni. Tak tahu lah kalau ada restoran yang letak as permanent menu. Rezeki lah orang dekat area tu. 


Masa ambil gambar ni I dah aim nak makan asam pedas dia. Masa menaip ni pun kecur liur sebab asam pedas favorite sayaaaaaa 😝


Pilihan kerabu pun memikat selera sebab ada kerabu pucuk paku kerang, kerabu mangga dengan kerabu perut. Kalau masa tu boleh makan banyak, I dah ambil semua kerabu. Nasib baik dia tak letak kerabu kaki ayam. 


Bahagian bakar-bakar ada beberapa jenis ikan sungai dan laut tapi I tak berminat nak makan ikan bakar masa tu. Staff Banglo 289 banyak kali promote ikan krai. Dia kata bukan selalu dapat makan ikan Raja Sungai, masa ni je ada peluang. Ikan Krai ni rupanya famous dekat Pahang. Termakan dengan cadangan staff Banglo 289, I pun ambil lah ikan krai ni sebab nak rasa. 

Tapiiiii tak ada rasa pun. Mungkin sebab overcooked sampai isi ikan jadi kering. Ke sebab saiz dia besar atau ikan krai tu dah tua? Entah lah tapi I lagi suka makan ikan siakap dengan talapia sebab manis. 


Bahagian pencuci mulut pun banyak pilihan tapi tak sempat nak rasa pun. Masa makan tu dah banyak yang habis. 


Sebelum start makan tu kitorang pergi solat Maghrib dulu sebab takut surau penuh. Surau dia dah la kecil lepastu open space. Renyah gila nak ambil wudhu sebab setiap penjuru orang boleh nampak. Surau ni depan residence building, kalau orang jenguk tingkap memang nampak lah cerita dia. Nak ambil wudhu dekat tandas pun tak selesa. Tandas kecil satu hal, dekat dengan tempat makan pun satu hal.

Masa berwudhu tu cover dengan telekung je supaya orang tak nampak tapi kalau ternampak pun apa je kita boleh buat kan. Dekat sini telekung dengan sejadah ada sikit je, tak ingat lah 2 ke 3 unit je. Kitorang bawa telekung sendiri so mudah lah lepas wudhu terus solat je. 


Dah habis solat, kitorang makan sambil majlis berjalan. I tak ambil gambar pun menu apa kitorang ambil tapi I makan sikit je sebab takut sakit perut. Yang penting ada nasi putih, ikan krai, masak lemak ketam, kuah asam pedas ikan kembung dengan masak lemak tempoyak. Combination ni padu kecuali ikan krai tapi sedih betul I tak boleh makan banyak. 


Dekat event ni Che Ta bawa Aisyah sekali sebab diorang ada rancangan masak-masak tapi tak sangka Aisyah pemalu depan orang. Tak terkeluar suara dia bila Che Ta suruh promote rancangan diorang. Bila orang nak bergambar pun dia malu-malu. I tak join interview mana-mana artis pun sebab memang datang nak makan je. Sebenarnya, I tak sedar pun media dah hilang pergi interview. Meja kitorang je semua media enjoy makan 😂


Selebriti yang datang masa ni bersilih ganti, lepas promote terus balik. Ada yang stay menyembang, ada yang stay untuk interview. Hujung majlis tu TV3 ajak bergambar dengan semua media lepastu kitorang buat video untuk socmed jugak tapi terlupa nak pergi kutip gambar-gambar tu dekat socmed TV3. 

Habis je berterima kasih dengan semua staff TV3 dan Banglo 289, kitorang pun minta diri untuk balik. Sebelum balik tu dapat satu bag besar goodies Indomie pelbagai perisa. Kitorang dapat juga ole-ole tiffin Banglo 289. Sampai sekarang simpan dekat dapur sebab sayang nak guna. 


Balik tu berjalan kaki semula ke MRT Bukit Bintang tapi seram sikit sebab banyak warga asing melepak dekat bar. Okay lah meriah so tak lah takut sangat berjalan. Balik rumah terus tidur sebab penat tapi happy sebab dah merasa makan dekat Banglo 289.

Beutea Coffee Series, Avenue K

Tuesday, 20 October 2026

Sejak minum Fresh Watermelon Tea Beutea dekat Avenue K sebelum ni, dah mula masukkan Beutea dalam list. Happy bila tahu Beutea keluarkan Coffee Series. Lepas ni pergi KLCC boleh menyinggah beli air dekat Beutea sebab ZUS dekat Avenue K tak dap sangat. Zurista pun tak friendly. 


I nampak dekat Threads ada orang post dia beli Oreo Cloud Latte tapi barista Beutea bagitahu yang tu manis lah sebab cloud dia tebal. Nak ambil Black Tea Cham Latte tapi tak nak angin minum teh so I ambil Coconut Latte, Fariha ambil Strawberry Cloud Latte. Harga setiap minuman kira harga standard lah sebab price range lebih kurang dengan ZUS Coffee je. 


Untuk edisi Coffee Series ni Beutea keluarkan 5 jenis merchandise tapi kitorang tak beli pun apa-apa sebab malas nak menambah barang walaupun  merchandise dia comel dan cantik. Setiap pembelian Coffee Series di outlet Beutea boleh dapat cup sleeve comel macam dekat bawah ni. I jenis minum lambat so cup sleeve comel ni memang function teruk dari mengelakkan jari I beku. 


Pekat ye coffee Beutea ni, rasa dia pun pahit macam yang I suka walaupun coconut milk tu creamy tapi gabungan kopi dengan susu kelapa tu menjadi. Seronok betul minum sejuk-sejuk. Strawberry Cloud Latte kureng sikit sebab rasa strawberry tu tenggelam walaupun cloud dia tebal. Dia rasa hujung lidah je lepastu hilang dah. 

Tak pasti lah Beutea guna biji kopi mana sebab biji kopi dia rasa pahit tapi tak mengantuk. I minum ni waktu malam tapi elok je lah tidur nyenyak macam biasa sebab kafein dia tak tinggi. Mungkin biji kopi Columbia. 

Ulang Makan Tengahari Di Dulang Rtok, Sabak Bernam

Thursday, 15 October 2026


Sebelum ni dah pernah makan dekat restoran Dulang Rtok tapi kitorang pergi berenam je nak celebrate birthday umi. Kali ni umi ajak lagi pergi sebab nak try makan set Dulang B pulak. Kalau Dulang A ada lauk utama, masak lemak telur itik, kerabu, sayur paku rawan tumis, sambal picit, gelama kering dengan ulam, menu untuk Dulang B pula ada lauk pilihan, sambal tahun, sambal tempe, peria tumis telur, sambal picit, gelama kering dengan ulam-ulaman. 

Beza dia dekat sayur tumis dengan masak lemak telur itik diganti kepada sambal tempe. Awalnya macam nak ambil Dulang B lepastu tambah lauk tapi macam lebih kurang je so kitorang ambil dua-dua set. 


Lepas dah order, makanan pun dah sampai baru tahu adik-adik kenyang lagi. Sabo je lah. Masa tanya beria cakap lapar, bila dah order kenyang pulak. Kalau tahu ambik set Dulang B lepastu tambah sambal tahun 2 mangkuk sebab adik bongsu suka dengan sambal tahun jugak. 

Kali kedua datang ni tak ada sayur paku rawan tumis tapi staff ganti dengan terung berlado. Okay lah sebab sedap je masakan dia. I rasa sambal keli dia kureng, patutnya ganti dengan ikan bakar macam haritu tapi okay lah next time tak payah order dah menu tu. 


Yang kata kenyang tu tak lah kenyang sangat. Kenyang nasi tapi lapar aiskrim. Nasib baik lah boleh tapau, nanti diorang lapar makan je lauk yang dah tapau tu. 


Sebelum ni pergi Dulang Rtok, makan laju sebab nak hantar yang bongsu pergi kelas tambahan tapi kali ni chill chill je makan sambil dengar dia bercerita pasal kem motivasi. 




Dua kali datang, dua kali tak pergi belek apa ada dekat galeri busana dekat hujung tu. Next time lah kot ek. Nampak gaya macam restoran ni akan jadi tempat makan keluarga sebab umi suka makan sini hshshs

Makan Tengahari Di KLCG Jalan Ampang

Wednesday, 14 October 2026


Selesai di long call Shikin, kitorang bergerak ke destinasi utama hshshs ini yang seronok kalau ada long call sebab boleh menyinggah makan dekat tempat-tempat best. Laila ajak kitorang pergi makan dekat KLCG memandangkan dua akak office dia ni tak pernah pergi. 

Nak harap kitorang yang drive pergi sini eh memang tak lah wei. Lawyers dengan chambees memang senang lah nak pergi sebab dekat sangat dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

😅: Ana, mana eh pintu masuk dia?
😌: I pun baru first time jejak kaki kat sini Ain. 
😅: Aduhhh Laila pulak drop kita dua yang tak pernah datang ni.
😌: Itu lah pasalnya. Kita try je lah semua pintu. 


Finally jumpa pintu masuk hshshs


Masuk je dalam ada staff yang greet lepastu tanya nak makan ke takeaway. Kitorang nak makan so kena tunggu dalam 10 minit macam tu. Ruangan menunggu ada dekat atas jadi sementara tunggu Laila cari parking, kitorang naik terus ke tingkat atas. 


Aesthetic betul ruangan menunggu ni siap ada tandas dan surau. Ada juga kaunter minuman lengkap dengan button untuk call staff naik ke atas isi semula air minuman bila habis. 


Baru je Laila sampai, tak sempat nak letak punggung, dah ada meja untuk kitorang. Turun je bawah, ada staff escort pergi ke meja. Kitorang dapat table dekat bahagian tepi so boleh tengok view dekat luar. 




Makan dekat KLCG ni pun ada time limit. Setiap meja cuma boleh stay selama 90 minit sahaja tapi I rasa okay je sebab makanan dia memang laju siap. Letak je beg dekat meja, kitorang bertiga pergi ke kaunter pastries. 

Happy teruk dekat kaunter ni sebab wangi sangat dengan bau pastries. Macam mana lah semua pekerja dekat KLCG ni boleh bertenang sebab I jadi mabuk terus bila sampai kat ruangan ni. Mabuk sampai nak beli semua pastries 😂


Dah lah wangi, cantik pulak tu! 💗💖💕💓💝




Sebelum ni dah pernah try Strawberry & Creme Croissant sebab Laila belanja satu office masa dia singgah ke KLCG. Kali ni datang ke sini pun tetap ambil yang tu. I tapau untuk bagi adik rasa jugak. I beli Pistachio Supreme dengan Chicken & Cheese Croissant. 

I nak beli Pain Suisse Pistachio Praline tapi takut tak sempat makan. Nak juga rasa Matcha tart tapi dia ada mochi. I tak gemar sangat mochi. Yang add to tray pun dah banyak itupun belum tentu habis. Ikutkan nafsu memang boleh membawa kepada pembaziran. 


I nak order Philly Cheesesteak Bagel tapi perut tengah kenyang sebenarnya gara-gara nasi lemak yang Syariah team bawa sebelum gerak ke mahkamah. So I order Mont Blanc je lepastu minta plate dengan cutleries untuk makan Chicken & Cheese Croissant. Selekeh jugak lah makan croissant ni sebab dia flaky, habis tudung penuh dengan serdak roti tapi sedap makan panas-panas. 

Ain suruh makan Chocolate Kunafa Flan dia sebab tak mampu nak habiskan walaupun kecil. Sedap tapi manis so kitorang ignore je dia dalam pinggan tu. Laila makan Salt Bread sebab dia kata kena makan on the spot. Bila makan sejuk dah tak sedap. Okay, noted. 


Yang paling lapar sebenarnya Laila sebab dia tak breakfast sebelum pergi KL High Court, so dia order Fish and Chips. Masa menu dia sampai, semerbak bau wangi fillet ikan. Setiap kali dia potong pun akan keluar bau wangi. Laila kata dia tak suka sangat fillet ikan ni sebab isi dia mampat tapi I suka sebab wangi, makan dengan tartar sauce dia yang masam masam tu fuhhh. 

Staff KLCG bagitahu fillet ikan ni dari ikan perch. Dalam Bahasa Melayu, ikan kerakap. Sumpah tak pernah dengar. Boleh jadi I pernah makan tapi tak tahu nama ikan tapi tak mungkin lah pernah makan sebab ikan dia wangi. 

Masa kitorang makan tu ada staff dia minta untuk ambil gambar. Bila dapat meja dekat bahagian tepi bakeri, natural lighting memang membantu sangat. Nanti sebelum keluar boleh claim sekeping gambar. 


Lately dekat Threads selalu nampak orang hype Mont Blanc ni sebab tu nak try since Laila kata Mont Blanc dekat KLCG pun sedap. Tebal juga la cream dia sampai setengah cawan. Dekat bahagian atas tu ada parutan kulit limau dengan serbuk buah pala. Kopi KLCG guna Ethiopia Aricha. Rasanya first time cuba kopi ni tapi tak rasa sangat pun sebab krim dia tebal. 


Dah habis makan kitorang singgah dekat kaunter gambar. Nampak je gambar kitorang terus macam wehhhh nakkkkkk sebab cantik semua dalam gambar tu. Kalau ambil yang dekat kaunter tu free je tapi untuk print baru, kena caj RM3 sekeping. Kitorang minta lagi 2 keping gambar sebab ada 3 muka dalam tu.


🌸🌸🌸🌸


Dah habis makan, kitorang bergerak ke belakang KLCG sebab Laila parking dekat situ. Dah masuk kereta baru perasan yang bangunan sebelah tu adalah warehouse KLCG sebab nampak staff dia bawa keluar doh dan dulang dari situ. 


Kawasan parking dekat sini agak sempit tapi kitoang bernasib baik bila datang hari Jumaat sebelum lunch hour. Tak lah bersesak sangat. Keluar sikit dari kawasan KLCG ni, ternampak stesen LRT Datum Jelatek. Ni pertama kali datang ke Datum Jelatek so tengkuk banyak toleh kiri kanan tengok kawasan. 

Hampir juga kitorang accident dekat traffic light sebab ada kereta keluar simpang terus pancung masuk lane ketiga. Trauma accident dekat NKVE tu tak hilang lagi, ada pula pemandu yang selfish macam ni haihhh. Keluar simpang tu berhemah lah sikit sebab belakang kitorang tak ada kereta pun yang dia beria nak pancung macam tu. Nasib baik Laila sempat tekan brake kalau tak dah berdentum. 

Lega betul selamat sampai ke office lepas makan dekat KLCG ni walaupun hujan lebat dalam perjalanan. Thank you Laila bawa kitorang makan dekat KLCG 💟