Tengah sibuk buat kerja tiba-tiba dapat WhatsApp dari Liyana tanya I nak order apa. I was like ??? I tak pernah makan Suka Dessert so I tak tahu. I cakap je nak brownies 😪
Rupanya brownies dia ada banyakkkkkkk. Ingatkan dah selamat tadi. I order je brownies yang kosong sebab ada yang kata Suka Dessert ni manis. Kalau ambik yang kosong, selamat la kan?
Liyana bagitahu queue agak panjang juga so dia sempat lah tanya apa yang kitorang nak order. Buckle biskut tu dia ambil satu balang saiz M sebab yang itu je ada. Saiz L dah sold out. Balik je office, kitorang discuss macam mana nak faraidkan semua biskut ikut ahli. Lepas habis makan Atie tolong pack biskut ikut kehendak masing-masing.
Ms Azuin: Liyana, kamu tak tanya pun nak apa dekat Suka Dessert. Saya yang suggest singgah Suka Dessert lepas balik dari Mahkamah Syariah.
Liyana: Eh alamak Ms, sorry I tersilap orang.
Me: Lahhhhh, patutlah pelik kenapa Liyana whatsapp tanya nak apa rupanya dia salah orang.
Nasib baik jugak lah Liyana tersalah orang, dapat lah juga rasa brownies Suka Dessert ni macam mana. Rasa diaaa...... manis. I tak suka. Ingatkan dah terselamat bila ambil brownies yang paling basic dan plain. Rasa cookies dia pun lebih kurang cookies dekat Eco Shop dan manis. Dia tak ada signature taste pun untuk harga macam tu.
Next time memang tak beli dah produk Suka Dessert ni. I bukan target market dia sebab tak makan manis hewhewhew. Thanks Liyana tolong belikan Suka Dessert untuk semua yang teringin nak makan dekat office ni.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.