Malaysia antara pilihan Top 3? Itulah antara jangkaan yang mula disuarakan peminat menjelang Eurovision Song Contest Asia 2026, dengan Aina Abdul dilihat berpotensi membawa Malaysia ke kelompok tiga teratas pertandingan berkenaan.
Menerusi ruangan komen di media sosial rasmi Eurovision Asia, beberapa peminat meletakkan Malaysia dalam ramalan Top 3 bersama Filipina dan Vietnam, antaranya menerusi komen "Top 3 Results prediction: Malaysia, Philippines, Vietnam" dan “Malaysia, Philippines and Vietnam already in top 3”. Malah, ada juga yang menyuarakan keterujaan terhadap wakil negara menerusi komen, "Dang, Malaysia is cookin😮💨".
Selain ramalan peminat, kolaborasi Aina bersama penyanyi Australia, Delta Goodrem, turut mencuri perhatian menerusi perkongsian video di Instagram rasmi Eurovision Asia. Dalam video tersebut, Delta menyanyikan Bluest Sky sebelum Aina membalas dengan lagu Eclipse, yang pernah dipersembahkan Delta ketika mewakili Australia dalam Eurovision Song Contest 2026.
Kolaborasi itu meraih reaksi positif daripada peminat, termasuk "What a dream collab is this" dan "I am overwhelmed with the power vocals", dengan video berkenaan mencatatkan kira-kira 446,000 tontonan (setakat 5 November 2026), sekali gus menjadi video dengan jumlah tontonan tertinggi berbanding enam video peserta lain yang dikongsikan Eurovision Asia.




Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.