India Gate, The Flavours of India, IOI Mall Damansara

Monday, 16 November 2026


Kali ketiga datang IOI Mall Damansara tapi tak tahu nak makan apa. Lepas habis tengok movie Spiderman: Brand New Day, perut pun dah lapar. Asalnya nak pergi Giraffe Cafe tapi ramai pula orang. Berjalan punya berjalan ternampak restoran India Gate ni. Since tak pernah makan lagi dekat sini, try lah makan. 

Awalnya kitorang dapat seat dekat belakang restoran tapi minta tukar sebab panas sangat. Aircond dekat kawasan tu tak berfungsi lepastu silau sebab meja betul-betul berhadapan dengan tempered glass door. Kebetulan ada meja baru kosong sebab ada pelanggan yang dah habis makan jadi waiter bagi pindah. Kalau dia tak bagi, kitorang dah cancel niat nak makan sebab belum order lagi.

Waiter bawa kitorang pergi dekat meja baru, dekat bahagian depan restoran, dekat gambar burung merak tu. 


Adik I order Nasi Beriani dengan teh tarik, I order Meen Kulambu dengan chai masala, Fariha order Mutton rogan Josh. Restoran ni memang padat waktu ni tapi okay lah sebab tak tunggu lama pun untuk order siap. Mungkin sebab dia tinggal buat plating je. Menu lain semua dah masak awal. 


Masa set nasi beriani ni sampai, kitorang macam ehhhh kecik je bekas dia. Rupanya bila makan pot dia tu dalam. Tersandar jugak lah nak habiskan satu bekas nasi tu. Dekat dalam nasi tu memang dah ada isi kambing. Banyak juga lah walaupun dah share-share. 

Muka sebelum makan


Dalam set kari ikan ni ada Nasi Basmathi, Naan, Papadom goreng, sayur campur, peria goreng, Aloo Chana Masala, Dal Tadka, nasi wangi, kari ayam dengan Indian sweet. Since set I ambil sama dengan Fariha so kitorang dapat side dishes yang sama kecuali lauk utama. I ambik kari ikan tenggiri, dia ambil kambing. 


Untuk set nasi beriani ni ada nasi beriani dengan kacang gajus sangai, bawang goreng, kambing, kuah sayur dan kari. I dah tak ingat sayur apa tapi kuah dalam set beriani ni sama je dengan sayur dalam set I ambil. Nasi beriani dia sedap tanpa perlu makan dengan kuah kari pun. Makan macam tu je dah sedap, sebab cukup rencah dia masak. Sesuai sangat lah untuk Nurin makan sebab dia tak suka makan kuah. 

Set ni agak besar tau untuk sorang makan sebab dia ada 3 carbs yang mengeyangkan. Dah ada nasi dalam bekas besar, letak pula nasi sampingan lepastu bagi lagi naan. Memang tersandar lah cerita dia. Nasi utama tu pakai beras Basmathi, tapi nasi sampingan tu tak pasti lah pakai beras apa sebab wangi. Warna dia pun kekuningan sikit. Mungkin dia masak dengan mentega tapi tak banyak. 


I suka kuah kari dekat restoran India Gate ni sebab masak elok. Pernah je I makan dekat restoran India yang masak kari tapi tak pecah minyak. Kat sini, kari dah lah pekat, sedap pulak tu. Makan dengan naan sedap, makan dengan nasi pun sedap. 

Sayur peria goreng, dengan Aloo Chana Masala dia sedap jugakkkk. I suka Aloo Chana Masala sebab aloo tu kentang. I suka kentang, ni pula first time makan masala punya. Side dishes semua ni boleh tambah so I tambah peria goreng. Lepas ni kalau sharing, I akan tambah peria goreng banyak kali sebab coating dia nipis untuk wujudkan rasa crunchy tu. 

Indian sweet tu pun minta tambah sebab tak cukup 1 lepas makan. Sebenarnya cukup je tapi nak kurangkan sikit rasa kari dekat tekak. Sedap tau Indian Sweet tu, dia manis, creamy dan fluffy. Ni antara punca I akan pergi lagi ke India Gate hshshs

Tapiiiiii I takkan order dah Masala Chai dia sebab rempah kuat sangat. Sebelum ni minum macam light light je rasa rempah tu. Mungkin kena order Mango Lassi macam Nurin, terasa betul manis mangga dia. Minum pulak sejuk-sejuk surrrr. 

Lepas makan tu bukan takat tersandar, kitorang pening jugak sebab banyak sangat makan rempah. Macam mana lah orang India makan hari-hari. Mungkin diorang dah terbiasa agaknya. Lepas ni kalau pergi memang kena sharing je sebab after effect dia kuat sangat 😅

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.