Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
Penulis Skrip: Bayu Kurnia Prasetya
Pelakon: Marthino Lio, Delia Husein, Pritt Timothy, Yati Surachman, Annisa Hertami, Landung Simatupang, Farmelia Sarah, Muhammad Nur Qomaruddin
Syarikat Produksi: MVP Pictures
Pengedar: MVP Pictures, Netflix, TGV Cinemas (Malaysia)
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 92 minit
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024 (Indonesia), 18 Disember 2024 (Malaysia)
Trailer:
Seorang pemuda bernama Nugie (Marthino Lio) terjerat dengan hutang lintah darat sebanyak 40juta rupiah gara-gara ingin mengubati sakit ibunya, Sumeni (Yatti Surachman). Lepas berkali-kali berubat dengan doktor pun kaki ibunya masih belum pulih malah makin membengkak dan bernanah.
Saat menemui jalan buntu, Nugie memilih membawa ibunya yang sakit ke seorang dukun sakti, Mbah Narto (Pritt Timothy). Keputusan ini membuatkan adiknya, Tari (Delia Husein) geram tapi dia turutkan saja kerana ibunya pulih serta-merta. Mbah Narto minta Nugie gantung dua kantung kecil di tiang rumah dan juga bilik Sumeni.
Tari tak suka dengan kantung tersebut lalu dibuang ke tong sampah kerana baginya, dosa musyrik adalah dosa yang besar. Nugie bertegas supaya ikutkan saja kata-kata Mbah Narto kerana mereka sudah tak ada jalan lain untuk berubatkan ibunya.
Selesai urusan ibunya, Nugie sekali lagi dilema untuk mencari duit untuk melangsaikan hutangnya. Akibat terdesak, Nugie pergi mencuri keris sakti di rumah Mbah Narto kerana ada pembeli yang akan berminat dengan keris antik begitu. Awalnya, Nugieb awa keris tersebut ke rumah majikannya, namun diusir keluar kerana keris sakti tersebut mempunyai kuasa mistik yang berbahaya.
Sudahnya, Nugie sendiri bawa kepada pembeli keris antik (Muhammad Nur Qomaruddin) dan berjaya dapat Rp 50 juta, lebih dari yang disangka. Tak lama kemudian, pembeli tersebut dibunuh oleh keris antik. Nugie semakin buntu dengan masalah yang dialami sementara Mbah Narto pula mengalami kutukan setelah keris saktinya hilang.
Filem Dosa Musyrik arahan Hadrah Daeng Ratu berlatarkan masyarakat Jawa di Yogyakarta dan Jawa Tengah yang memuja semangat laut untuk meminta pertolongan. Kerana pemujaan tersebut munculnya keris sakti yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis sakit.
Menarik bila penulis Bayu Kurnia Prasetya menggunakan keris sakti dan mewujudkan watak juga latar tempat yang arif dengan keris. Sayangnya ilmu yang dimasukkan tidak lah begitu banyak walhal watak utama juga bekerja di kedai keris antik. Cara memandikan keris pun hanya dilakukan sekali lalu sahaja walhal ritual tersebut ada caranya yang tersendiri. Kalau ada babak Mbah Narto terangkan pada pembantu dia atau pemilik kedai keris terangkan pada Nugie mungkin lagi seronok sebab filem ni ada isi.
Fokus lebih diberikan kepada Ni Loro Pati (Farmelia Sarah), pemilik keramat keris sakti yang inginkan pengganti Mbah Narto yang semakin uzur dimamah usia. Anaknya, Laksmi (Annisa Hertami) juga enggan mengambil alih kerana dia sendiri tahu kesan menjaga keris tersebut. Kebetulan, keris terjumpa dengan tuan baharu yang lahir pada Sabtu Pahing.
Farmelia Sarah menghidupkan watak Ni Loro Pati dengan cemerlang, lenggok badannya ketika menari mewujudkan rasa seram dan menzahirkan aura yang kuat. Loro Pati atau Larapati membawa maksud penyakit atau mati dalam bahasa Jawa. Asalnya pengarah ingin gunakan nama sebenar tapi tak mendapat izin dari alam ghaib.
Penceritaan Dosa Musyrik tak dikembangkan dengan baik walaupun mempunyai idea yang segar dan menarik. Tak diceritakan apa itu Sabtu Pahing, kenapa yang lahir pada Sabtu Pahing layak menjadi tuan keris. Kalau ikutkan pada Google karakter individu yang lahir pada Sabtu Pahing bersifat baran tapi karakter tu tak ada pun pada Nugie. Tak dijelaskan kenapa Sumeni mengalami sakit kaki yang aneh dan misteri.
Aldie Harra sebagai pereka kostum mencipta suasana latar masyarakat Jawa yang banyak bergantung pada batik. Seronok tengok semua latar tempat dalam filem Dosa Musyrik sebab dipamerkan banyak seni ukiran dan seni tekstil masyarakat setempat. One of the reasons kenapa I suka sangat layan filem Indonesia dan India. Sinematografi dia benar-benar mengangkat budaya dan identiti masyarakat negara dengan cemerlang.
Muhammad Firdaus menggunakan kekayaan seni masyarakat Jawa dalam filem Dosa Musyrik bukan saja pada watak alam ghaib malah pada watak alam nyata. Hampir kesemua babak mempunyai estetiknya yang tersendiri. Kalau orang lain seram dengan kehadiran Ni Loro Pati di rumah Nugie, I pula terpukau dengan kecantikan busana yang dipakai. Bekas keris juga cantik seni ukirannya.
Baru tahu Delia Husein isteri Marthino Lio dan ini kali pertama mereka digandingkan bersama dalam satu filem. Sebelum ni dia ada berlakon dalam filem Sewu Dino (2023) tapi cuma pelakon sampingan. Filem lakonan dia yang lain tak berkesempatan untuk tengok lagi.
Walaupun tak berapa gemar dengan alur ceritanya yang mendatar ditambah dengan watak Nugie yang ternyata dangkal dalam membuat keputusan, I tetap terpesona dengan visual, audio dan props yang dimasukkan untuk menghidupkan dunia kampung kecil di situ.
p/s: Dosa Musyrik tak sesuai ditonton ketika makan.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.