Movie Review | My Heart Puppy (2023)

Sunday, 5 July 2026

 

Pengarah: Jason Kim  
Penulis Skrip: Jason Kim  
Pelakon:  Yoo Yeon-seok, Cha Tae-hyun, Jung In-sun, Park Jin-joo, Tae Won-Seok, Jung Ji-hoon, Ryu Soo-young, Kim Ji-young, Jung Eui-soon, Kang shin-il, Lee Ho-jung, Kim You-jung, Ahn Hyeon-jeong
Syarikat Produksi: Yworks Entertainment, Don Quixote Entertainment, 7OSIX
Pengedar: Little Big Pictures, Kidari Studio
Genre: Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 113 minit
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2022 (Seoul Animal Film Festival), 01 Mac 2023 (South Korea)   
Trailer:


Filem yang ditayangkan secara perdana di Seoul Animal Film Festival, My Heart Puppy mengisahkan tentang Min-soo (Yoo Yeon-seok) yang terpaksa berpisah dengan Rooney atas permintaan tunangnya. Mereka bakal berkahwin dan Seong-gyeong (Jung In-sun) alahan kepada anjing. Dilema nak pilih mana satu kerana dua-dua pun dia sayang. 

Rooney dijaga sejak dia kecil lagi dan sentiasa ada dengan dia sementara tunang dia pun strong support system bila dia dewasa. Sepupu dia, Jin-guk (Cha Tae-hyun) cadangkan untuk jual Rooney kepada penjaga luar. 


Awalnya Min-soo tak setuju kerana dia sudah berjanji dengan Seong-gyeong akan berikan Rooney kepada saudara-mara. Tapi disebabkan tiada siapa yang sesuai untuk menjaga Rooney, Min-soo terpaksa bersetuju dengan cadangan Jin guk. Dari situ bermulalah pengembaraan mereka mencari penjaga baru yang sesuai untuk anjing kesayangannya. 

Filem My Heart Puppy arahan dan penulisan Jason Kim yang terkenal dengan filem Midnight Runners (2017), The Divine Fury (2019), siri Bloodhounds (2023) dan Officer Black Belt (2024) menggunakan anjing peliharaan sebagai premis utama untuk menggerakkan jalan cerita. 


“I also wanted to shed light on the topic of the need to embrace abandoned dogs.” – Jason Kim

Penceritaan My Heart Puppy mempunyai alur penceritaan yang ringkas dan menghiburkan lalu bergerak sederhana, sesuai dengan genre yang dimasukkan iaitu drama komedi. Pelbagai ragam penjaga baru yang ditemui oleh Min-soo dan Jin guk. Tapi babak yang sedih bila Min-soo berjumpa dengan Sang-ho (Jung Ji-hoon) yang baru saja kehilangan anjing kesayangannya, Jung-ho. 


Jason Kim bagitahu bukan mudah untuk mengarah 8 ekor anjing berlakon dalam filem My Heart Puppy. Penggambaran dilakukan pada musim panas dan kebanyakan anjing tak selesa berlakon semasa panas. Rooney yang dipilih juga mempunyai limitasi tersendiri kerana mempunyai masalah kesihatan. Mungkin sebab itu juga dekat dalam filem ni tak banyak kemunculan Roonie dan lebih terarah pada babak Min-soo bersama Jin-guk. 


Selain dari pencarian penjaga baru, pengembaraan ni seolah-olah sesi suai kenal antara dua orang sepupu yang sudah lama tak berhubung. Min-soo sendiri terkejut Jin-guk ada pengikut Instagram seramai 30,000 dan mesra dengan semua pelanggan di restoran dia. Nampak macam kosong tapi sebenarnya Jin-guk ada reputasi tersendiri. 


Dalam perjalanan tu pun Min-soo dapat jumpa banyak jenis baka anjing dan masalah-masalah yang melanda rumah peliharaan dan anjing yang dibuang oleh tuan mereka. 

‘When we found him abandoned, we noticed that he had been declawed. Some people who live in apartments declaw their dogs because of the noise they hear when their dogs scratch the floor.’ – Sun Mi (Kim Ji-young)


Lakonan Cha Tae-hyun menjadi sangat untuk karakter yang kelakar dan kebanyakan masanya dia ekspresikan melaui mimik muka yang jelas. Kelakar tengok dia nak minta maaf dengan ikhlas dekat Min-soo ataupun babak dia berjumpa dengan Thor. Geram betul tengok Thor dalam filem ni, muncul kejap je tapi pandai betul berlakon dengan muka comel dia. 


Yoo Yeon-seok sebagai watak utama lebih kepada menggambarkan perasaan Jason Kim yang terpaksa berpisah dengan anjing kesayangannya. Elemen drama lebih banyak datang dari Min-soo yang berbicara soal kehilangan dan rasa sunyi bila Roonie tak ada. Baru berpisah sekejap pun dia dah emosi, tak boleh imagine macam mana dia nak adapt hidup tanpa anjing dia. 


Sinematografi My Heart Puppy menggunakan keindahan landskap Jeju ketika musim panas lantas menjadikan road trip Min-soo dan Jin-guk terlihat indah dan santai. Tenang sangat tengok mereka berdua cuba selesaikan masalah yang agak besar. Seronok lah boleh makan tembikai manis sambil baring tengok bintang dekat laman rumah. 

Pemilihan musik latar dari Koo Ja-wan menguatkan lagi atmosfera My Heart Puppy dan tak hairan lah kalau ada yang menonton berulang kali filem yang comel ni. It just that good. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.