Bila Aishwarya Rai tak muncul pada hari pertama Filem Festival Cannes, I dah cuak sebab takut Lóreal terminate contract dengan dia. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba hilang kan? Dah dua dekad Aishwarya akan muncul di Cannes sama ada sebagai pembuka festival atau sebagai juri tapi tahun ni Alia Bhatt dan Aditi Rao Hydari saja yang muncul.
Tak sangka penghujung Filem Festival Cannes 2026, Aish muncul dikarpet merah Cannes sebagai duta Lóreal dan penutup festival.
1. Airport Look
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, perjalanan Aishwarya ditemani oleh Aaradhya Bachchan yang sedondon dalam rona hitam bersama. Aish memakai blazer hitam yang dihiasi oleh manis dalam corak abstrak dari butik Dhruv Kapoor koleksi Fall / Winter 2026.
Aish padankan bersama cami hitam dan juga seluar slack panjang straight cut. Di tangannya kot dari butik Lovebirds Studio. Kalau tak silap Aish ada pakai semasa pulang dari Cannes tahun lepas. Aish menggunakan beg tangan ikonik Diana dari Gucci dan sepasang but kulit dari Signoria.
2. Cosmic Aesthetic
Sebaik saja sampai ke Cannes, Aishwarya berjalan di karpet merah untuk tayangan perdana filem Histoires De La Nuit (The Birthday Party) dengan khidmat stail dari Mohit Rai. Aish tampil menawan dalam persalinan yang direka khas oleh Amit Aggarwal bernama Luminara yang mengambil inspirasi dari cahaya kosmik di hamparan angkasa. Sebanyak 1,500 manik kristal disulam membentuk Crystal Vein lantas memberikan ilusi alunan yang mendalam.
Bahagian bahu mempunyai potongan berbentuk daun atau kelopak bunga panjang menambahkan kesenian tekstil yang diterapkan pada couture dress diapakai oleh Aishwarya. Di bahagian hujung kain juga mempunyai corak tersendiri untuk tampil berbeza dari kebiasaan. Selendang dari material organza berwarna biru untuk menjadi peneman outfit utama.
Sebelum Aish, Amit muncul bersama Diana Penty dalam persalinan yang menggunakan teknik Ikat di Cannes.
Kalau perasan dekat bahagian leher Aish ada choker di mana lilitan pertama berwarna putih sementara yang kedua dan ketiga adalah biru diraja dari butik Renée Jewellers. Sebentuk cincin bertatahkan batu permata biru, The Vesper Ring dari butik Alok Lodha melengkapkan gaya Aish pada acara tersebut. Makeup yang menaikkan seri wajah dan rambut dengan alunan sederhana dibiarkan di sebelah kiri supaya tak mengganggu perhiasan lain.
Penampilan Aish bukan saja menghentikan spekulasi tentang Cannes malah mencuri tumpuan dengan tampil serba anggun. Aish nampak seronok dalam persalinan yang kreatif dari Amit Aggarwal dan bertemu kembali dengan team Loreal masa photoshoot lepas berjalan di karpet merah.
''Dressing her was always a dream, and today, it’s come true." — Amit Aggarwal
3. The Sky Is Pink
Belum habis terpukau tengok Aish di sebelah siang, untuk penampilan kedua di Cannes, Mohit Rai menggayakan Aish dalam persalinan berona merah jambu pastel dari Sophie Couture. Drape yang mempunyai pleated bersaiz kecil secara melintang di bahagian atas ditemani dengan corak kuntuman bunga berangkai berwarna merah dan kelabu sementara pleated menegak di bahagian kain dibiarkan kosong untuk memberi efek beralun.
Uniknya dress ini ditemani oleh cape dengan warna yang sama dan material chiffon dan kelopak bunga di bahagian hadapan. Kalau ada hiasan whimsical di bahagian belakang cape mungkin lagi cantik tapi kosong pun dah cantik tak jemu dipandang.
Pemilihan warna merah jambu pastel ni sesuai dengan tona warna kulit Aish yang cerah. Makeup lebih tebal dengan blusher merah jambu di kiri dan kanan pipi untuk majlis makan malam "Lights On Women’s Worth” bersama Lóreal di Festival Filem Cannes.
Tak pasti lah kalau Aish warnakan rambut dia atau kesan pencahayaan tapi warna rambut untuk majlis ni pun cantik. Aish definitely looks amazing in this look.
Tahun 2023, Sophie Couture antara penyumbang Aish dikritik teruk oleh netizen untuk dress aluminum wrap tapi kali ni butik ni tebus balik kesilapan tu dengan bagi outfit yang anggun dan serlahkan sisi feminin Ratu India yang telah menjadi ikon Filem Festival Cannes seleama dua dekad.
3. Feathers Fantasy
Upacara Penutup Filem Festival Cannes 2026 menyaksikan Aishwarya Rai dalam pantsuit berona putih gading rekaan Cheney Chan. Sut putih ini dihiasi dengan taburan manik di bahagian sisi di kiri dan kanan seluar juga di bahagian dada.
Cheney menggunakan cat ear shawl di bahagian dalam menggantikan top pendek. Selendang ini juga mempunyai tarikan tersendiri dengan renda yang besar dan hiasan manik putih. Bahagian bawah blazer sengaja disisipkan ke atas untuk beri ruang pada selendang menyerlah.
Menambahkan drama pada pakaian utama Aish adalah boa feathers berwarna putih yang sarat dan mengambil hampir keseluruhan tumpuan.
I mean whoaaaa 💖💖💖💖
Dalam sketch ada topi putih untuk bahagian kepala tapi Aish tak pakai mungkin tak nak tenggelam sebab feathers tu dah besar dah.
Sama seperti hari pertama, Aish bergegas ke pentas Lóreal sebaik saja selesai di karpet merah untuk bersama dengan Eva Longoria, Geena Davis dan duta yang lain.
Baik di karpet merah atau di luar, pantsuit ni memang mempunyai tarikan yang maksima.
4. Gigantic Floral
Rasanya Aish pakai dress ni untuk photoshoot iklan atau majalah Lóreal sebab tak ada penampilan rasmi atau temu bual bersama mana-mana pihak pun dalam persalinan ni. I loveee this look tapi Aish cuma bagi a glimpse itu pun bahagian belakang sahaja.
Aish nampak menawan dan menggoda dengan cape yang sarat dengan bunga ros gergasi berwarna putih mutiara. Jenuh cari details untuk penampilan ni tapi tak ada sesiapa pun yang berjaya jumpa full outfit.
5. Scallop Summer
Tak lari dari penampilan di karpet merah sebelumnya, Mohit Rai sekali lagi menggayakan Aishwarya Rai dalam off shoulder dress dari butik Fjolla Nila. Dress berona merah jambu pucat ini dihiasi manik kristal membentuk corak scallop yang berulang ditemani oleh selendang yang sarat dengan bulu dari warna yang sama.
I suka dengan penampilan untuk temubual bersama Lóreal di hari terakhir Filem Festival Cannes tapi dari awal sampai ke hujung memang Aish tak pernah gayakan rambut dia selain dari soft curl dan lepas bebas. Mungkin sebab nak sorok apa yang patut tapi I memang nak tengok Aish dengan gaya rambut yang berbeza. Anything except bun.
Memandangkan Aishwarya adalah bintang Bollywood terakhir di Filem Festival Cannes maka entry Fashion Files dia juga yang terakhir untuk tahun 2026. Berjaya juga lah update ramai bintang Bollywood yang melaram di Cannes. Mungkin lepas ni ada entry decoding outfit bintang Bollywood di majlis yang lain pula. Adios!

















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.