Pengarah: Anna Kendrick
Penulis Skrip: Ian McDonald
Pelakon: Anna Kendrick, Daniel Zovatto, Nicolette Robinson, Tony Hale
Syarikat Produksi: AGC Studios, Vertigo Entertainment, BoulderLight Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Jenayah / Thriller
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 08 September 2023 (TIFF), 18 Oktober 2024 (United States)
Trailer:
Filem yang diinspirasikan dari kisah benar melalui pengalaman salah seorang pelakon yang ingin menempa nama di Hollywood bertemu dengan pembunuh bersiri melalui rancangan TV, The Dating Game, diangkat menjadi filem berdurasi 94 minit dan ditayangkan secara eksklusif di Netflix.
Mengambil latar masa di antara tahun 1971 hingga 1979, filem Woman of the Hour menceritakan tentang jurugambar bebas bernama Rodney Alcala (Daniel Zovatto). Dia sentiasa mengumpan mangsa dengan kata-kata pujian hingga mereka setuju untuk menjadi model kepada kameranya. Rodney akan membawa mereka ke kawasan sunyi di Wyoming dan cuba menyelami isi hati mangsa kemudiannya bunuh mangsa dan kuburkan di situ.
Pada tahun 1978, Sheryl Bradshaw (Anna Kendrick) menjadi salah seorang peserta The Dating Game setelah dipujuk oleh ejennya. Memandangkan dia mungkin tak akan dapat mana-mana tawaran untuk berlakon lagi, Sheryl mengubah format rancangan mengikut keselesaan dan humornya sendiri. Ramai penonton terhibur dengan Sheryl termasuklah Bachelor #3 iaitu Rodney.
Salah seorang penonton The Dating Game bernama Laura (Nicolette Robinson) kenal siapa Roney kerana lelaki tersebut yang membunuh rakan baiknya tapi dia dihalang untuk berjumpa pihak produksi. Laporan polis yang dibuat sebelum ini juga tak menampakkan hasil, sama seperti laporan baru setelah Rodney muncul di kaca TV.
Woman of the Hour merupakan filem pertama arahan Anna Kendrick setelah lama berkecimpung sebagai pelakon dalam dunia perfileman. Anna menggunakan upah yang diperolehi dari filem ini dengan menyalurkannya kepada persatuan Rape, Abuse & Incest National Network dan National Center for Victims of Crime.
‘You know, most people don't like to be seen. They're afraid. Because you have to be comfortable with yourself. You have to stop performing. I never hide who I am.’ - Rodney
Penceritaan filem Woman of the Hour bersilih ganti latar masanya antara kisah kisah Sheryl pada latar masa 1978 dan kisah Amy (Autumn Best) pada tahun 1979 yang akhirnya membawa kepada penangkapan Rodney kerana wanita tersebut berjaya larikan diri dan laporkan kepada pihak polis.
Olahan kreatif dari Anna Kendrick buatkan penceritaan Woman of the Hour terlihat menarik bila transition dari babak kepada babak yang lainnya tak mengganggu dan mudah difahami.
Watak Rodney nampak harmless pada awal pertemuan dengan sesiapa pun tapi lama-kelamaan berubah menakutkan. Seriau masa tengok babak Rodney berminat untuk ambil gambar Amy atau Mario (Dylan Schmid). Dia ada satu pandangan yang buatkan kita tak senang duduk dan perasaan yang sama digambarkan oleh Laura lepas berjumpa dengan Rodney buat kali kedua setelah kematian Alison.
Sinematografi dari Zach Kuperstein menguatkan mood ngeri dan menakutkan dalam beberapa babak yang melibatkan Rodney. Filem Woman of the Hour juga menghidupkan suasana 70-an dengan tona warna yang digunakan dan beberapa visual yang dimasukkan melalui visual televisyen pada era tersebut. Musik latar dari Dan Romer dan Mike Tuccilo menjadi sinergi yang kukuh untuk penceritaan filem.
Pemilihan pelakon sampingan yang dimasukkan sebagai mangsa Rodney mempunyai physical appearance yang menawan dan juga screen presence yang menarik walaupun muncul cuma sekejap. Bila tengok semua mangsa Rodney, boleh faham kenapa dia suka dengan semua mangsa dia tapi gambar yang diambil agak disturbing sampai ada pihak yang mempersoalkan konsep fotografi Rodney.
Genre filem Woman of the Hour adalah Jenayah thriller namun Anna Kendrick memilih untuk menceritakan penganiayaan yang dialami oleh kaum wanita pada era tersebut. Bagaimana watak Sheryl perlu hadap layanan beberapa watak lelaki yang dimasukkan.
Mungkin ada yang rasa babak Laura tak perlu tapi babak dia kuatkan lagi sentimen yang dibawa oleh Anna selain dari tonjolkan Jenayah yang dilakukan oleh Rodney, si pembunuh bersiri. Disebabkan layanan acuh tidak acuh oleh kaum lelaki, ramai wanita yang menjadi mangsa dan realitinya tak lari jauh bila Rodney dibebaskan setelah ditangkap gara-gara laporan Amy.
I tak lah berminat sangat dengan lakonan Anna Kendrick sejak Pitch Perfect tapi Anna Kendrick di kerusi pengarah? Hell yes!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.