KUALA LUMPUR, 17 Julai 2026 – Filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike serta program realiti drama masakan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton melakar pencapaian membanggakan apabila meraih tujuh anugerah merentasi pelbagai kategori di MARKies Awards Malaysia 2026.
MARKies Awards Malaysia merupakan anugerah pemasaran dan pengiklanan berprestij yang telah berlangsung hampir dua dekad, dianjurkan oleh MARKETING-INTERACTIVE. Anugerah ini mengiktiraf kempen paling kreatif dan berkesan di Malaysia, merangkumi pelbagai kategori termasuk kreativiti, strategi media serta keberkesanan kempen yang memberi impak nyata kepada jenama.
Sehubungan itu, pengiktirafan ini menonjolkan kekuatan kempen pemasaran berteraskan penceritaan tempatan yang bukan sahaja kreatif, malah berkesan dalam menghubungkan jenama dengan penonton, peminat dan pengguna secara lebih dekat dan relevan.
Dua filem tersebut merupakan terbitan Astro Shaw yang direalisasikan melalui kolaborasi bersama rakan strategik – Kopi Wonda bagi Malam Terlarang, serta 7UP dan Mirinda untuk Abah Saya Uncle Mike. Sementara itu, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton merupakan terbitan Astro Gempak dengan kerjasama Goodday.
Antara kemenangan yang diraih termasuk,
Filem Malam Terlarang:
- Perak – Most Creative Immersive Brand Activation menerusi kempen Wonda Coffee – “Stay Strong at Malam Terlarang”
- Perak – Most Effective Use Digital menerusi kempen Wonda Coffee – “Stay Strong at Malam Terlarang”
Filem Abah Saya Uncle Mike:
- Emas – Most Creative Video menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”
- Emas – Most Effective Use Integrated Media menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”
- Perak – Most Creative Multicultural Marketing menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”
- Gangsa – Most Creative Integrated Media menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”
- Perak – Most Effective Use Events menerusi kempen Goodday – “How Goodday Was First to Turn Stories to Stalls, Driving +23% Sales”
Pencapaian ini membuktikan bahawa karya seni tempatan bukan lagi sekadar hiburan, tetapi telah berkembang menjadi platform strategik untuk jenama mencipta kolaborasi kreatif yang relevan dan berimpak dalam landskap pemasaran.
Kemenangan ini turut memperkukuh peranan Astro Shaw dan Astro Gempak sebagai rakan strategik dalam membangunkan kempen yang menggabungkan kreativiti, budaya dan pemahaman mendalam terhadap penonton, peminat, serta pengguna tempatan.







Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.