KARYA AGUNG JEPUN RANGKUL 10 ANUGERAH, "KOKUHO" BAKAL MENGGEGARKAN PAWAGAM MALAYSIA MULAI 23 JULAI INI!

Tuesday, 14 July 2026


Kuala Lumpur, 14 Julai 2026 – Susulan kejayaan fenomenalnya di Jepun, filem Kokuho yang mendapat pujian hebat daripada pengkritik akhirnya bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada 23 Julai 2026. Diarah oleh pengarah filem terkenal, Lee Sang-il, dan diadaptasi daripada novel terlaris dengan nama yang sama karya Shuichi Yoshida, Kokuho menampilkan Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama sebagai peneraju utama. 

Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat lain termasuk Mitsuki Takahata, Shinobu Terajima, Nana Mori, Takahiro Miura, Ai Mikami, Soya Kurokawa, Keitatsu Koshiyama, Masatoshi Nagase, Kyusaku Shimada, Emma Miyazawa, Ganjiro Nakamura, Min Tanaka dan Ken Watanabe.

Berlatarkan dunia Kabuki yang mempesonakan iaitu teater tradisional Jepun yang berusia berabad-abad lamanya, Kokuho mengisahkan tentang dua pemuda daripada latar belakang yang sangat berbeza yang mana kehidupan mereka saling terkait menerusi minat mendalam yang sama terhadap seni persembahan. Sedang mereka mengejar kesempurnaan di atas pentas, mereka harus mengharungi persaingan, pengorbanan, dan usaha tanpa henti demi mencapai keagungan.

Lebih daripada sekadar kisah tentang persembahan pentas, Kokuho adalah sebuah potret yang penuh emosi tentang cita-cita, identiti, dan harga yang perlu dibayar demi mengabdikan hidup kepada seni. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan, Kabuki diraikan kerana tradisinya yang kaya, kostum yang gah serta persembahan yang penuh gaya. Salah satu ciri paling ikoniknya ialah "onnagata", iaitu seni berusia berabad-abad lamanya yang mana pelakon lelaki melakonkan watak wanita dengan kejituan yang luar biasa, keanggunan serta emosi yang mendalam.

Sejak ditayangkan, Kokuho telah muncul sebagai salah satu kejayaan sinematik terbesar Jepun pada tahun ini. Filem ini mendominasi Anugerah Akademi Filem Jepun ke-49 dengan merangkul sepuluh anugerah, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Pelakon Lelaki Terbaik. Seni tata rias dan rambut luar biasa yang diilhamkan oleh Kabuki turut mendapat pencalonan untuk Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-98, sekaligus membawa keindahan budaya tradisional Jepun ke pentas global.

Menjelang tayangannya di Malaysia, keterujaan terhadap filem Kokuho terus hangat diperkatakan di media sosial. Para peminat filem meluahkan keterujaan mereka di pelbagai platform dengan komen-komen seperti, "Saya dah lama tunggu filem ni!", "Akhirnya, filem Jepun yang berkualiti tinggi datang ke Malaysia," dan "Macam tak percaya filem ni ditayangkan di Malaysia!" Sambutan yang luar biasa ini mencerminkan semangat yang tinggi dalam kalangan peminat terhadap karya agung sinematik yang sangat dinanti-nantikan ini.

Diedarkan oleh Primeworks Studios, Kokuho bakal ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh Malaysia mulai 23 Julai 2026. Para peminat juga berpeluang untuk menonton filem ini lebih awal sebelum tayangan rasmi melalui peraduan di akaun media sosial rasmi Primeworks Studios. Untuk perkembangan terkini, ikuti Primeworks Studios di Facebook (@Primeworks Studios - Film), Instagram (primeworksstudios.film) and TikTok (@Primeworks Studios Film).

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.