8TV JASMINE PROJECT LOVE MUSIM 3 MENERUSKAN LEGASI PENCERITAAN KOMUNITI YANG BERIMPAK

Friday, 10 July 2026

Kuala Lumpur, 10 Julai 2026 – Jasmine Project Love Musim Ketiga di  8TV telah melabuhkan tirainya secara rasmi menerusi sebuah Majlis Apresiasi, sekali gus menutup satu lagi musim yang terus mengangkat kisah-kisah sebenar dari akar umbi untuk penonton di seluruh Malaysia. 

Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food, program CSR ini merangkumi 24 episod, yang mengikuti perjalanan para hos seperti Owen Yap, Chan Wei Wei, Tan Chia Yong, Desmond Tey, Jan Chin dan Soh Chin Chuan ke pelbagai negeri di Malaysia untuk mendekati keluarga yang berdepan cabaran, mendengar sendiri kisah mereka, dan merakam kisah hidup yang dilalui. 

Sokongan penonton terhadap musim ini terus dizahirkan menerusi 8TV Project Love Fund, sebuah inisiatif di bawah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP. Melalui dana tersebut, sebanyak RM192,000 telah diperuntukkan bagi membantu 24 keluarga yang dipaparkan dalam musim ini, dengan setiap keluarga menerima bantuan berjumlah RM8,000. Program ini juga terus mendapat perhatian penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi kisah-kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. 

Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar by IHG, majlis ini menghimpunkan peserta program, pertubuhan kebajikan, barisan hos, rakan kerjasama dan wakil media dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna. 

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Datuk Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad; Puan Farah Shamsudin, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Agency Solutions; Puan Crystal Lee, Pengarah Jualan & Kerjasama Strategik, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Wong Yee Lee, Ketua 8TV; Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food; Puan Kow Ai Nah, Ketua Pemasaran, Jasmine Food serta Encik Farhan Hafetz, Ketua Pembangunan Perniagaan, Tradewinds (M) Sdn. Bhd.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan di sebalik tabir, satu sesi penyampaian sijil turut diadakan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program ini. Antaranya termasuklah Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Dan Jagaan Malaysia, Rumah Charis, Tasputra Perkim, ORKIDS (Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor) , Persatuan Rumah Caring Kajang Selangor, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, CCEP Foundation dan Pertubuhan Makanan Kebahagiaan (Blisstifood).

Bagi yang ingin melihat semula kisah-kisah menyentuh hati daripada musim ini, anda boleh strim Jasmine Project Love Musim Ketiga di platform Tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program menarik 8TV, layari Facebook rasmi kami: 8TVbadukongjian dan laman Instagram @8tvmalaysia atau lihat kami di Tonton, myFreeview CH108, Astro CH148, unifi CH108.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.