Peminat muzik, siap sedia!🎶
Buat julung kalinya sempena AJL40, Muzik Lab diperkenalkan sebagai Hab Kreatif AJL40 yang membuka ruang kepada peminat untuk menyelami kisah, inspirasi dan pengalaman di sebalik industri muzik Malaysia.
Dibawakan khas oleh McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia, Muzik Lab menampilkan sesi perkongsian bersama artis dan penggiat industri, persembahan secara langsung serta pengalaman eksklusif buat Mekdi Superfans menerusi sesi Meet & Greet bersama barisan artis.
Amir Masdi, Ziana Zain, Shila Amzah dan Khai Bahar antara nama yang bakal memeriahkan acara ini, dengan lebih ramai lagi akan diumumkan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia muzik dengan lebih dekat hujung minggu ini!
📅11 Julai 2026 (Sabtu)
🕑2.00 petang - 6.00 petang
📍McDonald’s Pantai Sentral Park DT
Rasai muzik, alami ceritanya.
#AJL40 #MuzikLab #McD #RMHCMalaysia


Punya lama tak layan AJL, tau-tau nak final ekkk hahahaha
ReplyDelete