PEWARIS SUSUK KINI DI TONTON!

Thursday, 16 July 2026

PEWARIS SUSUK KINI DI TONTON! | Lebih mudah, lebih fleksibel dan lebih mendebarkan, strim sekarang dengan hanya RM12!

Tonton terus memperkukuhkan penawaran Transactional Video-On-Demand (TVOD) dengan membawakan Pewaris Susuk sebagai filem kedua yang ditawarkan di platform tersebut. Kehadiran Pewaris Susuk sekali lagi membuka peluang kepada penonton untuk menikmati pengalaman tayangan filem premium dari keselesaan rumah, sekali gus memberi definisi baharu kepada konsep home cinema.

Dengan hanya RM12, penonton kini boleh menyaksikan Pewaris Susuk secara eksklusif di Tonton. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Tonton dalam memperluaskan akses kepada filem-filem tempatan berkualiti menerusi TVOD, dengan lebih banyak judul menarik dijangka menyusul pada masa akan datang.

Menggabungkan elemen seram, misteri dan thriller psikologi, Pewaris Susuk mengisahkan sebuah legasi hitam yang diwarisi turun-temurun apabila rahsia silam mula terbongkar, sekali gus mencetuskan pelbagai kejadian ngeri yang menghantui sebuah keluarga. Mampukah mereka memutuskan sumpahan yang telah sekian lama membelenggu, atau adakah warisan itu akan terus menuntut korban?

Diarahkan oleh Faizal Nadxaman berdasarkan skrip nukilan Naza Manas, Pewaris Susuk menampilkan lakonan mantap Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Rosyam Nor serta barisan pelakon hebat lain. Sarat dengan debaran, konflik emosi dan pelbagai kejutan yang tidak dijangka, filem bergenre horror thriller ini menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan dan pasti membuatkan penonton terpaku sehingga ke babak terakhir.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.