Kuching, 10 Julai 2026 - Warga Sarawak bersiap sedia untuk merasai kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia! Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan kini kembali menemui pengunjung di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Sarawak selama tiga hari berturut-turut bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad). KJH telah memasuki tahun yang ke-23 dan telah diiktiraf sebagai “LONGEST RUNNING OUTDOOR CARNIVAL” oleh The Malaysia Book Of Records. Acara padang yang menampilkan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan bertujuan menjadi suatu tempat beriadah seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat dan meraikan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.
Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan diadakan dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama pelbagai agensi di bawah naungan kementerian menerusi pelbagai pameran, aktiviti dan inisiatif yang disediakan sepanjang karnival.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah, hiburan dan pertandingan menarik seperti Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, Kids Colouring Contest, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, Zumba Challenge, Jom Lokal Jam serta kemuncak yang dinanti-nantikan, Konsert Jom Heboh pada malam Sabtu dan Ahad.
Antara barisan personaliti Media Prima yang turut hadir termasuk Shafiq Adnan, Afrina Romzi, Fahiz Ariff, Fadzly Fuad, Hanif Miswan, Haniff Hot FM dan Kieran KoolFM. Mereka bukan sahaja akan membuat kemunculan di pelbagai segmen interaktif, malah turut beramah mesra dengan para peminat sepanjang karnival berlangsung.
Selain itu, pengunjung bakal diserikan dengan sesi Meet & Greet yang lebih meriah dan penuh keterujaan bersama barisan selebriti dan pelakon popular seperti Ariana Yusof, Cristina Suzanne, Chacha Maembong, Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Nasuha Sulaiman dan Zairi Aziz.
Tidak ketinggalan, selain reruai di bawah naungan Media Prima, reruai agensi-agensi dibawah MTCP dan juga reruai usahawan-usawahan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) lain turut menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik untuk para pengunjung! Antara jenama lain yang turut serta ialah GRAB yang akan menawarkan kod diskaun untuk kemudahan penggunaan e-hailing, KWSP, GPR Cookies, Ayam Dindings, Pawada, CelcomDigi, Weststar Maxus dan banyak lagi jenama dan produk terkenal! Lebih menarik lagi, anda sekeluarga boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral.
New Straits TImes Press (NSTP)
Tahun ini, booth New Straits Times Press (NSTP) tampil lebih meriah dengan Dunia Kreatif NSTP, sebuah reruai interaktif untuk pengalaman keluarga yang menggabungkan kreativiti, literasi media dan aktiviti secara langsung. Reruai ini menjadi ruang untuk pengunjung, terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa, merasai sendiri dunia kewartawanan dan seni dengan cara yang lebih dekat dan interaktif.
Antara tarikan utama yang disediakan termasuk Pertandingan Mewarna sebagai platform ekspresi diri bagi mengasah bakat si cilik, serta Sesi Seni Kraf & Origami interaktif yang menguji kemahiran seni dan fokus seisi keluarga menggunakan bahan kitar semula. Pengunjung juga berpeluang merakam kenangan manis di Photobooth Muka Depan NSTP untuk menjadi “headline” hari tersebut lengkap dengan cetakan foto segera sebagai cenderamata eksklusif, di samping menikmati sudut hiburan digital dan e-sukan menerusi Ruang Permainan Konsol yang memikat hati pelbagai peringkat usia.
Jom Heboh Fun Run
Selepas sambutan yang menggalakkan pada edisi sulung tahun lalu, Jom Heboh Fun Run kembali buat kali kedua dengan pengalaman yang lebih meriah dan penuh ganjaran sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan. Para peserta bukan sahaja berpeluang membawa pulang medal finisher eksklusif buat julung kalinya, malah turut menerima jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif dan goodies yang menarik!. Tahun ini, larian turut diperluaskan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 8KM. Bagi menggalakkan penyertaan seisi keluarga, Jom Heboh Fun Run turut memperkenalkan Pakej Keluarga eksklusif bagi kategori 5KM, yang menawarkan kadar istimewa untuk penyertaan empat (4) orang dalam satu pendaftaran. Lebih mengujakan, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik menanti para peserta, selain kemeriahan bersama personaliti Media Prima serta artis antaranya Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan ramai lagi selebriti yang bakal memeriahkan acara ini.
Konsert Jom Heboh
Kemuncak acara pastinya Konsert Jom Heboh, yang bakal menggamatkan suasana malam Sabtu dan Ahad. Konsert malam pertama (1 Ogos 2026, Sabtu) bakal menampilkan persembahan hebat daripada Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan Kristal X. Malam kedua (2 Ogos 2026, Ahad) pula dimeriahkan oleh barisan artis popular antaranya Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan bersama lebih ramai lagi penghibur yang bakal memeriahkan pentas, sekali gus menutup tirai karnival dengan persembahan penuh bertenaga, sarat pesona dan warna hiburan tersendiri.
Love Food Fest
Turut menampilkan pelbagai zon gaya hidup termasuk pesta makanan yang menghimpunkan vendor makanan viral dan tempatan, ruang interaktif keluarga di samping aktiviti komuniti yang memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pengunjung.
Penganjuran KJH terus mengekalkan reputasinya sebagai platform komuniti yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan kehadiran purata lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi. Dengan gabungan hiburan, gaya hidup dan perkhidmatan rakyat, edisi kali ini dijangka memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada para pengunjung.
Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan tahun ini menjanjikan pengalaman yang menyatukan hiburan, gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dalam satu acara mega yang tidak wajar dilepaskan. Sertai ribuan pengunjung di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Sarawak dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad) dan alami sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di KJH!
Gunakan tanda pagar rasmi kami #JomHeboh, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHSarawak untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.