Pengarah: Etienne Caesar, Dono Pradana
Penulis Skrip: Nuugro Agung
Pelakon: Ardit Erwandha, Yono Bakrie, Benidictus Siregar, Yoriko Angeline, Nunung, Arief Didu, Firza Valaza, Ence Bagus
Syarikat Produksi: Cahaya Pictures
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan: 13 November 2025 (Indonesia), 25 Disember 2025 (Malaysia), 26 Mac 2026 (Netflix)
Trailer:
Kisah bermula dengan Anto (Ardit Erwandha), seorang pekerja di warung milik Pak Slamet (Insan Nur Akbar) buntu mencari duit sebanyak 150 juta rupiah dalam masa sebulan kerana ingin berkahwin dengan kekasih hatinya, Andini (Yoriko Angeline). Indra (Benidictus Siregar) mencadangkan agar mereka bertiga menjual sate kepada hantu kerana duit yang diberikan sangat lumayan. Dia juga terjerat dengan hutang sebanyak 85 juta rupiah gara-gara scammers online.
Dimas (Yono Bakrie) mempunyai jiran yang menjual daging sate gagak lalu mereka membelinya dengan harga yang mahal. Malangnya hari pertama gagal kerana mereka masih berpakaian. Kata Indra, ritual menjual sate gagak harus dilakukan secara bogel supaya semua mahluk menganggap si penjual adalah orang dari alam ghaib juga.
Keesokannya mereka bertiga menjual sate di tanah kubur kerana lebih ramai hantu. Genderuo datang membeli tapi dia komen tak sedap. Wang yang diberikan oleh makhluk tersebut agak lumayan untuk mereka membeli bahan rencah untuk diperap dengan sate gagak.
Kali ketiga, mereka memilih bangunan usang yang mempunyai kisah angker yang tersendiri. Mereka menjual sate gagak sebatang sebanyak 100 juta rupiah dan jualan mereka habis pada malam tersebut. Wang yang mereka dapat juga cukup untuk mereka bertiga lunaskan kehendak masing-masing.
Awalnya semua berjalan seperti yang mereka inginkan namun lama-kelamaan Anto diganggu oleh hantu yang tak puas hati tak dapat makan sate gagak.
Idea menjalankan bisnes dalam filem Pesugihan Sate Gagak merupakan idea yang menarik dan menghiburkan diangkat dari masyarakat Jawa pada separuh masa pertama. Filem arahan Etienne Caesar dan Dono Pradana tampil dengan watak-watak utama yang terdesak dengan kehidupan masing-masing.
Kalau Anto dengan masalah kahwin, Indra tertipu dengan scammers, Dimas pula stress dengan kehendak ibu dia. Masalah-masalah yang mudah sangat connect dengan penonton dan tak hairan lah dengan mudah kita rasa senang tengok mereka jadi orang kaya baru.
Terhibur tengok ragam hantu yang datang sebagai pelanggan terutamanya genderuwo. Betul-betul pelanggan setia, dari sate gagak tak sedap dah muncul sampai datang berulang kali untuk beli sate gagak. Dia antara punca sate gagak habis cepat.
Masa tengok poster filem ingatkan tiga sekawan ni buat sendiri daging sate gagak tapi tak sangka ada pembekal. Kalau ada supply, mesti demand pun tinggi maksudnya ada juga orang lain di kampung tu yang terlibat dengan pesugihan sate gagak untuk cepat kaya. Tapi pengarah tak kembangkan pun dan fokus sepenuhnya pada Anto, Indra dan Dimas.
Masuk second half dah bermula gangguan-gangguan aneh yang berlaku dalam hidup mereka bertiga. Sama seperti mana-mana ritual yang dilakukan dengan mahkluk ghaib, ianya pasti akan berakhir dengan musibah. Cumanya babak seram tu tak lah menakutkan pun, geng hantu yang munculkan diri minta sate.
Elemen komedi not bad lah sebab karakter watak utama memang kelakar tapi kalau dari dialog atau punchline, tak ada pun yang keluar dari kebiasaan filem Indonesia. Tak faham kenapa penjual sate gagak kena berbogel untuk pastikan hantu tahu mereka dari alam ghaib padahal semua hantu yang datang elok bertutup. Genderuwo pun pakai seluar, Pontianak dengan baju dia tapi paling murni mestilah hantu pocong, bertutup dari atas sampai ke bawah.
Babak romantik antara Anto dengan Andini pun comel ditonton tapi chemistry dari kedua-dua pelakon ni tak lah kuat sangat. Kira okay lah untuk penyedap cerita sahaja sebab kisah mereka berdua tak lah diberi fokus walaupun konflik mereka adalah punca kenapa Anto terjebak dengan pesugihan. Sayang juga watak Abah Budi (Firza Valaza) tak dapat ruang yang banyak padahal dia ada potensi sebagai watak yang misteri dan kelakar.
Filem Pesugihan Sate Gagak boleh jadi naskhah yang lebih menarik kalau Risau pula ada yang berminat untuk jual sate gagak untuk dapat duit yang lumayan sebab gangguan yang minimal, sama juga akibat yang dialami oleh ketiga-tiga watak utama.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.