Penulis: Shield Sahran
Penerbit: JIWA
Helaian: 219 mukasurat / 22 bab
Genre: Psikologi / Thriller
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – April 2026
Harga: RM 35 (Semenanjung Malaysia), RM 38 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
Bayangkan hidup tanpa satu tahun dalam ingatan.
Bagi Sirru, tahun 1999 tidak pernah wujud — sebuah lohong hitam di kalendar jiwanya.
Itulah pegangan Sirru, hinggalah dia berpindah dan bertugas sebagai pembantu di sebuah kedai buku lama.
Peristiwa demi peristiwa yang berlalu akhirnya menunjukkan sesuatu: bahawa 1999 adalah tahun trauma yang ngeri, yang dikubur dalam-dalam tanpa disedari.
Apakah yang terjadi pada 1999? Berjayakah Tria, sahabat Sirru membantunya mengingati masa lalu?
Temukan jawapannya dalam naskhah psikologi thriller yang menggoncang realiti dalam tahun yang hilang — 1999.
Review:
Novel 1999: Tahun Yang Hilang adalah novel terbitan JIWA yang kedua I baca untuk tahun ni selepas Bintang Tanpa Nama (2024). Semangat beli buku ni sebab genre dia psikologi thriller which is one of my favorite genre. Kedua sebab promoter JIWA kata cerita dia best. Tak sepatutnya I percaya cakap promoter sebab itu kerja dia. Nak berpandukan review pun tak boleh sebab novel ni jual masa PBAKL 2026. Fresh from the oven.
Kisah Sirru yang hilang ingatan gara-gara insiden yang berlaku pada tahun 1999 masa umur dia 9 tahun sebenarnya menarik. Dia pergi ke pekan kecil selepas burnout bekerja di bidang editorial yang mempunyai toxic working environment. Dekat sana dia bekerja sebagai pembantu am di sebuah kedai buku. Majikan dia minta dia kemaskan stor sampai dia ternampak kalendar tahun 1999 kemudian dia baru perasan yang tahun 1999 tu wujud.
Dekat sini macam skeptikal juga lah dengan watak Sirru sebab dia pertikaikan kewujudan tahun 1999. Kalau dia perasan yang dia tak ada memori pada tahun tersebut, I boleh terima tapi bila dia kata tak wujud, nampak dia dangkal.
Pembacaan ambil masa yang lama untuk habiskan satu novel sebab jalan cerita yang mendatar dan membosankan. Perwatakan Sirru yang pasif bukan sesuatu yang menarik untuk dijadikan watak utama untuk genre thriller. Sekeliling dia pun jadi pasif sebab itu adalah perspektif dia. I cuba nak faham yang mental dia terganggu tapi untuk semua perkara jadi negatif di mata dia amatlah membebankan mood.
Banyak kali juga berhenti baca novel 1999: Tahun Yang Hilang ni tapi tetap habiskan juga memandangkan cuma 219 mukasurat. Patutnya dua hari dah boleh habis tapi I ambil masa dua bulan lebih. Lega sangat bila dah baca babak akhir.
Dari awal I assume yang pekan kecil tu adalah latar tempat dalam sesi rawatan Sirru bersama Tria jadi tak mustahil lah dia berjumpa dengan Wadi yang tinggal di rumah asuhan. Make sense lah kenapa dia boleh bekerja di kedai buku dan jumpa banyak koleksi dokumen dari tahun 1999 sebab tengah dihipnosis balik semula ke tahun yang mengerikan tu. Malangnya jangkaan tu meleset teruk. Dah la meleweh dari awal cerita, bila ke hujung cerita penulis dah rushing nak habiskan lepastu tak masuk akal.
Ada elemen plot twist yang dimasukkan tapi merepek dan tak terkejut pun sebab dah tahu watak Tria tu memang ada kaitan dengan Sirru sebab banyak kali dia cuba untuk berbual tapi Sirru menyampah tengok mata malas dia.
"Aku pun ada masa silam yang aku tak suka ingat balik. Bersyukurlah kau diberi kesempatan untuk lupa dalam tempoh yang lama. Lupa itu berkat." - Tria
Elemen thriller wujud pada jenayah haram yang berlaku di rumah asuhan tapi disebabkan watak Sirru seorang yang pasif dan lengai, hilang dah saspens atau thriller. Penat nak baca kata hati Sirru sama ada nak bertindak atau nak berdiam diri. Itu belum masuk pengulangan yang banyak padahal penulis kembangkan banyak babak lain.
Lepas dua kali lemau baca cerita dari JIWA, mungkin tak akan beli dah karya dari penerbit ni. Mungkin sesuai dengan jiwa orang lain tapi bukan jiwa saya.
1. Author +0.5, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.3, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.3 = 2.2/5
.jpg)
.jpg)


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.