Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Book Review | Di Antara Logik (2015)

Friday, 21 April 2023

Penulis: Faten Anur

Penerbit: Lejen Press

Helaian : 242 mukasurat / 28 bab

Genre : Seram

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Julai 2015

Harga : RM 20 (Semenanjung Malaysia)

Sinopsis:

Luna ceritakan tentang satu kisah. Kisah yang bukan sekadar 'urban legend'. Tapi kisah yang meniti dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.

Dan mereka tersilap langkah. Mereka telah menyeru DIA tanpa disedari. Roh itu kembali-memburu setiap seorang daripada mereka.

Semua yang berlaku kemudian langsung tidak masuk akal lagi. Semuanya DI ANTARA LOGIK.


"Kau memang wujud?"

"Aku wujud kerana kau yang inginkan aku..."

Review: 

Di Antara Logik yang berlatarkan kehidupan pelajar kolej, Luna, Jessy dan Andy yang suka bercerita tentang kisah seram. Watak Luna juga merupakan watak yang nakal dan sentiasa mempunyai idea untuk mengusik rakan sekelas ataupun kawan baiknya, Jessy dan Andy. Kerana kenakalan dia juga, tak ramai yang suka berkawan dengan Luna selain mulut dia yang straight-forward dan pedas. 

Selepas satu insiden yang berlaku di biliknya, Luna mengajak Jessy dan Andy untuk menumpang tidur di butik kepunyaan kakaknya, Jojo yang terletak di Ampang. Luna tak gemar sangat masuk ke butik Jojo kerana patung mannequin yang menyeramkan. Dah datang ke situ takkan nak balik pula ke asrama, dia pun dah terlanjur bagitahu nak tolong Jojo di butik. 

Di butik tersebut dia sentiasa diganggu oleh perempuan berkebaya putih yang mengerikan. Ada kalanya dia mendengar suara memanggil atau barang terjatuh. Yang pastinya dia sentiasa nampak patung mannequin di butik tersebut merenung tajam. 

Sebelum mereka berempat diganggu di butik tersebut, Luna ada bercerita tentang kisah seram rural legend yang wujud di kampungnya. Kisah tentang Dayang Nirmala yang dibunuh dengan kejam oleh adiknya, Citra Kirana. Sebelum meninggal, Dayang Nirmala sempat bersumpah akan menghantui hidup sesiapa saja yang menyerunya. Lama juga penduduk kampung hidup dalam ketakutan kerana roh Dayang Nirmala yang selalu mengganggu di waktu malam. 

Luna asalnya tak berniat untuk menyeru roh Dayang Nirmala tapi dek kerana rasa tercabar oleh kata-kata Andy, dia langar juga pantang larang neneknya. Luna anggap cerita tu cuma dongeng semata lagipun mereka sudah berada di zaman moden, tak mungkin lah roh Dayang Nirmala tu wujud. Luna pernah nyanyi lagu Lingsir Wengi tapi tak ada pulak Pontianak datang berdamping. 

Nasi dah menjadi bubur, sebaik saja Luna habis menyanyi, mereka berempat diganggu oleh roh Dayang Nirmala. Yang pelinya kenapa mereka berempat diganggu dengan teruk sedangkan hanya Luna yang menyanyi lagu tersebut? Lari lah ke mana pun, makhluk seram tu tetap mengekori mereka semua.

Tak lama pun nak habiskan novel Di Antara Logik ni sebab jalan cerita dia menarik dan segar. Tak pernah lagi dengar kewujudan kisah seram Dayang Nirmala. Tengok gaya penulis Faten Anur yang sampai ke penghujung novel tak dedahkaan langsung lirik lagu kegemaran makhluk mistik tu, I assume kisah urban legend ni memang wujud di kampung Luna. Lagipun dekat biodata penulis, dia memang letak pengalaman dia sendiri dalam karyanya. Sebab tu la kot rasa seram setiap kali penulis ceritakan pengalaman Luna diganggu dengan terperinci. 

Yang tak syoknya bila baca naskhah Di Antara Logik terbitan Lejen Press ni bila gaya bahasa penulis yang menjengkelkan. Penulis nampak keliru sama ada nak guna bahasa pasar ataupun bahasa baku. Rasanya penerbit indie macam Lejen Press ni jenis relaks je bab gaya bahasa. Macam tak check sebelum publish pun ye jugak sebab ada typo dan salah watak. 

Turn off bila watak Luna meroyan tak tentu hala sembang bab isu semasa ataupun hal agama. Ye Luna, kau lah yang terpaling jaga agama walaupun watak dia tak berpegang langsung pada Rukun Islam. Menyampah bila dia tiba-tiba jadi preachy dan sakit hati dengan dosa orang lain sedangkan dia pun pendosa juga. 

Disebabkan novel Di Antara Logik ni cuma ada 28 bab dengan 242 mukasurat sahaja, tak hairan lah kalau ada banyak watak yang tak dikembangkan dengan baik macam Andy, Fazil malah kisah Dayang Nirmala juga Citra Kirana. Kita tahu tujuan Pak Aki Jeman tapi tak tahu apa pantang larang tangkal yang diciptanya. 

Kalau ada drama atau filem yang nak ambil idea dari naskhah Di Antara Logik ni hopefully skrip tu ditambah baik dan tak ikut sepenuhnya dari novel ni. Percubaan yang baik dan menarik cuma perlu ditambah baik lagi. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.4 = 3/5 

Book Review | Kala Runtuh Seluruhnya (2021)

Monday, 6 February 2023


 Penulis : Fiy Suri

Penerbit : Iman Publication

Helaian : 422 mukasurat / 38 bab

Genre : Drama

Tarikh Cetakan : Mac 2021 (Cetakan Pertama)

Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

"...I'm sorry, but I'm afraid you can never do snowboarding again."

Hud terduduk.

Akibat kemalangan yang menimpa, minat dan kecintaannya pada meluncur salji - bahkan seluruh hidupnya, punah! Tak pernah dia sangka, atlet Olimpik sepertinya terpaksa bersara seawal usia 25 tahun.

Sikap Hud terus berubah menjadi dingin, sehinggalah pertemuannya dengan keluarga Our time memberikan cahaya yang baharu dalam hidupnya. Terutamanya kehadiran Inara, barista girang yang juga menghidap 'invisible illness' sepertinya. 

Namun ketika Hud mula sedia berdepan dengan kenyataan, dia sekali lagi diuji hebat dengan kehilangan. Kali ini jiwanya langsung mati. 

Review: 

Lepas 3 buah buku baca dari publication Iman ni terus rasa tertarik untuk baca karya yang lain pula. Kali ni tentang kisah kehidupan Hud, seorang snowboarder muda yang mengalami ujian berat dalam hidupnya. Hud menetap di Kanada sejak kecil lantas menjadikan minat dia sebagai kerjaya dan mewakili negara Malaysia. 

Hidup Hud cuma ada keluarga, kawan baiknya, Ben dan juga snowboarding. Selain itu, dia tak pernah ambil peduli. Namun bila kemalangan sehingga doktor sarankan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam snowboarding, Hud hilang arah tuju. Dia jauhkan diri dari Ben dan juga keluarganya. Entah berapa kali Puan Mardhiah menangis dalam pelukan Encik Azad kerana perubahan mendadak anak sulungnya. 

Akhirnya Hud bawa diri ke Malaysia dan habiskan masa di café Our Time sampai dia tergerak hati untuk bekerja di sana hanya kerana Inara yang berjay curi hati dia dalam diam. Dekat Our Time Hud banyak belajar tentang ujian tuhan dan juga kehidupan. Banyak lah kata semangat dan nasihat buat Hud dan juga yang membaca ni. 

"You're not alone, Hud. Because Allah is always with you even when no one else is. The only thing you must have in Him is faith. The question is, 'do you trust Him?' Place your hand on your heart and ask yourself, 'do you'?" - Inara

Karya penulisan Fiy Suri lebih kurang sama dengan Hlovate. Dulu masa zaman sekolah I selalu baca novel Hlovate jadi tak hairan lah sekarang dah mula muncul penulis yang mengikut rentak penulis terkenal tersebut. 

Boleh nampak Fiy Suri buat kajian mendalam tentang sukan snowboarder sampai kita rasa seronok baca tentang pertandingan atau ulasan dari pengulas sukan yang sedia maklum tentang teknik snowboarding. Sama juga dengan invisible illness yang jarang diceritakan oleh pesakit. Mungkin ada tapi I belum come across dengan golongan tersebut. 

'Ada hal yang akan buat kita jatuh dulu, supaya kita dapat belajar untuk bangkit semula dan jadi tabah. That's how we learn how to live in this dunya.'

Tapi bila masuk dekat Bahagian 2 novel ni mula meleret lah dengan ujian berat sekali lagi. It is predictable and typical drama genre lah. Mungkin sebab dah happy Hud dapat hidup dia balik tapi ujian datang lagi seolah-olah dunia ni tak nak Hud main snowboard dah. Memandangkan cerita ini fiksyen, rasa lemas baca drama seperti sinetron. 

Perkembangan watak untuk Hud diberikan tumpuan yang lebih sementara Inara pula masih ada yang tak terjawab. Kyle pun ada lagi rahsia dia yang belum diceritakan habis. Mungkin Fiy nak buat spin-off tentang Kyle pula sebab dia pun ada kisah hidup yang menarik dan menjadi inspirasi buat keluarga Our Time dan Hud. 

Perbualan Inara dengan Hud pun kadang terasa seperti copy paste ayat Google sebab lenggok dia tak macam cara kita menyembang seharian. Mungkin I dah selesa dengan Manglish but this is just my personal opinion. I still enjoy reading this book. 

Satu lagi novel di bawah Iman Publication yang masuk dalam koleksi bacaan. Kalau auni Zainal suka letak lagu BTOB dalam playlist, Fiy Suri pula banyak lagu Yuna yang soft dan bersifat healing. Thank you Fiy for this story. 

1. Author +1, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.5/5

Book Review | Mawaddah Ilmi Ingin Pulang (2021)

Tuesday, 1 November 2022

Penulis : Auni Zainal

Penerbit : Iman Publication

Helaian : 513 mukasurat / 44 bab

Genre : Drama

Tarikh Cetakan : Mac 2021 (Cetakan Pertama)

Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Dia diam apabila marah

Dia diam apabila sedih 

Dia diam apabila kecewa

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga. 

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia diamlukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi. 

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang dapat diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri. 

Review: 

Novel ketiga nukilan Auni Zainal I baca tahun ni dan tak sangka langsung berjaya habiskan novel tebal yang diterbitkan oleh Iman Publication. Walaupun 513 mukasurat sahaja tapi tulisan dia kecil jadi ambil masa selama seminggu untuk habiskan. 

Novel Mawaddah Ilmi bertemakan kesihatan mental yang dialami Mawaddah bila dia menjerumuskan diri dalam kemurungan hinggakan dia perlukan bantuan Dr. Afnani untuk kembali sihat. Sakinah, adiknya sentiasa pujuk Mawaddah untuk pulang jenguk mak di kampung. Lepas apa yang berlaku di zaman persekolahannya, Mawaddah rasa sukar untuk buka hati untuk bercakap dengan mak. 

Tambah pula selepas dia bercerai dengan Najwan dan tidak mampu untuk menjaga anak perempuannya, Najah. Dia perlu dirawat jika dia ingin masuk syurga yang diidamkan tapi layak kah Mawaddah yang penuh dosa pergi ke sana? 

Mawaddah adalah seorang penulis freelance di Tapir House yang ditadbir oleh Iffat Rusyaidi, juga salah seorang penulis di syarikat penerbitan tersebut. Semakin kerap Mawaddah berjumpa Iffat, semakin banyak dia belajar untuk buka hati dengan memafkan. Senang untuk relate dengan Mawaddah kerana sudut mental health dan pemikiran Mawaddah tu sama. Dia rasa dia kena seksa diri dia dan rasa worthless walaupun di mata Iffat, Mawaddah adalah segalanya. 

Suka semua sesi Mawaddah dengan Dr. Afnani sebab I pun boleh belajar benda yang sama walaupun sesi ni tak banyak memandangkan Mawaddah takut untuk berjumpa. Sungguhpun begitu, sesi mereka padat dengan jawapan yang dicari. 

“Kita selalu terjemah apa yang ada dalam jiwa kita kepada bentuk fizikal, untuk kita faham apa yang berlaku. Sebab ia boleh dilihat dengan jelas, boleh dibetulkan, boleh nampak solusi. Kadang-kadang kita tak pasti apa perasaan kita, jadi kita pantulkan perasaan tu pada benda fizikal. Pada gambar, rumah, sofa… Cuma mungkin kita terlalu pantul semuanya pada perkara fizikal sampai kita lupa benda yang paling utama, asasnya, akarnya, ada di sini… (jantungnya) dan di sini…. (kepalanya)’ – Dr. Afnani

Penulisan Auni Zainal tidak lah terarah pada cinta Islamik, biasa saja namun berjaya bawa kita sentiasa muhasabah diri dan tingkatkan iman dengan percaya pada keesaan Allah. Kisah cinta Mawaddah dengan Iffat pun tidaklah mendalam kerana mereka cuma berkawan dan banyak simpan dalam hati tanpa meluahkan. 

Ada kejutan yang boleh ditebak dan ada juga kejutan yang berjaya buat I terkejut. Kisah Mawaddah ni tak ada banyak watak walaupun tebal sebab tu boleh baca sikit-sikit. Banyak stop bukan sebab tak best tapi sebab tak ada banyak masa untuk baca. I baca sebelum tidur so kalau terlajak baca walaupun ada benda syok menunggu di bab sebelah tetap terpaksa juga berhenti untuk tidur. 

To be honest dekat belakang memang banyak drag dengan monolog dan drama cliché dari Mawaddah dan banyak skip sebab malas nak baca benda meleweh. Ada juga momen yang I rasa Mawaddah terlampau berlembut sampaikan orang pijak kepala, mungkin sebab nak highlight persona Iffat sebagai hero di mata Mawaddah. Tapi nak salahkan Mawaddah pun tak boleh juga sebab dia dah bagitahu awal-awal yang dia memang lebih senang untuk berdiam diri dan bersembunyi.

'Dan begitulah tabiat harapan. Harapan tidak pernah mati. Harapan mampu memberikan kekuatan kepada manusia sepanjang hayat mereka. Disebabkan itu ada manusia yang tidak sanggup merealisasikan harapan kerana realiti meletakkan harapan kepada risiko. Realiti hanyalah untuk orang-orang yang berani.' - Auni Zainal

Anyway, I syak Auni Zainal adalah Melody sebab playlist Bora Café Saturday Playlist ada banyak lagu BTOB hshshs. I enjoy the playlist so much 😊

1. Author +1, 2.Plot +0.6, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 4/5

Book Review | Life Baggage

Sunday, 21 February 2021

Penulis :  Syaz Eym

Penerbit :  Santai Ilmu Publication

Helaian :  251 mukasurat/  3 kisah

Genre : Drama

Tarikh Cetakan :  Cetakan Pertama – Januari 2021

Harga :  RM30.00

Sinopsis : 

Review : 

 Finally I finish my first book for 2021! Yeayyy for that. 

Nampak buku ni dekat blog penulis sendiri, Syaz Rahim masa blogwalking. Sebelum ni blogger Syaz Rahim dah banyak berkongsi cerpen dekat blog dia. Bila dibukukan ni lain macam sikit feel dia and safe to say, I’ve found another favorite author. 

Dalam novel Life Baggage ni ada 3 kisah tapi tak sama ketebalan setiap kisah. Kisah 1 dan 2 cuma cerpen pendek dengan plot twist menarik. Kisah 3 bermula dari muka surat 35 sehingga 251 dengan penceritaan yang bersilih ganti situasi dan watak-watak utama. 

Kisah 1 menceritakan tentang Shah yang diculik dalam perjalanan ke temuduga untuk jawatan kosong setelah tamat pengajian. So throughout the story, penulis buat kita curious nak tahu apa motif penculikan sebab ikutkan dari cerita Shah tak ada salah ataupun dosa yang dia buat pun. 

Kisah 2 pula bila menceritakan pergolakan hubungan suami isteri gara-gara fitnah dari orang sepejabat. Kesian sangat dengan watak Leyha sebab jadi mangsa dengan cemburu buta si suami dan serkap jarang si pemfitnah. 

Kisah 3 tentang Hatim yang menumpang di rumah Fendi selepas kawan baik dia tu bercerai dengan Jarah. Siapa sangka bercinta dari zaman sekolah tapi putus jua akhirnya. Tak sampai setahun pun berkahwin dan selepas bercerai, Jarah bercinta dengan Cecil. Fendi ambil keputusan untuk gantung diri dia dalam bilik selepas menerima kad undangan melalui Whatsapp. 

Di susur masa yang sama, Najah dan Mustaqim yang dah lama hidup dengan status Perkahwinan Jarak Jauh sampai anak perempuan mereka, Kirana dah besar mula takut dengan keadaan suami dia yang semakin susut. Najah ternampak appointment suami dia dengan pihak hospital pada tarikh sekian sekian. Dia menyesal abaikan suami dia dan lebih mementingkan kerjaya. Kawan baik dia, Yasmin pula makin menjauhkan diri walhal bekerja di hospital yang sama Mustaqim buat appointment. 

Dua kisah ni akan bertembung dan walaupun pertemuan tu sekejap sahaja tapi sarat dengan mesej hidup yang bermakna. Sarat dengan gesture yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Masa pertama kali dua watak ni bertembung dah boleh agak dah jalan cerita penulis ni nak menuju ke mana tapi tetap stay sebab nak tahu kisah mereka. 

Penceritaan penulis yang santai buatkan novel ni seronok dibaca. Kisah 1 dengan Kisah 2 tu I baca masa tunggu traffic light tukar hijau sebab pendek je. Kisah 3 dalam beberapa jam je lah sebab panjang sikit kan. Bila baca ending rasa berbunga je hati sebab peluang kedua yang datang lepas kegagalan pertama tu rasa sweet sangat. 

Ataupun boleh kata, datang dalam keadaan diri lebih bersedia dan stabil. Datang dalam keadaan yang tenang. I mean, what’s the rush kan? Buat apa yang utama dulu dalam hidup kita then just enjoy the flow. 

Masa baca tajuk life baggage dan kisah ketiga ni teringat episod Ted Mosby tarik baggage dia yang agak besar dalam series How I Met Your Mother sebab kena tinggal dekat altar. Lepas tengok episod tu I tahu tak ada manusia perfect dalam dunia. Tak ada manusia yang tak ada luggage tersendiri tapi cara dia manage, cara dia bawa, cara dia berkongsi tu sebenarnya lebih penting dalam hidup. Sama juga dengan kisah dalam novel ni. 

I love this novel and I recommend you guys to read Life Baggage as well. Worth it! 

p/s : Kisah ketiga tu kalau buat telemovie pun best jugak. Pelakon dia Usop Mentor sebab watak Hatim tu macam sama dengan karakter dia. Manis, pandai berseloroh walaupun tak sekacak Fattah Amin. 

1. Author +1, 2.Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 5/5

Book Review | Cerpen (2012)

Sunday, 8 July 2018


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 263 mukasurat/20 cerita
Genre : Pelbagai
Tarikh Cetakan : 
Cetakan Pertama - September 2012
Cetakan Kedua - November 2012
Cetakan Ketiga - Februari 2013
Cetakan Keempat – April 2013
Syarikat Cetakan : Vinlin Press Sdn Bhd 

Harga : RM 18.90

SINOPSIS


Lepas karya Gantung, upon recommendation by my friend, try baca novel Cerpen terbitan Buku Fixi ni. Cerpen ni sama dengan tajuk novel ni merupakan koleksi cerpen karya Nadia Khan semasa awal kariernya sebagai penulis. Banyak juga karya yang menang anugerah dan diterbitkan di majalah atau akhbar tempatan. Bukan setakat baca novel je, baca cerpen pun memang terhibur dengan penulisan kak Nadia ni. Unik dan menengahkan isu semasa masyarakat dengan cara dia yang tersendiri.

Dalam novel Cerpen mempunyai 20 cerpen pendek berbeza genre – sains fiksyen, sejarah, cinta, keluarga dan banyak lagi. Walaupun ada satu ataupun dua cerpen yang agak tak matang penulisannya (ni Kak Neddo sendiri mengaku okay) tapi jalan cerita boleh lagi nak layan cuma cara penulisan tu je kebudak-budakan sebab karya zaman muda saja diselitkan untuk hiburan. Boleh nampak lah yang Nadia Khan yang dulu bukan seperti sekarang. Usaha untuk baiki penulisan dan jalan cerita supaya nampak menarik dan cantik.


Nak review cerpen actually tak best sangat sebab terlampau singkat. Dekat sinopsis pun dah boleh tahu jalan cerita kan tapi antara cerpen yang boleh dipanjangkan jadi novel ialah Nasi Putih Daging Cincang, Epilog Damak, Kopi Kola, Puaka Pak Jaha, Budak Baru dan Nakahari sebab jalan cerita menarik dan kalau dipanjangkan jadi novel pun puas membaca.

Cerpen fav yang menyentuh hati ialah Kopi Tiga Suku, kisah tentang si suami yang suka minum kopi bancuhan isteri cuma 3 suku. Walau sikit macam mana pun bancuhan si isteri, suami akan tinggalkan suku. Kenapa? Kena baca sendiri. Perbuatan suami dia memang nampak pelik tapi bila tahu jawapannya boleh menangis bila baca. Maybe relate dengan life sendiri jugak kot sebab bila minum air dia mesti minum sikit sebelum kita minum tak pun dia akan suruh minum air dia sikit walaupun tak suka dengan rasa air tu.

Lagi satu cerpen Cili genre komedi. Cerpen ni tak berat pun dan plot dia cuma Pak Rabu mencari cili merah untuk Mak Yah, isterinya masak sambal nasi lemak buat berniaga esok harinya tapi perjalanan mencari cili tu agak unik sampai boleh jadi cerpen. Kalau ada yang pandai olah cerpen ni, boleh diadaptasi jadi telemovie jugak ni.

Recommended to read this novel, memang berbaloi beli sebab tak bosan baca plus cerita pula pendek je. Dalam sehari dah boleh habis baca ditambah pula dengan gaya penulisan santai kak Neddo. Tapi rasanya novel ni dah tak dijual di Buku FIXI sebab dekat website dah takde. Maybe you guys should try online if keen to read it ya :)

1. Author +1, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +1, 4.Plot +0.7, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.9 = 9.1/10