Book Review | I’m Yours (2022)

Saturday 24 June 2023

Penulis : Anna Lee

Penerbit : Prolog Media

Helaian : 383 mukasurat / 60 bab

Genre : Romantik / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2022

Harga : RM (Semenanjung Malaysia), RM (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Kerana takdir akan menemukan jalannya.

Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.

Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya.

Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut.

Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya.

Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya.   

Review: 

Happy bila baca karya Anna Lee yang membuka kisah percintaan Remi dan Soraya di sebuah kampung kecil terletak di Terengganu. Sebelum ni memang mencari kisah cinta tapi ada drama yang cringe pula. Bila jumpa I’m Yours tak ambil masa yang lama pun untuk habis. 

Dekat sinopsis penulis dah dedahkan yang watak heroin adalah janda dengan anak dua orang – Mawar berumur 17 tahun dan Jebat berusia 8 tahun. Mereka menurut untuk berpindah ke Terengganu kerana wasiat nenda Soraya yang mewariskan harta pusaka sebuah villa yang tersergam indah di persisiran pantai. 

Soraya dah pasang niat untuk jual villa tersebut dan hasilnya akan digunakan untuk teruskan hidup bersama dua orang anaknya. Malangnya wasiat tersebut mempunyai syarat di mana dia perlu berkahwin supaya Soraya kenal erti tanggungjawab. Villa itu juga tak boleh jual atau disewakan dalam tempoh 5 tahun. 

Kusut dengan syarat wasiat tersebut, Tok Salim bagi jalan keluar dengan pujuk Soraya untuk berkahwin dengan Remi. Walaupun orang kampung menyampah dengan Remi tapi di mata Tok Salim, Remi adalah manusia yang baik budi pekertinya. Sebab tu dia berani calonkan Remi mejadi suami Soraya. 

Awalnya Soraya takut juga sebab bekas suaminya, Henry jauh lebih bagus dari Remi baik dari segi rupa kacaknya, hartanya dan statusnya juga. Tapi nak buat macam mana, apa lagi pilihan yang dia ada untuk dapatkan harta yang diwariskan kepada dia. Takkan nak lepaskan kepada Maksu Rina yang tamak tu. Dia pun ada dua orang anak perlu dijaga. 

"Serah segalanya kepada DIA. Sebab semua yang berlaku ni bukan salah sesiapa. Semua ni sudah ditentukan. Sudah disusun saat roh kamu belum ditiup lagi. Cuma kamu perlu berserah, berusaha dan kemudian bertenang." - Tok Salim

Memandangkan dekat sinopsis, penulis dah bagi hint elemen misteri jadi penceritaannya ada banyak flashback dan juga berteka-teki tapi tak susah pun untuk teka plot dia macam mana. Which is good for me lah sebab nak baca something yang light je. Macam kelakar lah Soraya tak kenal siapa Remi sedangkan dia pernah obsess satu ketika dulu. Kalau Soraya tak mampu patutnya Mawar mampu. Mungkin sebenarnya kenal tapi lebih kepada in denial. Boleh je jadi macam tu. Nasib baik penulis tak letak fasa in denial tu terlampau lama sampai timbul rasa jelak. 

Selain seronok baca kisah Soraya dengan Remi, seronok juga baca macam mana Remi luangkan masa dengan Jebat. Kalau jadi Jebat memang bersyukur sangat ada ayah tiri yang pandai bertukang, memasak, berniaga, pendek kata serba-serbi sempurna. Masa baca ni terbayang Remi tu Wonwoo Seventeen ada misai dengan jambang hshshs

"Allah cipta hambanya dengan imitasi tertentu. Tak semua orang punya kelebihan dan kekurangan yang sama. Jadi Allah lebih tahu kemampuan hambanya. Dan kita, lakukan sedaya kita secara berterusan. Insya Allah, kalau sebelum ni setakat boleh berjalan saja mungkin selepas ini kita dah boleh berlari anak, lepas tu mungkin boleh maraton pula." - Remi

Kelemahan pada novel I’m Yours ni bila ada plot tak dikembangkan sangat macam kumpulan isteri yang benci sangat dengan Soraya. Mesti lah ada faktor yang kuat untuk rasa negatif tu tapi tak diceritakan langsung. Sama juga dengan watak Henry. 

Walaupun kisah I’m Yours berlatarkan kehidupan masyarakat Pantai Timur tapi tak banyak pun kelebihan demografi atau geografi yang digunakan dalam cerita romantik drama ni. Bahasa orang kampung pun tak ada slang atau loghat sana. 

Kalau ikutkan I tak minat sangat dengan bunga bahasa Anna Lee tapi okay lah untuk penceritaan santai. Tak pasti lah Prolog Media ni tak ada proof reading session ke apa sebab ada ayat yang tak kena macam ‘ikutkan hati ingat saja dia pulang’, 'rupanya awak nak suruh saja jual' ataupun ‘bibirnya mengukir tersenyum’. Dah masuk 4 novel I baca dari penerbit yang sama so boleh lah buat kesimpulan ni kan? 

1. Author +0.6, 2. Plot +0.7, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.3/5

1 comment

  1. Amani da baca rasanya novel ini.. Kak Sha je beli tapi tak baca.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.