Movie Review | OMG! Oh My Girl (2022)

Saturday 3 June 2023


Director : Thitipong Kerdtongtawee
Writer : Thitipong Kerdtongtawee, Thanaram Prameboon
Cast : Wongravee Nateetorn, Plearnpichaya Komalarajun, Pachara Chirathivat, Siwat Sirichai, Wasu Pluemsakulthai, Michael Pugh, Ploi Horwang, Napassanan Sirindasuphasiri, Panpan Yeeyee
Production Company: GDH 559 
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy
Running Time : 124 minutes
Release Date : 27 October 2022
Trailer :


Berbekalkan tagline Our feelings are never mutual...but why do I want to console her every day? mengisahkan tentang rasa cinta Guy (Wongravee Nateetorn) terhadap rakan sekelasnya, June (Plearnpichaya Komalarajun) sejak di bangku sekolah lagi. 

Silap dia cabar kawan baiknya, Phing (Michael Pugh) cuba mengorat June, tak sangka pula gadis tersebut setuju untuk jalinkan hubungan cinta. Menyesal tak sudah. Walaupun Guy bercinta dengan Patty (Thaenraj Asavalertlak) tapi hati dia tak pernah lekang dari June. Setiap kali June bergaduh dengan Phing, Guy tahu peluang dia akan muncul namun sekejap saja June dengan Phing akan berbaik semula. 


Sebaik saja masuk ke alam mahasiswa, Guy hampir saja mendapat peluang namun Pete (Pachara Chirathivat) terlebih dahulu curi hati June. Hancur punah harapan Guy sebab Pete adalah saingan yang tak akan mampu ditandingi oleh sesiapa pun. Kacak, kaya, berjiwa seni, gentleman, penyanyi, baik, pendek kata perfect. 

‘The right person at the wrong time is the wrong person. Try listening to a podcast or meditate. You might become calmer.’ – Nhoom (Thanavate Siriwattanagul)

Jalan cerita OMG! Oh My Girl arahan Thitipong Kerdtongtawee ringkas saja dan cuma berkisar pada point of view Guy kebanyakan masanya. Tak pasti kenapa Guy suka sangat dengan June, nak kata sebab cantik, Patty pun cantik juga. Nak kata sebab perwatakan yang menarik pun tak juga. Soal cinta tak akan ada perbahasan mudah. Bila hati suka, hati suka. Noktah. 


Dari sekolah menengah membawa ke zaman universiti hingga lah ke alam pekerjaan. Bukan Guy tak pernah cuba lupakan June tapi takdir tetap pertemukan mereka berdua. Dan setiap kali bertemu, setiap kali tu juga June menjadi kekasih orang lain. Filem ni jarang tunjuk dari point of view June jadi tak tahu apa keadaan hati June, apa perasaan dia terhadap Guy. Yang pastinya June senang bila Guy ada bersama. Dekat second half ada lah June bagitahu tapi bukan secara mendalam seperti Guy yang mabuk asmara dari awal lagi. Boleh kata filem ni macam Crazy Little Thing Called Love (2010) tapi fokusnya pada lelaki. 

Kekuatan filem OMG! Oh My Girl ialah pada sinematografinya yang dreamy dan aesthetical pleasing yang diadun enak bersama music score yang soft dan tenang. Dari kisah cinta yang tak berbalas tu, watak Guy berubah seiring waktu yang berjalan. Yang kekal sama ialah impian dia untuk menjadi pengarah dan juga perasaannya terhadap June. Genre kedua filem ni ialah komedi jadi kebanyakan babak diadun mengikut format tersebut. Babak simple pun boleh gelah terbahak macam babak Guy kena kutuk secara berjemaah oleh 3 orang kakak dia bila June jalinkan hubungan dengan Pete. 


Lakonan Wongravee Nateetorn sebagai watak utama tepat menzahirkan keadaan cinta tak berbalas, penyesalan dan patah hati. Lakonan dia berubah mengikut situasi, kalau hati dia rabak, ekspresi dia rabak sangat tapi dalam masa yang sama tetap kelakar. Dapat pula kawan baik yang masuk air macam Tah (Siwat Sirichai). Chemistry Wongravee dengan Plearnpichaya Komalarajun yang buatkan kita terbuai dalam episod cinta Guy dan June. Jalan dalam banjir pun bahagia kalau ditemani orang yang kita suka. 

Walaupun filem OMG! Oh My Girl sempurna dari awal hingga ke separuh akhir filem namun penghujungnya agak kejam untuk Pete. Penulis boleh reka ending yang tak buatkan Guy atau June nampak jahat sebab berpisah cara baik sebab tak serasi wujud dalam kehidupan nyata. Memang lah Guy main lead tapi Pete tak bersalah langsung pun dalam cerita ni. Sedih tengok dia sedih haihhhh go watch it on Netflix guys. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.2/10

1 comment

  1. macam tak best je ending dia, complicated juga mainan perasaan diorang ni..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.