Movie Review | Tiku Weds Sheru (2023)

Monday 26 June 2023


Director: Sai Kabir
Writer: Sai Kabir, Amit Tiwari
Cast : Nawazuddin Siddiqui, Avneet Kaur, Mukesh Bhatt, Zakir Hussain, Vipin Sharma, Rahoul, Suresh Vishwakarma, Khushi Bhardwaj, Ghanshyam Garg
Production Company: Manikarnika Films
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Time : 111 minutes
Release Date : 23 June 2023
Trailer :


Mengisahkan tentang Shiraz Khan Afghani aka Sheru (Nawazuddin Siddiqui) yang bekerja sebagai extra di Mumbai. Dia ada impian untuk jadi pelakon utama atau pengarah pada skrip filem yang ditulis sendiri tapi setelah beberapa tahun dan berpuluh ribu wang habis, keadaan dia masih lagi sama. Sheru berketurunan diraja namun mempunyai nasib malang dan hidup dalam kemiskinan di kawasan bandar elit.

Entah macam mana nasib berpihak kepada Sheru bila pak cik dia dapat lamaran dari keluarga kaya di Bhopal. Anak gadis cantik dan muda yang berusia 23 tahun ingin dikahwinkan kepada Sheru. Tengok gambar saja pun Sheru dah jatuh cinta apatah lagi bila pertemuan pertama. Awalnya Tasleem a.k.a Tiku (Avneet Kaur) menolak tapi bila dapat tahu Sheru mungkin tiket untuk dia jadi superstar di Mumbai, Tiku bersetuju untuk kahwin. 


Di sana nanti, Tiku akan berjumpa dengan Binni (Rahoul), kekasih hatinya dan akan segera terpilih sebagai pelakon wanita baru. Tapi lain pula yang jadi bila Tiku dapat tahu dia mengandung dan Binni dah pun berkahwin. Tak mungkin lah Binni nak bertanggungjawab sedangkan kandungan tu akan jejaskan perkahwinan dan kerjaya dia juga. 

Tiku berniat untuk bunuh diri tapi Sheru merayu supaya mereka bertiga hidup seperti sebuah keluarga yang normal di Mumbai. 


Masa tahun 2016, ada dengar rumours yang Kangana Ranaut akan berlakon bersama Irrfan Khan tapi shelved sebab pengarah Sai Kabir jatuh sakit selama 4 tahun. Bila pengarah dah sihat, Irrfan Khan pula meninggal jadi Kangana Ranaut bawa filem komedi romantik ni debut under production house kepunyaan dia, Manikarnika Films. 

Jalan cerita Tiku Weds Shiru bukan sesuatu yang segar dan dibikin dalam template komedi sebab filem Motichoor Chaknachoor (2019) pun berkisarkan pasangan suami isteri yang berbeza jarak umur dan si isteri berkahwin untuk hidup di Dubai. Dan filem tersebut juga dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui sebagai si suami. Bezanya, filem Motichoor Chaknachoor lebih seronok untuk ditonton. 


Tak nak bandingkan antara dua filem tapi nak fokus pada Tiku Weds Sheru sebab filem ini sendiri ada banyak kelemahannya terutamanya dari segi skrip yang longgar dan gagal mewujudkan elemen komedi satira. Mungkin I yang tak faham konsep satira yang diketengahkan jadi tak dapat nak tangkap komedi yang dihidangkan oleh penulis. 

Watak Sheru dari awal lagi dah ditunjukkan secara jelas ketidakmampuan dia untuk jadi suami sebab dia cuma pelakon extra dan juga bapa ayam. Wang dia habis entah ke mana, hidup melarat dan tinggal di flat uzur di Mumbai. Tengok rumah dia pun dah sedih dengan nasib bakal isteri dia. 


Bila tahu Tiku ada agenda tersendiri lepas berkahwin dengan Sheru, rasa lega sangat sebab suami dia bukannya elok sangat pun tapi penulis buat dua watak ni jatuh cinta pula. Sudah lah beza umur jauh sangat lepastu nak mengamuk isteri dia mengandungkan anak lelaki lain sedangkan dia pun bapa ayam. Jodoh tu cerminan diri kita kan, memang tak lah kau nak dapat isteri elok serba-serbi kalau sendiri pun sampah. 

Tak pasti lah macam mana Kangana Ranaut setuju untuk ambil Avneet Kaur debut dalam filem ni sebab dia tak pandai langsung berlakon. Nak kata cantik sangat, ada screen presence yang kuat pun tak juga. Bila dia deliver dialog nampak sangat menghafal skrip. Tak kisah pun kalau dia Instafamous asalkan dia ada bakat tapi dalam kes ni tak ada. 



Chemistry pun tak ada bila satu skrin dengan Nawazuddin. Sebelum ni jadi isu juga bila Ajay Devgn berlakon jadi pasangan Rakul Preet dalam filem De De Pyaar De (2019) tapi chemistry diorang menjadi so kisah cinta tu laku. Tapi Nawazuddin dengan Avneet nampak canggung sangat dan terpaksa. Tak pasti kenapa nak highlight perbezaan umur tu sebab tak membantu penceritaan pun tapi menambahkan rasa geli. Geli nak muntah bukan geli hati.

Well I had hopes since it was produced by Kangana and Nawazuddin as lead role but hmmm disappointing….

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

1 comment

  1. Dua-dua ada sebab kenapa bersetuju untuk kahwin ye.. ish ish..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.