Movie Review | Gumraah (2023)

Monday 5 June 2023


Director: Vardhan Ketkar
Writer: Aseem Arora, Magizh Thirumeni
Cast : Aditya Roy Kapur, Mrunal Thakur, Ronit Roy, Vedika Pinto, Manoj Bakshi, Deepak Kalra
Production Company: T-Series Films, Cine1 Studio
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Running Time : 127 minutes
Release Date : 7 April 2023
Trailer :


Mengisahkan tentang Arjun Sehgal (Aditya Roy Kapoor) yang dibawa ke balai sebagai suspek kepada satu kes pembunuhan. Mengikut alibi Arjun, dia berada di pejabat untuk office party kemudiannya tersadai di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit. Selepas 3 jam baru dia berjaya pulang ke rumah kerana jack kepunyaannya rosak jadi terpaksa tunggu sesiapa yang sudi membantu. 

Pihak polis masih bertegas Arjun adalah pembunuhnya kerana muka Arjun jelas terpampang dalam gambar yang diambil oleh jiran sebelah rumah secara tak sengaja. Terkejut bukan kepalang bila pihak polis menerima kedatangan Sooraj Rana (Aditya Roy Kapoor) yang mempunyai wajah saling tak tumpah dengan Arjun. Dia dibawa ke balai kerana memandu secara mabuk. 


Inspektor Shivani Mathur (Mrunal Thakur) percaya yang Arjun tak bersalah kerana alibinya yang kukuh namun ketuanya, ACP Dhiren Yadav (Ronit Roy) pula tak mahu lepaskan peluang untuk sumbat Arjun dalam penjara. Siasatan dilakukan sekali lagi di rumah mangsa, Aakash Sardana (Aditya Lal) dengan kehadiran pasukan forensik namun mereka masih juga buntu mencari siapa pembunuh sebenar. 

Dari awal filem lagi pengarah Vardhan Ketkar tidak menyimpan rahsia tentang siapa pembunuhnya tapi yang mana satu? Arjun atau Sooraj? Kedua-duanya mempunyai alibi yang kuat, kedua-duanya juga mempunyai luka baru yang sama. Diseksa dengan cara yang sama juga tak membuahkan hasil. Kes jenayah yang diceritakan dalam Gumraah diinspirasikan dari kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia, US dan UK. 


'Even if 100 criminals go scot free but one innocent should not be punished.' - Judge

Alur penceritaan memang barbaloi diberikan perhatian sebab tertanya-tanya motif dan cara untuk keluar dari masalah tu. Dari awal juga kita dah nampak yang pembunuh tu buat kerja tak clean sebab tu nak tahu kepada beberapa persoalan. Tapi kalau tengok pada cara membunuh dan lenggok gaya, dah boleh tahu siapa pembunuhnya. 

Lakonan tak ada masalah langsung sebab semuanya deliver watak dengan baik walaupun Aditya perlu mainkan dua watak yang berbeza. Mrunal juga dapat ruang yang banyak sebagai polis wanita yang selalu dipandang rendah kerana jantina dan semangatnya. Stress tengok dia kena marah setiap kali dia bersuara, ada saja tak kena padahal dah buat kerja bagus. 


Selain genre crime, thriller dan misteri, ada juga aksi yang dipaparkan dalam beberapa babak kerana Sooraj merupakan watak negatif. Bab aksi tak menjadi masalah pun untuk Aditya paparkan dengan padu tapi kali ni camera works banyak membantu action stunt dia tampak bergaya seperti filem-filem Tiger Shroff. 

Sinematografi hasil kerja Vineet Malhotra yang berlatarkan bandar Mumbai yang serba moden dan sibuk menguatkan lagi screenplay. Music album Gumraah juga menarik perhatian dengan beberapa lagu rancak atau balada untuk kisah cinta Arjun dan Jahnvi (Vedika Pinto). Koreografi lah tak berapa nak syok sebab Adi menari macam pakcik dalam lagu Ghar Nahi Jaana. 



Sembang pasal kelemahan Gumraah, yang terpaling utama adalah editing sebab transition dari satu babak ke babak yang lain agak mengganggu momentum penceritaan dan juga tahap saspen. Of course filem ni ada loopholes pada plot tapi I rasa editing yang banyak menjejaskan mood Gumraah. Jadi tanda tanya juga dengan watak Janhvi yang senyap tanpa berita sebab kelemahan atau kecuaian pihak polis bukan setakat dalam satu kes jenayah saja tapi jenayah yang lain juga. Love angle pun patut dikurangkan juga sebab chemistry tak strong. 

Nevertheless it was an enjoyable movie though it’s a remake from Tamil film, Thadam (2019). Kalau yang suka filem bertemakan whodunit atau thriller juga misteri boleh layan Gumraah secara santai. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.