POLIS EVO 3 CIPTA REKOD KUTIPAN RM50 JUTA FILEM 2023 NO 1 PALING LARIS DI MALAYSIA

Tuesday 20 June 2023

Filem Polis Evo 3 berjaya cipta rekod dengan meraih kutipan RM50 juta dalam tempoh 24 hari rasmi termasuk tayangan awal dan sekali gus menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem aksi komedi nombor 1 paling laris di Malaysia sepanjang masa. Meskipun memasuki minggu ke-empat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan dihimpit dengan pelbagai filem-filem daripada francais besar Hollywood, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton dari semua latar serta peringkat usia. 

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, syukur atas sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta para penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton di luar sana telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan. Sementara itu, kejayaan memperoleh kutipan RM50 juta mengukuhkan jenama Polis Evo sebagai francais nombor 1 negara dengan kutipan tertinggi. Dalam pada itu, terima kasih kepada pihak pawagam yang masih menyokong Polis Evo 3 dengan memberikan jumlah tayangan yang masih tinggi meskipun sudah memasuki minggu ke-empat tayangan. Terima kasih juga kepada pihak media, rakan penerbit, barisan pelakon, dan istimewa penonton Malaysia, tanpa anda kejayaan ini tidak akan berhasil.” 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.