AEDY ASHRAF LEBIH FOKUS DALAM PERNIAGAAN 'KENTANG GORENG'

Sunday 4 June 2023

AEDY ASHRAF LEBIH FOKUS DALAM PERNIAGAAN 'KENTANG GORENG'| Penjenamaan semula Fam Fries, menepati citarasa para pelanggan dan Aedy mengajak ramai anak muda untuk membuka perniagaan!

Industri makanan segera Malaysia semakin mendapat perhatian apabila perniagaan sebegini diterajui oleh pelakon muda Aedy Ashraf iaitu Fam Fries. Makanan segera enak ini adalah sebuah jenama 'kentang goreng' popular yang telah disajikan buat seluruh rakyat Malaysia selama tujuh tahun. Wajah dan rasa Fam Fries terkini diubah adalah mengikut perkembangan semasa serta pemilihan warna, logo, tulisan juga adalah ke arah yang lebih santai dan lepak supaya sesuai dengan jiwa usahawan belia masa kini. 

Sebagai Pengarah Pemasaran Fam Fries, Aedy Ashraf juga sentiasa bersemangat untuk meningkatkan lagi mutu undustri makanan segera Malaysia. Aedy yang sangat teruja untuk menjadi sebahagian dari jenama Fam Fries kekal serius meneruskan minatnya dalam perniagaan dan berpendapat tidak ada rahsia besar untuk berjaya melainkan diri sendiri perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Bukan itu sahaja, malah untuk membuka perniagaan yang besar dan stabil. Hakikatnya, memulakan perniagaan sendiri bukanlah perkara mudah, malah proses yang dilalui perlulah dimulakan dengan ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang anda jalankan. 

Kata Aedy, "Makanan segera adalah salah satu habit dan rutin masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini saya benar-benar percaya bahawa Fam Fries boleh menjadi peneraju dalam industri. Dengan penampilan dan rasa kami yang diubah suai, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda dan merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati makanan segera mereka. Apa yang saya boleh katakan, kentang goreng Fam Fries adalah antara yang terbaik di rantau ini. Tetapi apa yang paling menggembirakan saya tentang penjenamaan semula ini adalah memberi tumpuan pada logo, wajah dan rasa baharu yang lebih mesra dan diingati!"

Malaysia mempunyai begitu banyak potensi dan Fam Fries sedang menjalankan peranan untuk memperkasakan anak muda Malaysia untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin dengan mencuba perniagaan secara kecil-kecilan. 

Hari ini, Fam Fries mendedahkan pengumuman wajah dan rasa baharu bersama media dan rakan kongsi serta rakan selebriti. Penjenamaan semula itu ditetapkan untuk membantu rakyat Malaysia menemui semula tarikan makanan segera 'kentang goreng' istimewa ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bersaing di peringkat global setaraf dengan jenama kentang goreng terkemuka. Harapan Aedy adalah agar look & feel dan logo terbaharu Fam Fries yang dilancarkan pada harini memberikan mood yang lebih fresh kepada pelanggan dan juga peminatnya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Fam Fries dan pengumuman penjenamaan semula mereka yang akan datang, sila hubungi Bahagian Publisiti dan Pemasaran Fam Fries redbeetleidea@gmail.com. Selain itu, boleh juga layari laman sosial media kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Website. 

********************

MENGENAI FAM FRIES

Fam Fries merupakan sebuah perniagaan kentang goreng yang diasaskan oleh pengarah dan pengasas bernama Encik Brown. Kisah Fam Fries bermula dengan sebuah mimpi. Pengasas Fam Fries pada mulanya juga langsung tidakmempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, selepas berani untuk meredah liku-liku perjalanan perniagaan ini, Brown sangat berbangga untuk mengatakan bahawa Fam' Fries kini telah berkembang seiring dengan jenama makanan segera yang popular. Misi dan objektif Fam Fries juga adalah untuk berkembang lebih maju dan melebarkan sayap ke banyak lagi lokasi di Malaysia dan jika diizinkan bakal melebarkan sayap ke luar negara. Kini, Fam' Fries mempunyai hampir 9 outlet terletak di seluruh Kuala Lumpur, Selangor & Johor. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.