Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan, Surau Elmina
Friday 16 August 2024
Syahin, QAQC Bubur Asyura Selatan |
Fariha, Packaging Team |
Syahin, QAQC Bubur Asyura Selatan |
Fariha, Packaging Team |
Kumpulan Pembuat Kuih Wanita Set Rekod Malaysia dengan Kempen Amal Kuih Raya yang menyentuh Hati | Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk memperkasakan kumpulan pembuat kuih kecil-kecilan itu untuk menghasilkan 150,000 kuih, yang kemudiannya disumbangkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan.
Kumpulan srikandi dari Lembah Subang dan Seri Pantai PPR telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas sumbangan mereka dalam inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk. Menerusi sokongan Cadbury Dairy Milk, kumpulan yang berbakat dan cekal ini telah meraih gelaran ‘Paling Banyak Kuih Coklat Cadbury Dihasilkan untuk Kempen Amal’ atas kejayaan menghasilkan 150,000 kuih dalam dua minggu. 15 pembuat kuih yang dipilih merupakan usahawan kecil-kecilan dan penerima bantuan Yayasan MyKasih, yang dipilih daripada komuniti yang terbabit dalam program bantuan makanan tanpa tunai.
Menerusi kerjasama dengan inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, mereka telah menghasilkan 2,000 botol Tart Coklat dan Keju Cadbury, yang kemudiannya dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan melalui bantuan Food Aid Foundation.
Pencapaian hebat ini mencerminkan ketabahan dan dedikasi mereka untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga tersayang. Mereka bukan hanya membawa keceriaan dan sokongan penting kepada komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana individu-individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan mampu memperbaiki kehidupan diri mereka sambil membantu insan-insan lain yang memerlukan. Kisah ini menonjolkan impak positif daripada pemerkasaan dan sokongan komuniti, yang mampu menginspirasikan orang lain untuk mengejar impian mereka dan mencetuskan perubahan yang amat bermakna.
Nur Sharzi Bashar, 41, yang mengetuai kumpulan pembuat kuih di PPR Lembah Subang, berkata: “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi. Saya dan arwah kakak sayamemang beringin dan merupakan Impian kami untuk bersama-sama membuka sebuah kafe, dan inisiatif ini telah membantu mengekalkan impian saya ini.”
“Saya bersyukur kerana diberi peluang bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga, tetapi juga mengejar impian saya sambil memiliki sebuah perniagaan di rumah. Semoga saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Sarasvathy, 46, yang mengetuai pasukan PPR Seri Pantai untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’.
Ketua Pemasaran untuk Pasaran Malaysia dan Singapura di MondelÄ“z International, See Mei Sin, berkata: “Keazaman yang ditunjukkan wanita-wanita ini sungguh luar biasa, dan semoga inisiatif ini akan menggalakkan mereka untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka dan meneroka peluang baharu dalam industri bakeri. Di Cadbury Dairy Milk, kami berbangga untuk menyokong impian dan kreativiti. Sejak 2021, ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah berkembang daripada sebuah inisiatif yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat kuih bersama Cadbury kepada menggalakkan mereka untuk menyokong komuniti memerlukan di sekeliling mereka, dan kami berhasrat untuk terus menyemarakkan semangat kemurahan hati di Malaysia melalui inisiatif ini.”
Inisiatif tahun ini adalah lanjutan daripada #MDLZPrihatin, kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih bagi menyokong dan memperkasakan keluarga dan komuniti kurang berkemampuan.
************************************
About Mondelēz International (Malaysia)
MondelÄ“z International (Malaysia) is part of the MondelÄ“z International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2023 net revenues of approximately $36 billion, MondelÄ“z International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index. MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.
Visit mondelezinternational.com and follow us on social media: facebook.com/mondelezinternational, instagram.com/mondelēz_international, linkedin.com/company/mondelezinternational and twitter.com/MDLZ
MINI SIRI ‘KE KODIANG WITH LOVE’ BERJAYA PIKAT 2.6 JUTA TONTONAN | Gempak Dan Ribena Rai 50 Pemenang Tonton Episod Akhir Bersama Hun Haqeem
Mini siri terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena jenama minuman blackcurrant No.1 di Malaysia, iaitu ‘Ke Kodiang With Love’ telah berjaya mencatat 2.6 juta tontonan untuk empat episod pertama menerusi tayangan di semua platform Gempak. Mini siri bergenre komedi romantik berdurasi 15 minit dengan total 6 episod ini mula ditayangkan pada 5 April lalu.
Ke Kodiang With Love dipersembahkan oleh Gempak dan Ribena membariskan pelakon popular Hun Haqeem, Qistina Khaled, Danish Hazriq serta juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer. Ia diarahkan oleh Afiza Asram, skrip dari tenaga kreatif Gempak iaitu Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper, manakala produksi oleh Storyteller Production bersama Lokalab.
Lebih mengujakan, mini siri ini turut memberi peluang kepada 50 penonton dan peminat bertuah untuk menonton dua episod akhir secara eksklusif sebelum ditayangkan kepada umum, bersama barisan pelakon dengan hanya menyertai peraduan Ribena.
Peraduan tersebut telah dibuka sejak 1 Mei sehingga 30 Jun. Penyertaan perlu disertakan bukti pembelian Ribena bernilai minima RM5 dalam satu (1) resit, kemudian mengira kekerapan Ribena muncul dalam empat episod siri Ke Kodiang With Love.
Menurut Ketua Konten Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah, "Mini siri ini telah mencuri perhatian penonton dengan cerita yang segar dan ‘sweet’. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ribena yang memberi kepercayaan kepada platform Gempak untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah mini siri ini dengan gaya kreatif. Hari ini kita berpeluang untuk membawa pengalaman ‘Ke Kodiang With Love’ kepada peminat dan mereka menjadi yang pertama menonton 2x episod akhir ini, sebelum ditayangkan di platform Gempak. Kami mengharapkan mini siri ini mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton, di samping meneroka pelbagai lagi usaha kreatif dalam mempersembahkan kandungan ‘branded content’ tempatan.”
Ketua Pemasaran Bahagian Minuman, Encik Michael Wong turut berkata; “Ribena adalah jus ‘blackcurrant’ nombor satu di Malaysia dan merupakan jenama popular kaya dengan vitamin C yang sememangnya kegemaran ramai,lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda. Sebagai suatu inisiatif istimewa hasil daripada kerjasama dengan Gempak, sifat ‘light-hearted’ romantik komedi Mini siri Ke Kodiang ini sekaligus menonjolkan personaliti Ribena sebagai pilihan minuman utama yang mendampingi saat riang mahupun saat ‘meh’ terutamanya generasi muda rakyat Malaysia. Mini siri Ke Kodiang with Love ini memang mencuit hati dan amat menghiburkan dengan kebolehan pengarah Afiza Asram dan tenaga kreatif Gempak. Apa yang lebih menarik lagi adalah keunikan cerita yang disampaikan sempena perayaan Hari Raya yang “light hearted”,di mana detik-detik “remeh” dalam jalan cerita akan menjadi boleh dengan Ribena! Kami juga amat teruja dapat menyaksikan bakat artis popular Ajip (Hun Haqeem), yang juga merupakan personaliti dan duta Ribena, dalam mini siri ini. Kami amat berterima kasih di atas peluang kolaborasi bersama Gempak dan berharap mini siri istimewa ini dapat menghiburkan seluruh warga Gempak terutamanya peminat-peminat Ribena; khas dibawa kepada anda oleh Ribena,jenama minuman buah jus blackcurrant nombor satu di Malaysia.”
“Ke Kodiang with Love” mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya.
Saksikan kesemua enam episod ‘Ke Kodiang With Love’ di platform Gempak. Untuk maklumat lanjut ikuti akaun media sosial Gempak di Instagram, Facebook, X, TikTok. Gunakan tanda pagar #KeKodiangWithLove untuk berkongsi tentang mini siri ini di media sosial.
**************************
Tajuk: Ke Kodiang With Love
Genre: Romcom
Dipersembahkan oleh: Gempak
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Syarikat Produksi: Storyteller Production, Lokalab
Penerbit: Azuwan Ahmad & Syahir Ismail
Penerbit Penyelia: David Leong
Pengarah: Afiza Asram
Skrip: Sham Hashim, Akmal Nahar, Desiree Gasper
Cerita Asal: Sham Hashim
Pengurus Produksi: Nadhirah Asikem
Penyunting: Zaidi Rizal & Khairuldin Abas
INFO SIRI
Bahasa: Bahasa Malaysia
Durasi Filem: 15 minit
Jumlah Hari Penggambaran: 5 hari
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur & Selangor
Tarikh Tayangan di Pawagam: 5 April 2024 – tayangan di semua platform digital Gempak
BARISAN PELAKON
Hun Haqeem sbg Ajip
Qistina Khaled sbg Naziah
Danish Hazriq sbg Husni
Aiman Ameer sbg Johan
SINOPSIS
Mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya.
MyKasih Sertai Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk untuk Berkongsi Kebaikan | Menyatukan para wanita berpendapatan rendah untuk membuat kuih dan menyebarkan keceriaan Aidilfitri kepada komuniti kurang berkemampuan