‘Singer 2026 – Malaysia’ Bawakan Jaclyn Victor & Vanessa Reynauld Sebagai Pesaing | Astro umum enam penyanyi utama, membuka lembaran baharu persaingan muzik di Malaysia
Kuala Lumpur, 9 Mei 2026 - Dua bintang vokal tanah air, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, bakal menggalas cabaran besar apabila telah dipilih sebagai peserta dalam program pertandingan muzik bertaraf antarabangsa, Singer 2026 - Malaysia. Malah, kehadiran kedua-dua penyanyi ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, namun dilihat sebagai pesaing berbisa di pentas ‘Singer 2026 - Malaysia’.
Dibawakan khas oleh Lausanjee sebagai penaja perdana dan disokong oleh Mah Sing sebagai penaja utama, program ini telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial walaupun belum bersiaran. “Siapakah penyanyi utama?” menjadi antara topik paling hangat diperkatakan. Bagi merungkai tanda tanya para peminat, satu majlis pelancaran rasmi telah berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur hari ini, menghimpunkan peminat dan pencinta muzik dalam sebuah pengalaman muzik yang imersif dan dekat, sekali gus menyaksikan detik bersejarah penyanyi-penyanyi hebat Malaysia melangkah ke pentas gemilang.
Selain Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, majlis tersebut turut mengumumkan penyanyi utama lain termasuk Geraldine Gan, Uriah See, Nicole Lai dan Priscilla Abby. Keenam-enam penyanyi ini tampil dengan gaya tersendiri serta gabungan kekuatan vokal dan populariti, sekali gus menghangatkan suasana pentas dalam membuka tirai persaingan musim ini.
Diterbitkan menerusi kerjasama antara Astro dan Mango TV, program ini membuka lembaran baharu dalam kolaborasi hiburan serantau selain mencerminkan usaha Astro untuk mengetengah bakat tempatan, sekali gus memberikan platform lebih besar kepada bakat tempatan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa. Pemenang pertandingan ini berpeluang mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa sebagai sebahagian daripada francais Singer.
Menariknya, pertandingan ini masih membuka dua slot terakhir menerusi episod pertama, yang akan menampilkan hampir 30 penyanyi dalam pusingan penyingkiran sengit. Hanya dua peserta terbaik akan mara untuk melengkapkan barisan Top 8, sebelum saingan sebenar bermula.
Bermula episod kedua, semua peserta akan berentap secara langsung dalam persembahan vokal yang menguji ketahanan, teknik serta karisma pentas. Setiap persembahan akan dinilai oleh panel penonton, menjadikan persaingan lebih telus dan mencabar.
Sebagai edisi pertama yang memberi fokus kepada Malaysia, ‘Singer 2026 - Malaysia’ bukan sekadar pertandingan tetapi juga platform untuk mengetengahkan bakat penyanyi tempatan. Dalam konteks ini, penyertaan Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld membuktikan bahawa dengan muzik, ia mampu menyatukan peminat dari berbagai latar belakang berbeza.
Dengan reputasi vokal yang mantap dan pengalaman pentas yang luas, kedua-dua penyanyi ini dijangka akan memberi saingan sengit, sekali gus bakal memberikan tekanan dan cabaran luar biasa kepada para peserta yang lain.
Program ini akan bersiaran sebanyak enam episod bermula 30 Mei 2026, setiap Sabtu jam 8.30 malam di Astro AEC (Saluran 306), Astro GO, On Demand dan sooka. Dapatkan Pek Hiburan Astro One yang menawarkan lebih 90 saluran hiburan dengan harga serendah RM49.99 sebulan. Nikmati pelbagai kandungan popular termasuk ‘Singer 2026 - Malaysia’ serta program terbaik dari China, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapura dan Malaysia. Layari astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.