Movie Review | Scream 2 (1997)

Wednesday, 20 May 2026

Pengarah: Wes Craven
Penulis Skrip: Kevin Williamson
Pelakon: David Arquette, Neve Campbell, Courteney Cox, Sarah Michelle Gellar, Jamie Kennedy, Laurie Metcalf, Jerry O'Connell, Jada Pinkett, Liev Schreiber
Syarikat Produksi: Konrad Pictures, Craven-Maddalena Films
Pengedar: Dimension Films 
Genre: Slasher
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 10 Disember 1997 (Hollywood), 12 Disember 1997 (United States)
Trailer:


2 tahun selepas insiden pembunuhan bersiri di Woodsboro dalam Scream (1996), sekali lagi Sidney Prescott (Campbell) menjadi sasaran Ghostface. Pembunuh bertukar orang tapi modus operandi masih sama kerana tragedi yang berlaku di Woodsboro diadaptasikan untuk filem Stab. 

Pembunuhan pertama berlaku ketika tayangan filem Stab di sebuah wayang di mana dua orang pelajar Kolej Windsor, Ohio - Maureen Evans (Jada Pinkett) dan Phil Stevens (Omar Epps) dibunuh dengan kejam oleh Ghostface di hadapan semua orang. Tak ada siapa yang tahu pembunuhnya kerana ramai penonton yang datang berpakaian seperti Ghostface. 

Berita tersebut menyebabkan kampus dipenuhi dengan pihak media dan pastinya Gale Weathers (Courteney Cox) aktif untuk mendapatkan berita eksklusif. Kali ni Gale dihalang oleh Dewey Riley (David Arquette) yang menjadi tempang akibat masalah saraf gara-gara ditikam oleh Ghostface. Dewey menyampah dengan penulisan Gale yang menggambarkan dia sebagai polis yang tidak cekap sedangkan dia banyak membantu ketika di Woodsboro. 

Gale juga bertemu dengan Debbie Salt (Laurie Metcalf), wartawan dari penyiaran lain yang menjadikan dia sebagai inspirasi dalam bidang jurnalis. Setelah kematian jurukamera di Woodsboro, Gale bekerja dengan Joel Jones yang masih lagi baru dan penakut. 

Sementara itu, Sidney semakin tertekan dengan Ghostface baru walaupun dijaga oleh dua orang detektif. Di kampus Sidney ditemani oleh teman sebilik bernama Hallie McDaniel (Elise Neal), teman lelaki Sidney bernama Derek Feldman (Jerry O'Connell) dan juga Randy Meeks (Jamie Kennedy). 

Rakan sekelas mereka, Mickey Altieri (Timothy Olyphant) buat teori yang pembunuhan di wayang berlaku kerana filem Stab sebab Ghostface tak akan ditiru kalau tiada orang yang tahu bagaimana cara dia menyerang dan membunuh mangsa. 

‘Its a classic case of life, imitating art, imitating life.’ - Mickey

Naskhah sekuel Scream 2 arahan Wes Craven dan penulisan dari Kevin Williamson berkembang dengan latar tempat yang lebih besar dan watak lebih ramai dek kejayaan Scream (1996) baik dari kutipan tiket panggung mahupun juri kritik. Amaze juga lah dengan production team sebab berjaya hasilkan sekuel dalam tempoh masa yang singkat lepas first instalment dan sekuel pulak sama level dengan previous instalment.

Dalam sekuel lebih ramai pelakon kulit hitam especially Jada Smith untuk opening scene. Walaupun babak dia kelakar dan mengejutkan tapi opening scene dalam Scream (1996) lebih meninggalkan impak. Yang kelakarnya, reaksi Jada masa tengok Stab adalah reaksi I bila tengok babak dekat sorority house Omega Beta Zeta dengan Ghostface dalam kereta polis. Macam tu je kena perli dengan pengarah 😆

Filem Scream 2 masih mengekalkan genre slasher, komedi dan satira kepada filem-filem seram di Hollywood tapi bunga bahasa dalam filem ni lebih akademik berbanding instalment pertama. Mungkin sebab terpengaruh dengan suasana dekat kampus. Perbahasan tentang filem pun banyak berlaku dalam kelas subjek filem. 

Sama macam sebelumnya, watak Randy bagi tips berdasarkan hasil kajian dia dari filem-filem seram yang dia tengok. Seronok juga lah tengok dia berbalah dengan Mickey sebab dalam filem Scream, tak ada orang pun layan teori dia. 

‘The way I see it, someone's out to make a sequel. You know, cash in on all the movie murder hoopla. So, it's our job to observe the rules of the sequel. Number one: the body count is always bigger. Number two: the death scenes are always much more elaborate. Carnage candy. And number three: never, ever, under any circumstances, assume the killer is dead.’ – Randy

Dialog dan alur penceritaan Scream 2 menarik tapi bila ada banyak sangat reference, I pun tak berapa nak faham komedi yang mana-mana watak lontarkan. Zaman 90’s bukannya kenal sangat semua pelakon. Tengok waktu sekarang pun tak kenal sangat sebab reference bukan sekadar pop culture Hollywood pada era 90-an tapi filem-filem era sebelumnya. 

Tapi enjoy je tengok sebab nak tahu sangat siapa yang jadi Ghostface dan berdendam sangat dengan Sidney dan mangsa-mangsa lain. Music album Scream je tak berapa nak berkenan sangat sebab lagu punk rock atau indie macam tu. Lirik kena dengan situasi tapi taste music tak sama so tak boleh pergi.

p/s: markah ditolak sikit sebab bunuh watak yang ada potential. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.