Pengarah: Mohd Suzana Bin Rosly
Penulis Skrip: Epy Kodiang
Pelakon: Azhan Rani, Joey Daud, Amir Nafis, Epy Raja Lawak, Kamarool Hj Yusof, Ellie Suriaty
Syarikat Produksi: Nanord Studio Production
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 87 minit
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025
Trailer:
Para X Normal mengisahkan 4 sekawan iaitu Yasin (Joey Daud), Asri (Azhan Rani), Anas (Amir Nafis) dan Fateh (Epi Kodiang) bertemu semula setelah 30 tahun atas inisiatif Anas yang ingin melihat rakan-rakannya berjaya seperti dia. Anas mengajak tiga orang sahabatnya merompak sebuah vila usang yang dikatakan berhantu. Di dalam Vila Casablanca tersimpannya RM10 juta, peninggalan tuan rumah yang dah lama meninggal.
Awalnya semua tak mahu terlibat tapi mendengarkan habuan RM10 juta, bila lagi nak merasa hidup senang? Kerja ikhlas pun selalu dimarah oleh pelanggan dan majikan. Akhirnya semua pun setuju dengan idea gila Anas.
Sebelum merompak, Anas bawa mereka semua pergi berjumpa Raja Dukun (Kamarool Hj Yusof) untuk dapat pendinding supaya tak ada musibah yang berlaku. Namun apa yang menanti mereka di sana jauh lebih menakutkan daripada sekadar gangguan makhluk halus.
Jalan cerita Para X Normal arahan Mohd Suzana Bin Rosly menggunakan misi rompakan yang ringkas walaupun habuannya lumayan. Dari awal lagi filem bergerak laju dan menghiburkan dengan gelagat kelakar terutamanya dari Yasin dan Asri. Tertarik nak tengok filem Para X Normal sebab babak mereka berempat pergi jumpa bomoh tapi kena baca surah ikut nama masing-masing. Haa goyang dikkkkk!
Watak Anas dibikin serius dan misteri juga sebab penulis nak bagi gambaran sama ada dia betul-betul wujud atau dia adalah hantu sampingan. Ada banyak hint yang dia tunjuk dari first half lagi macam babak dia berdua dengan Yasin dekat luar hotel. Nak tahu dia hantu ataupun tidak kena tengok sendiri lah dekat Netflix.
Watak Fateh paling lemah sekali antara mereka berempat sebab tak function lepastu bila buat lawak tak kelakar pun. Patutnya gantikan dia dengan pelakon komedi yang lebih berpengalaman. Filem Para X Normal tak ada ramai pelakon jadi bila ada satu watak yang lemah, kelemahan tu nampak ketara sangat.
Walaupun bergenre seram komedi tapi babak seram tak menyeramkan langsung sebab elemen komedi lebih kuat. Masa dekat kubur tu seram lah sikit tapi yang lain semuanya kelakar. Ada kewujudan hantu di vila tapi hantu pun terseksa tahan gelak bila kena share screentime dengan Joey. Ada juga lawak yang tak sampai punchline dan hambar. Lawak double meaning akan faham kalau faham tapi bila faham jadi geli pulak.
Filem Para X Normal asalnya adalah telefilem tapi dinaik taraf kepada filem panjang jadi kebanyakan aspek teknikal tak lah secantik filem. Nasib tengok dekat Netflix, jadi boleh lah terima visual dan audio dia.
Idea untuk filem Para X Normal bukan sesuatu yang baru cuma sayang lah ada plot yang boleh dikembangkan dengan baik dan mendalam tapi sebab penerbit dah beria nak buat brainrot movie, beberapa part dibiarkan lompong. Ada baiknya kalau panjangkan sikit lagi untuk ceritakan tentang pemilik Vila Casablanca dan macam mana mereka meninggal. Siapa watak Ellie Suriaty dalam Vila Casablanca.
Ending dia pun macam merepek juga sebab kalau nak tanam mayat dekat kubur kena dapat permit ke? Kena jumpa pihak polis kan untuk dapat sijil mati? Tapi pihak polis tak pelik pulak mayat meninggal sebab pergi mencuri?
Dari awal filem sampai ke hujung Para X Normal, penulis sangat tekankan tentang persahabatan sebagai mesej utama tambah pula Anas suka bagi ayat terharu kawan-kawan dia luangkan masa bersama.
“Mesejnya mudah. Kita harus menghargai nilai persahabatan dan memahami perbezaan antara kawan dan sahabat. Filem ini menggambarkan bagaimana kami sebagai sahabat bersatu hati meskipun berdepan dengan perkara di luar jangkaan. Itulah hakikat kasih sayang dalam persahabatan.” – Joey
Filem ni mungkin mengangkat tema persahabatan tapi untuk mendukung misi merompak, rasa aneh pula kan?
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.