ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE (ASCU) : KITAB KATAHA CETUS PERSOALAN BAHARU | Selepas ‘First Look’ ASCU : The Beginning Dilancarkan Awal Tahun
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 – Jika video Astro Shaw Cinematic Universe : The Beginning yang dilancarkan Januari lalu adalah langkah pertama yang membuka pintu kepada dunia sinematik tempatan, kini Astro Shaw mendedahkan bayangan terbaharu menerusi video Astro Shaw Cinematic Universe : Kitab Kataha.
Sebelum ini, ASCU : The Beginning memberi gambaran awal tentang penyatuan watak-watak ikonik seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai daripada Polis Evo, Kahar dari High Council, serta bayangan adiwira legenda Keluang Man, dalam satu momen yang menandakan dunia-dunia ini akhirnya saling berhubung dalam satu semesta yang lebih besar. Ia menjadi asas kepada sebuah ekosistem penceritaan jangka panjang yang dirancang untuk berkembang merentasi pelbagai judul, platform dan generasi penonton.
Untuk pengetahuan, ASCU : Kitab Kataha ini bukan sekuel kepada video ASCU : The Beginning, sebaliknya ia memperkenalkan bayangan terbaharu yang mendedahkan dimensi lain dalam dunia ASCU.
ASCU : Kitab Kataha membawa penonton menjejak kehadiran satu karakter misteri, seolah-olah sedang memburu sesuatu. Dalam masa yang sama, penonton dapat melihat sebuah kitab dengan simbol segitiga, sekali gus mencetuskan persoalan tentang kaitannya dengan dunia ASCU.
Di bawah seliaan Alfie Palermo selaku Pengarah Kreatif Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU), video berdurasi 1 minit 52 saat ini diarahkan oleh dua pengarah muda berbakat besar, Mshaffuan dan Sofyank yang terkenal dengan penghasilan kandungan digital dan VFX tempatan dan antarabangsa; bersama pengarah sinematografi oleh Nicholas Chin, pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di FFM34.
Video berdurasi 1 minit 52 saat ini diarahkan oleh dua pengarah muda berbakat, Mshaffuan dan Sofyank, yang dikenali menerusi penghasilan kandungan digital serta VFX; bersama pengarah sinematografi oleh Nicholas Chin, pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34). Video tersebut dibangunkan di bawah seliaan Alfie Palermo selaku Pengarah Kreatif Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).
ASCU : Kitab Kataha membuatkan peminat terus berteka-teki dengan pelbagai kemungkinan konflik besar dalam ASCU. Bagi menggalakkan penglibatan peminat secara lebih mendalam dalam Astro Shaw Cinematic Universe, Astro Shaw dengan kerjasama Kopi WONDA selaku rakan strategik memperkenalkan ‘Spill The Beans (STB)’, sebuah platform kandungan digital yang direka untuk melanjutkan pengalaman ASCU melangkaui video, kandungan digital dan filem-filem utama.
Menerusi karakter Wan Daud sebagai ‘penghubung’, STB membongkar pelbagai petunjuk tersembunyi, teoriserta pendedahan eksklusif (‘easter eggs’) berkaitan dunia ASCU, sekali gus menggalakkan peminat untuk terus menganalisis dan menghubungkan setiap perkembangan dalam semesta ini. STB boleh diikuti di semua platform media sosial melalui akaun @wandaudrasmi.
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Video Astro Shaw Cinematic Universe telah membuka ruang kepada pelbagai respon mengujakan daripada penonton dan video itu menerima lebih 26 juta tontonan di platform media sosial. Lebih menarik, penonton melihat video tersebut sebagai ‘puzzle’ sehingga mencetuskan perbincangan kepada pelbagai teori untuk dirungkai. Kehadiran ASCU : Kitab Kataha dijangka mencipta lebih banyak persoalan dan perdebatan seterusnya mencetuskan rasa ingin tahu tentang dunia ASCU. Pendekatan ini menjadikan peminat kami bukan sekadar pemerhati yang pasif tetapi turut aktif menganalisis.
Kali ini, kami bertuah dapat melancarkan video ASCU : Kitab Kataha di Immersify Kuala Lumpur dengan pengalaman visual berbeza. Ini juga menjadi permulaan kepada kerjasama bersama Immersify Kuala Lumpur dalam mengembangkan pengalaman sinematik secara lebih interaktif. Usahasama ini ini bukan sekadar kolaborasi, tetapi refleksi kepada arah tuju Astro Shaw dalam membina dunia yang bukan sahaja ditonton, tetapi dialami.”
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika berkata, “Sebagai rakan strategik penceritaan dalam ASCU, Kopi WONDA komited dalam membentuk cara Baharu untuk penonton berinteraksi dengan dunia hiburan. Spill The Beans (STB) membolehkan kami melanjutkan pengalam tersebut melangkaui skrin dan menjadi sebahagian daripada perbualan harian para peminat.”
Filem pecah panggung Astro Shaw iaitu Malam Terlarang dan Keluang Man akan menjadi pembuka untuk pengalaman imersif di Immersify Kuala Lumpur tidak lama lagi sebelum filem-filem lain seperti Polis Evo.
Immersify Kuala Lumpur ialah galeri seni media imersif pertama di Malaysia yang direka khas, menampilkan ruang seluas 30,000 kaki persegi dengan pelbagai zon pengalaman interaktif. Terletak di Bukit Bintang City Centre, ia menggabungkan teknologi visual berskala besar, termasuk zon 360° setinggi 12 meter, bersama penceritaan kreatif yang menghidupkan pengalaman hiburan secara lebih menyeluruh dan memukau.
Astro Shaw Cinematic Universe: Kitab Kataha kini ditayangkan di platform media sosial. Peminat boleh mengikuti perkembangan dan fasa seterusnya dalam dunia sinematik Astro Shaw di semua akaun media sosial Astro Shaw, serta petunjuk-petunjuk terbaru di Spill The Beans.
.jpg)
.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.