THE SOUNDSTAGE TAMPIL LEBIH EKSKLUSIF DENGAN KONSEP SEATING CONCERT

Friday, 22 May 2026

Kuala Lumpur, 22 Mei 2026 – Kehangatan menuju Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) mula terasa dengan hadirnya Konsert Tonton Soundstage, sebuah pengalaman muzik istimewa yang kini dipersembahkan dengan konsep seating concert, menawarkan suasana tontonan yang lebih selesa, teratur dan dekat dengan elemen persembahan live. 

Pendekatan ini selari dengan citarasa penonton masa kini  menghargai pengalaman konsert yang lebih fokus dan menyeluruh, sekali gus memberi ruang untuk menikmati setiap persembahan dengan lebih bermakna. 

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, jam 8.30 malam, Konsert Tonton Soundstage membawa semula sorotan lagu-lagu ikonik AJL yang telah mewarnai industri muzik tempatan selama empat dekad. Malam tersebut bakal disusun sebagai sebuah perjalanan nostalgia, menghimpunkan karya-karya berpengaruh dan diinterpretasikan semula dalam suasana yang lebih intimate.





Barisan artis yang bakal menghidupkan pentas terdiri daripada Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana. Setiap penyanyi membawa identiti muzik tersendiri, termasuk kenangan dan jejak di pentas AJL. Menerusi persembahan istimewa ini, mereka akan membawakan pilihan lagu daripada legasi AJL dengan sentuhan yang lebih segar, emosional dan penuh jiwa. 

Dengan konsep seating concert ini, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada kekuatan vokal, susunan muzik live serta penceritaan setiap lagu. Setiap persembahan dapat dinikmati dengan lebih dekat dan mendalam, menjadikan pengalaman malam tersebut terasa lebih personal buat penonton.

Sebagai acara khas sempena AJL40, Konsert Tonton Soundstage bukan sekadar konsert pemanas pentas, tetapi juga sebuah platform yang menyatukan peminat muzik daripada pelbagai generasi dalam satu malam penuh nostalgia, emosi dan penghargaan terhadap karya-karya terbaik industri muzik tanah air. 


Tiket Konsert Tonton Soundstage kini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix dengan harga RM159 (General Admission), RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat).

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh sejarah muzik ini, sambil menantikan lebih banyak pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif bersama artis serta kejutan lain yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

#GENERASISELAMANYAJUARA #ROADTOAJL40

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.