Pengarah: Eyra Rahman
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pelakon: Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Ezlisa Loy, Mia Sara Shauki, Sharifah Zarina, Nazia Mustafar, Myra Afrina, Manan Sulaiman, Safura Ya'cob, Reen Rahim, Fezrul Khan, Arash Mohamad, Adrea Abdullah, Imran Aqil,
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
Penyiaran: Astro Ria, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025 – 11 September 2025
Trailer:
Thariq Ridzuan (Meerqeen), seorang ejen elit dari unit Holy Dragon, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Husniya Radwa (Qasrina Karim), bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.
Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka
Drama arahan Eyra Rahman diadaptasikan dari novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya penulisan Huda Najwa yang menjadi pilihan pembaca pada tahun 2024. I tak pernah baca novel dia so this review solely based on drama lah.
Masa pergi premiere Thariq Ridzuwan: His Treasure dah boleh nampak chemistry antara Merqeen dan Qasrina. Even pengarah sendiri bagitahu yang dia bersyukur dapat bekerja dengan Merqeen dan cast lain sebab berjaya deliver watak sebaiknya.
Betul lah yang dia kata tu sebab I tertarik dengan personaliti Thariq Ridzuwan sebagai penjaga Treasure dia yang tersangatlah damsel in distress. Radwa ada anxiety dan depression yang teruk gara-gara menjadi punca penculikan adik bongsu dia. Punca di sini adalah kerana tak jaga adik dengan baik walaupun dia cuma manusia biasa.
Konflik ni sama macam yang watak utama hadap dalam drama Family By Choice (2024). Jadi mudah lah untuk faham kenapa Radwa ada mood swing yang teruk bila membesar dalam environment yang toksik. Along (Reen Rahim) dengan Raudhah (Myra Afrina) pun bermasalah sebab Umi memang dah ajar anak-anak dia untuk buli Radwa. Lagi menyakitkan bila dia ada Abah (Manan Sulaiman) yang berdiam diri.
Dekat awal drama rasa geram lah juga kenapa Husniya Radwa rasa terharu bila Thariq selamatkan dia tapi tak lama lepas tu dia emosi bila teringat Thariq bertunang dengan Anita (Alicia Amin). Kalau jadi Radwa pun geram juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Lepastu hilang kemudian ajak kahwin. Nak tunggu Thariq dengan Radwa selesaikan konflik tu pun makan masa. Olahan pengarah pun tak menarik buatkan kita rasa bosan dan menyampah dengan permainan tarik tali antara watak utama.
Unit Holy Dragon pun tak kuat sebagai plot sampingan walaupun ada konflik yang menarik bila menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak di rumah anak yatim. Tak pasti kenapa komando kena menyiasat kes jenayah macam ni sedangkan kes tu level polis jenayah.
Mungkin kes tu sebenarnya besar tapi disebabkan kelemahan olahan pengarah dan penulis buatkan babak Holy Dragon tampak dangkal. Dekat Episod pertama pun sniper gagal tembak Chi Beng (Fezrul Khan) sedangkan clear shot. Babak Thariq terkejut Farez (Evertts Gomes) hidup lagi padahal dah kena bunuh tu merepek sangat sebab dekat flashback, dia tak beria pun bunuh dan pastikan watak antagonis mati.
Merepek betul bila Holy Dragon terlibat dalam konflik Thariq-Radwa dan keluarga Radwa. Faham lah brotherhood tapi masing-masing macam tak ada life. Babak Raudhah boleh selesai dalam masa 5 minit tapi drag sampai satu episod. Babak aksi pun tak lah menarik sangat tapi Merqeen in uniform is a bless so layan je lah. Lagu Alangkah - Hael Husaini dengan P. Ramlee dan Saloma - ALPHA sebagai lagu latar pun function teruk.
Ramai yang tak suka tengok Qasrina berlakon dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tapi I sebaliknya. Qasrina cantik sangat sebagai Husniya Radwa dan tak hairan lah kalau Thariq boleh jatuh cinta walaupun sentiasa meroyan. Kelakar tengok babak dia bunuh diri dalam bath tub sebab dah tenggelam lepastu timbul sekejap ambil oksigen then next minute dia terlangkup pulak then keluar dari bath tub.
Kali kedua tengok Evertts Gomes berlakon lepas drama Dorm 403 (2026) dan boleh nampak potential dia sebagai pelakon. Dia ada versatile boleh lakonkan pelbagai watak dan emosi sebab watak Farez agak mencabar juga kecuali babak dia bergocoh dekat lorong lah. Dah macam tengok drama China dengan kot labuh dan rambut panjang dia. Cuma tak diceritakan macam mana dia boleh jadi kaya dan berkuasa dalam dunia Thariq Ridzuan ni.
Pace penceritaan Thariq Ridzuwan: His Treasure tak konsisten, ada babak yang laju, ada yang draggy. Episod 15 paling menyampah sebab nak kena tengok dunia khayalan Thariq dengan Radwa. Nasib baik dekat Episod 16 pengarah masukkan babak-babak kelakar. Lega dah berjaya habiskan drama paling kontroversi tahun lepas dan harapnya tak akan wujud lah drama untuk setiap ahli unit Holy Dragon.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.