RAIH 25,000 PENONTON MENERUSI TAYANGAN AWAL HARI INI RASMI DAY 1, POLONG DI PAWAGAM!

Thursday, 28 May 2026

Filem seram tempatan paling dinantikan tahun ini POLONG, terus membuktikan auranya apabila berjaya meraih lebih 25,000 penonton menerusi tayangan awal, meskipun belum ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadi petanda awal bahawa karya arahan Zulkarnain Azhar itu semakin mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat filem seram tempatan yang sudah lama menantikan naskhah dengan elemen mistik dan psikologi yang lebih segar.

Beberapa lokasi tayangan awal di rangkaian pawagam utama turut dilaporkan mencatat sambutan luar biasa, malah ada sesi yang habis terjual dalam tempoh singkat selepas jualan dibuka. Perkara itu secara tidak langsung mencetuskan perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton mula berkongsi reaksi mereka terhadap atmosfera seram serta jalan cerita filem berkenaan. 

“Mereka dah jadi saksi. Mereka dah rasa sendiri ketakutan #Polong,” antara reaksi yang mula tular dalam kalangan penonton awal filem tersebut.

POLONG bukan sekadar tampil dengan elemen seram tradisional, malah mengetengahkan kisah berkaitan dosa silam, legasi hitam serta akibat daripada amalan ilmu mistik yang diwarisi. Naratif yang lebih gelap dan emosional itu menjadi antara kekuatan utama filem ini dalam mencipta pengalaman menonton yang lebih mendalam buat penonton.

Selain mempertaruhkan visual yang lebih sinematik dan susunan bunyi yang mendebarkan, filem ini juga dibarisi pelakon-pelakon yang berjaya membawa intensiti emosi dalam setiap babak, sekali gus menambahkan lagi impak seram yang cuba disampaikan.

Dengan momentum positif yang semakin memuncak sebelum tayangan rasmi, POLONG dilihat berpotensi menjadi antara filem seram tempatan yang memberi impak besar tahun ini.

Hari ini rasmi “Day 1 Polong” di pawagam seluruh Malaysia dengan lebih banyak lokasi tayangan dan showtime dibuka buat penonton.

Kalau berani…sekarang giliran anda pula.

#Polong #DiaKembali 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.