Movie Review | Do Deewane Seher Mein (2026)

Sunday, 17 May 2026

Pengarah: Ravi Udyawar
Penulis Skrip: Abhiruchi Chand
Pelakon: Siddhant Chaturvedi, Mrunal Thakur, Joy Sengupta, Ayesha Raza Mishra, Mona Ambegaonkar, Ila Arun 
Syarikat Produksi: Zee Studios, Rancorp Media, Bhansali Productions, Ravi Udyawar Media
Pengedar: Pen Marudhar, Netflix 
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 137 minit
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026
Trailer:


Shashank Sharma (Sidhant Chaturvedi) dan Roshni Shrivastav (Mrunal Thakur) dipertemukan oleh keluarga mereka untuk dijodohkan. Walaupun perbualan mereka berdua menarik minat masing-masing, namun Roshni menolak lamaran keluarga Shashank kerana dia belum bersedia untuk berkahwin. 

Roshni trauma melihat perkahwinan kakaknya, Naina Shrivastav (Sandeepa Dhar) yang terikat dengan keinginan suami sedangkan kakak dia cantik dan menjaga penampilan. Berbeza dengan dia yang sembunyikan kekurangan diri di sebalik kaca mata bersaiz besar. 


Sejak pertama kali melihat Roshni, hati Shashank dah terpaut dan mula berani untuk pujuk Roshni berkahwin dengan dia. Setiap hari Shashank tunggu depan pejabat Roshni untuk ajak keluar bersama tapi setiap hari juga dia gagal. Nak bercakap lebih pun dia malu kerana Shashank pelat S. Ayah dia, Deepak Sharma (Deepraj Rana) sering memandang rendah kerana anak dia kurang serba-serbi di mata dia. 

Naskhah Do Deewane Seher Mein arahan Ravi Udyawar dan penulisan oleh Abhiruchi Chand menggunakan tema kekurangan diri sebagai rencah kepada plot utama. Tak ada gangguan orang ketiga langsung, cuma dua manusia yang jatuh cinta dan cuba menerima kekurangan masing-masing. 


Walaupun ramai yang pertikaikan siapa yang akan percaya Mrunal hodoh dalam filem ni tapi dekat India, jadi gelap tu dah masuk kategori hodoh. Sama macam dalam filem Vivah (2006) bila muka Rajni sentiasa ada bedak sejuk sebab mak dia stress dapat anak kulit gelap. Rajni dan Roshni senasib lah bila ada kakak yang serba-serbi cantik, kulit putih melepak. 

Bukan masalah peribadi saja, malah dekat tempat kerja pun watak Roshni tak dianggap serius oleh majikan. Semua model yang dicadangkan ditolak mentah-mentah hanya kerana semua model berkulit gelap padahal ada yang tak gelap sangat pun. Pengarah nak tunjuk lah seteruk itu penerimaan orang yang berkulit gelap di Mumbai dan industri fesyen. I guess mungkin sebab itu lah kot syarikat tu tak boleh pergi jauh sebab dah 2026 tapi orthodox. 


Watak Shashank pula ada masalah pelat yang teruk sebab tu lah tajuk filem ni Do Deewane Seher Mein gara-gara watak utama tak mampu nak sebut sh. Shashank tak boleh pergi jauh atau naik pangkat sebab dia sendiri yang takut untuk ke depan. Ditambah dengan trauma diejek oleh satu kelas lagi buatkan dia jadi takut untuk bercakap dengan orang. 

Kalau ikutkan kedua-dua masalah ni tak lah berat pun tapi sebab masing-masing ada trauma yang kuat dan membataskan keberanian mereka untuk bergerak lebih jauh dalam hidup. Pertemuan Roshni dengan Shashank membantu kedua-duanya ubah nasib hidup tapi nak sampai ke tahap tu memang agak bosan bila konflik dia berulang-ulang. 


Ayesha Raza beri yang terbaik sebagai ibu kepada dua orang anak perempuan dan kadang-kala watak dia disalahkan tanpa sebab. Patutnya pengarah bagi peluang untuk watak dia sebagai ibu untuk bonding dengan Roshni atau Naina. Kesian bila dia bagitahu mak mertua (Ila Arun) yang dia penat sebagai ibu. Ada saja yang tak kena. 


Betul juga apa dia kata, orang berkahwin pun bukannya ada alasan yang besar pun. Ada je orang berkahwin untuk hal remeh. Rezekil ah dekat Roshni bila jumpa Shashank yang terima dia seadanya, jatuh cinta pulak tu bila pertama kali tengok Roshni. Tak faham kenapa dia nak emo bila Shashank update gambar tunang mereka berdua dekat Instagram. Dia dah sedia maklum kan, orang akan bergambar bila ada majlis penting. Gambar Shashank update pun gambar yang cantik. Watak dia kadang-kadang saja buat teruk. 

Patutnya kalau hasilkan naskhah romantik, music album kena lah kuat tapi tak ada lagu yang meninggalkan impak pun dari filem Do Deewane Seher Mein. Asma Asma dari Jubin Nautiyal dan Neeti Mohan mungkin sesuai dengan suasana romantik yang dipamerkan tapi chemistry Mrunal dan Siddhant tak lah kuat sangat sebagai pasangan kekasih. 


Sinematografi dari Kaushal Shah mendukung penceritaan dengan tonjolkan sisi romantik bandar Mumbai seperti yang kita lihat dalam filem-filem Bollywood yang lain. Mumbai ketika hujan, di pinggiran laut atau keindahan kafe yang mengangkat budaya seni dan latar masyarakat di lokasi utama tersebut. Penggunaan lighting dan tone grading yang digunakan buatkan Do Deewane Seher Mein tonojolkan visual yang menyenangkan dan menghangatkan. 


It's a good thing juga lah filem ni wujud sebab dapat tengok Mrunal yang cantik dalam persalinan yang elegan, moden dan fashionable. Happy juga tengok Sandeepa Dhar yang dah lama tak muncul dalam filem Bollywood berlakon balik walaupun cuma watak sampingan. I wish watak dia ada emosi yang kuat supaya dapat yakinkan Roshni tentang cinta dan perkahwinan. 

Filem Do Deewane Seher Mein bukanlah sesuatu yang baru dengan tampilkan konflik-konflik yang lapuk tapi olahan dan penulisan menjadi kekurangan utama naskhah romantik terbitan Rancorp Media dan Bhansali Productions. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.