Pengarah: Farah Khan
Penulis Skrip: Farah Khan, Mushtaq Shiekh
Pelakon: Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Arjun Rampal, Shreyas Talpade, Kirron Kher, Vishal Dadlani, Yuvika Chaudhary, Javed Sheikh, Haresh Hingorani
Syarikat Produksi: Red Chillies Entertainment
Pengedar: Eros International, Netflix
Genre: Masala
Durasi Tayangan: 171 minit
Tarikh Tayangan: 9 November 2007 (India), 2 Disember 2007 (France), 15 Januari 2008 (United Kingdom)
Trailer:
Sebelum ni dah pernah buat beberapa entry yang berkaitan dengan filem Om Shanti Om arahan Farah Khan dan diprodusikan oleh Gauri Khan di bawah Red Chillies Entertainment tapi tak pernah buat review untuk filem ni. Bila dah masuk Netflix saja tengok balik sambil mengemas rumah.
Berlatarkan tahun 1977, Om Prakash "Omi" Makhija (Shah Rukh Khan) merupakan pelakon pembantu di Mumbai dan sudah tentunya mempunyai Impian untuk menjadi pelakon terkenal seperti pelakon pujaannya, Shantipriya (Deepika Padukone). Omi tinggal bersama ibunya, Bela (Kirron Kher) dan rakan baiknya, Pappu Master (Shreyas Talpade).
Tuah bersama dengan Omi apabila dia dengan beraninya menyelamatkan Shantipriya ketika terperangkap dalam kawasan yang marak terbakar di set. Dek kerana kebaikan Omi, Shantipriya setuju untuk makan malam bersama. Bahagia Omi hanya sebentar bila dia tahu rahsia Shantipriya adalah isteri kepada Mukesh Mehra (Arjun Rampal), produser terkenal di Mumbai pada ketika itu.
Setelah mendapat tahu Shantipriya mengandungkan anaknya, Mukesh kunci Shantipriya di dalam set dan bakar hingga hangus. Om yang cuba menyelamatkan Shantipriya dibelasah dengan teruk lalu dihumban ke gaung dan akhirnya terjatuh di hadapan kereta Rajesh Kapoor (Javed Sheikh).
Pelakon terkenal tersebut dalam perjalanan ke hospital kerana isterinya bakal melahirkan anak mereka. Omi meninggal dunia lalu dilahirkan semula sebagai Om Kapoor a.k.a OK (Shah Rukh Khan). Takdir beri peluang kedua kepada Omi dengan status kehidupan yang jauh berbeza dan bertemu semula dengan Sandhya Bansal (Deepika Padukone) yang saling tak tumpah seperti Shantipriya.
Farah Khan menggunakan suasana industri perfileman Bollywood pada era 70-an kerana era tersebut merupakan era kegemilangan dan mempunyai glamnya tersendiri. Ada banyak reference yang dimasukkan dalam filem Om Shanti Om di mana pengarah Sooraj Bharjatya terdengar perbualan Omi dan Shantipriya kemudian masukkan dialog tersebut dalam filem debutnya, Maine Pyar Kiya (1994).
Penggunaan penyanyi cabaret dengan kostum yang cantik berkilau, hairstyle dan juga kostum yang digunakan antara keunikan filem Om Shanti Om. Kesemua kostum yang digunakan oleh Shah Rukh Khan dalam filem direka oleh Karan Johar sementara Manish Malhotra mencurahkan kreativiti pada kostum Deepika Padukone. Kostum watak-watak lain direka oleh Sanjeev Mulchandani. Kostum mainkan peranan penting juga bila memaparkan dua era berbeza, 1970-an dan era millenium yang lebih moden.
Walaupun penceritaan Om Shanti Om bersifat masala tapi impak yang diberikan melekat dari tahun diterbitkan sehingga sekarang. Sampai sekarang berpegang dengan ayat "When you want something badly, the whole universe conspires to give to you", ayat yang sama dengan perbuatan manifest. Jadi tak hairan lah kalau filem Om Shanti Om bersifat malar segar.
Kalau ikutkan Farah Khan nak hasilkan filem Happy New Year sebagai debut platform Deepika Padukone tapi SRK tak suka dengan draf pertama. Farah buat skrip baru tapi anehnya insiden Shantipriya seakan sama dengan tragedy Divya Bharti yang meninggal setelah berkahwin dengan produser terkenal.
Selain dari kejayaan Deepika Padukone menjadi terkenal sebagai pelakon baru gara-gara filem Om Shanti Om, watak antagonis yang dilakonkan oleh Arjun Rampal pun mencuri perhatian para pengarah sekaligus menjadi turning point dalam kerjaya Arjun. Sebelum Om Shanti Om, Arjun cuma dapat watak chocolate boy tapi lepas berlakon sebagai Mukesh Mehra, dia dapat banyak watak yang mencabar terutamanya grey characters.
Nak cari pelakon yang sesuai untuk Mukesh Mehra pun bukannya mudah sebab Farah memang nak pelakon yang kacak, bergaya, stylish, licik dan jahat. Dia nak cari pelakon yang lebih kacak dari SRK untuk buktikan yang Shantipriya sebagai Dreamy Girl memang terpedaya dengan helah Mukesh. Kata Farah, watak Mukesh Mehra memang hanya boleh dilakonkan oleh Arjun Rampal dan dianggap sebagai watak antagonis ikonik di Bollywood.
Beberapa watak yang dimasukkan diinspirasikan dari bintang terkenal Bollywood seperti Rajesh Kapoor adalah Rajesh Khanna cuma kehidupan tak sama lah. Rajesh Khanna ada dua orang anak perempuan – Twinkle Khanna dan Rinke Khanna tapi dalam filem cuma ada OK yang kekwat. Kereta yang dipandu oleh Rajesh Kapoor adalah kereta sebenar milik Rajesh Khanna. Details yang sekecil ini pun Farah masukkan dalam filem dia sebab tu Om Shanti Om menggamit nostalgia dan sesuai untuk lapisan generasi.
Music album Om Shanti Om dari Vishal-Shekhar adalah music album paling tinggi jualannya pada tahun 2007 dengan 2 juta unit terjual. Semua lagu dikarang oleh Javed Akhtar, Kumaar dan Vishal Dadlani. Semua lagu best tapi my personal favourite Dard-e-Disco, Dastaan-E-Om Shanti Om dengan Deewangi Deewangi. Lagu Dhoom Tana kreatif sebab blend music video lama dan masukkan watak Shantipriya.
Lagu Deewangi Deewangi menjadi lagu Bollywood yang ikonik sebab ada banyak penampilan istimewa dari pelakon terkenal Bollywood. Kalau ikutkan ramai lagi Farah nak masukkan siap jemput Tom Cruise tapi tak semua ada waktu senggang untuk join.
Bila pengarah dan pelakon seronok dekat set, tak hairan lah kalau filem yang dihasilkan pun menarik. Dari filem Om Shanti Om ni lah nama Deepika Padukone melonjak naik dan jadi antara pelakon wanita yang rapat dengan SRK.
Tak keterlaluan rasanya kalau cakap filem Om Shanti Om antara filem ikonik di Bollywood dan filem terbaik pernah dihasilkan oleh Farah Khan. Kalau Karan Johar terkenal dengan karya Kabhi Kushi Kabhi Gham, Farah Khan pula mendunia dengan Om Shanti Om.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.