Dalam dunia filem seram, apa yang benar-benar meninggalkan kesan bukan sekadar jalan cerita tetapi visual yang mampu membuat penonton rasa tidak selesa seolah-olah apa yang dilihat itu nyata. Menerusi filem Pewaris Susuk elemen ini bukan kebetulan, namun hasil kerja teliti di sebalik tabir oleh juru solek kesan khas Nur Atiqah Abdul Hadei, berusia 30 tahun yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam bidang ini.
Menurut beliau, cabaran terbesar bukanlah menghasilkan implikasi yang ngeri malah memastikan ia kelihatan hidup terutamanya apabila melibatkan pelakon kanak-kanak. Watak Ayu yang dilakonkan oleh Dayang Fajra antara yang paling mencabar, apabila proses mengenakan kanta lekap hitam sahaja mengambil masa hampir satu jam sebelum solekan kesan khas boleh dimulakan.
“Cabaran paling besar bila melibatkan watak kanak-kanak yang kena rasuk. Proses SFX bukan mudah, apatah lagi bila perlu uruskan kesabaran mereka sepanjang tempoh yang lama.” jelasnya.
Menariknya di sebalik hasil yang nampak kompleks, teknik yang digunakan sebenarnya cukup ringkas. Untuk mencipta kesan luka, calar dan cakar pada kulit, beliau menggunakan gabungan bahan asas seperti tepung dan vaselin, membuktikan kreativiti lebih penting daripada kos yang tinggi.
Tambahnya, antara babak paling mencabar adalah menghasilkan kesan paku yang menggores pipi pelakon. Satu adegan yang memerlukan ketelitian tinggi kerana bahan kesan khas yang digunakan adalah sangat fragile dan hanya boleh dilakukan sekali.
Bagi Che Puan Sarimah Ibrahim yang melakonkan watak Seroja, pengalaman mengenakan solekan kesan khas adalah sesuatu yang baharu. Nur Atiqah memilih untuk tidak memperlihatkan proses tersebut di hadapan cermin, sebaliknya menunggu sehingga selesai sepenuhnya sebelum menunjukkan hasil akhir. Reaksi yang diterima? Lebih daripada jangkaan.
“Bila dia tengok cermin lepas siap, terus excited. Walaupun scene dia berat, dia kekal tenang dan nampak tak sabar nak teruskan shooting,” kongsinya.
Gabungan teknik, kesabaran dan keberanian untuk bereksperimen menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram biasa, bahkan sebuah pengalaman visual yang terasa terlalu dekat dengan realiti…hingga mampu mengganggu emosi penonton.
Jangan sekadar dengar cerita, alami sendiri pengalaman ngeri ini di pawagam. Saksikan Pewaris Susuk kini di pawagam dan bersedia untuk melihat sesuatu yang mungkin sukar anda lupakan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Pewaris Susuk di media sosial melalui Facebook, Instagram, X serta saluran YouTube Primeworks Studios.
#PewarisSusuk #SehidupSemati




Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.